ENAM🌹

744 49 1
                                    

"MACAM MANA?" berkerut dahi puan Ayuna tatkala disoal tiba tiba oleh Yusuf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MACAM MANA?" berkerut dahi puan Ayuna tatkala disoal tiba tiba oleh Yusuf.

"Huh?"

"Macam mana majlis ibu? Bila nak buat?" Diulang semula soalannya.

Puan Ayuna tersenyum kekok sebelum tangannya dilap pada kain tepi sinki.

"Uncle idhlan ada cakap apa apa tak dekat Yusuf?" Soalan anaknya diabaikan dan diajukan soalan darinya pula.

"Uncle takde cakap apa apa. Uncle just minta permission dengan Yusuf. Itu je" balas Yusuf tenang. Bar chair  ditarik perlahan sebelum diduduk.

Puan Ayuna membulatkan mulut berbentuk'o' seraya itu pinggan berisi kuih diletakkan dihadapan Yusuf.

"So—lepas ibu kawin. Ibu duduk rumah uncle?" soal Yusuf bersahaja. Kuih ketayap diambil dan dikunyah perlahan.

"Ialah. Tempat isterikan disisi suami" balas puan Ayuna tanpa memandang Yusuf dibelakang.

"If macam tu, Yusuf duduk sini" puan Ayuna berpaling memandang Yusuf. Jari telunjuknya diketuk pada dagu. Gaya berfikir.

"Boleh juga. Uncle kan ada anak perempuan, tak manis la duduk sekali. Bukan muhrim pula tu" Yusuf mengangguk mengiyakan bicara ibunya. Dulang air disambut oleh nya dan diletakkan di atas meja.

"Dua bulan dari sekarang tarikh majlis tu" beritahu puan Ayuna tiba tiba.

"Oklah tu. Masa tu Yusuf dah cuti sem"

"Memang ibu sengaja ambil masa cuti sebab anak uncle balik sini" Yusuf mengerut dahi tidak faham.

"Yang perempuan tu ke? Apa nama dia, kazumi?"

"Ha'ah" sepatah jawapan puan Ayuna membuatkan Yusuf kehairanan. Kerusi sebelah Yusuf diduduknya.

"Aik, bukan dia ada dekat sini ke?" tanpa dia sedar, kenyataan itu membuatkan puan Ayuna melorekkan senyuman sukar ditafsir.

"Macam mana Yusuf tahu. Yusuf stalk dia eh?" Tersedak Yusuf mendengar usikan si ibu.

Uhuk!

Uhuk!

Air putih dicapai sebelum diteguk perlahan. Dia berdehem sekilas.

"Taklah. Haritu ada terserempak dengan dia masa joging. Tapi dia tak perasan Yusuf. Itu yang boleh tahu tu" riak wajah cuba dikawal sehabis mungkin. Dalam hati dia sudah menyumpah seranah kepada dirinya.

Faham sangat perangai ibunya.

Puan Ayuna mencebik sahaja.

"Iyalah tu. Memang dia dekat sini, tapi sekarang dia dah habis exam, grandma dia ajaklah duduk sekali" tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Yusuf hanya mendengar.

"Takpelah bu. Yusuf naik solat asar kejap" pamit Yusuf sebelum mengorak langkah kearah tangga.

"Mengelak lah tu" laung puan Ayuna bersama kekehan kecil. Kepala digeleng geleng.

Cinta Hati Mr BekuWhere stories live. Discover now