TAN SRI IDHLAN menghembus nafas perlahan apabila kelibat kazumi yang menuruni tangga dengan tergopoh gapah mula menyapa pandangannya.
"Adik—be careful. Jatuh nanti" tegur tan sri idhlan risau. Tayang sengihan, kazumi menarik kerusi berhadapan dan bapa selepas sahaja pipi tan sri idhlan dan Ken ahmer dicium.
Habit!
Ken ahmer memutarkan bebola mata keatas sebelum mendengus geram. Pipi yang dicium kazumi sebentar tadi dilap kasar. Mana tidaknya, gadis itu sengaja mencium dia lama. Habis terlekat air liur.
"Kau dah lama tak makan tayar basikal ke dik?" tutur Ken ahmer geram. Kazumi terkekeh kecil sebelum mengangkat kedua bahunya keatas sebelum jari telunjuk diketuk ketuk pada dagunya. Konon berfikir.
"Erm-- lama kot. Dalam 17 tahun lepas?" pasang muka mengejek, kazumi membalas tenang. Lagi geram Ken ahmer dengan telatah kazumi.
Manakala Tan Sri idhlan mengeluh pasrah.Pasrah ada anak macam ni. Nasib sayang.
Hurh!!
"Ken, adik—dah dah la tu. Depan rezeki ni tak elok bergaduh" tegur tan sri idhlan seraya menghulur pinggan yang sudah berisi bihun goreng itu kepada kazumi.
Disambut cermat pinggan tersebut bersama senyuman manis. Alahai~ Sweet kan daddy kita. Kan, kan?
Bapa mithali! Hihi~
"Baik daddy" serentak kazumi dan Ken ahmer.
Dihulur pula pinggan kepada sang teruna. Selepas itu, disuruh pula Ken ahmer membaca doa makan. Tangan ditadah.
"Amin"
"Ken, nanti ganti daddy meeting dengan
Niel's holding" tutur tan sri idhlan selepas meneguk perlahan air kopi.
Kerut dahi, Ken ahmer mencapai tisu sebelum dilap pada mulutnya. Wajah tan sri idhlan dipandang dengan kerutan di dahi."Aik, kan daddy yang ken—"
"Ya, but daddy tiba tiba ada urgent meeting, itupun last minit baru tahu. Takkan nak cancel macam tu je and-- since you ada, why not kan?" Ken ahmer menganggukkan kepala berkali kali tanda faham. Kazumi pula sekadar angguk kecil mendengar bicara keduanya itu. Suapan bihun yang terhenti tadi disambung kembali.
Sejanak itu, kazumi mula memberhentikan suapannya semula sebelum dipandang wajah tan sri idhlan dan Ken ahmer yang ralit bersarapan itu.
Perlahan lahan, sudu dan garfu diletakkan ditepi pinggan sebelum duduk dibetulkan sekilas. Gadis itu bedehem kecil untuk menarik perhatian kedua insan itu. Serentak, mata dikalih pada wajah bersih kazumi.
Ken ahmer terus mengangkat sedikit kening kanannya keatas. Tangan dilipat pada dada tegapnya selepas badan disandar pada kerusi itu.
"Habistu—adik macam mana?" Jari telunjuk dinaik turunkan pada wajahnya.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr Beku
أدب المراهقين"daddy nak kahwin" "Huwaa~ betulke daddy" "Abang, abang! Daddy nak kahwin~ aaa tak shabarnya" "Mengadakan kau ni!" 10 tahun mendambakan kasih sayang seorang ibu, dia terlalu teruja mendengar berita gembira tersebut. Si ibu mempunyai seorang anak le...