PHD|13

117 6 16
                                    

Perempuan, kau pasti tahu sakitnya cinta yang tak terkata. Cinta yang hanya mampu didekap dalam bungkam, kata orang bahkan diam berbicara.

•13•





EMPAT jam merupakan masa yang diambil dari Perak-KL. Mujurlah dalam kereta sepanjang dalam perjalanan pulang tadi, aku tak lena tidur dibuai mimpi. Kalau tidak, rasa-rasanya pasti duda sewel itu akan tergelak-gelakkan aku. Yalah, aku ni kalau dapat tidur dalam kereta tambah-tambah lagi ditemani dengan pendingin hawa yang memang kuat, mahu meleleh air liur. Jadi, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, sedaya upaya aku menahan kantuk sehinggalah selamat sampai di rumah aku.

Daliya yang sudah lena dibuai mimpi dipandang sekilas. Lantas Qiyara keluar daripada perut kereta dan membawa keluar beg bagasinya keluar daripada boot kereta.

"Terima kasih untuk semalam Adeel. Walaupun hati saya tak rela ikut awak pergi Perak, tapi saya akui yang saya seronok. Terima kasih sekali lagi." ujar Qiyara. Dia senyum lebar, dan tunduk hormat kepada Adeel. Walaupun mereka sudah pun digelar kawan, tapi Qiyara tetap menghormati Adeel sebagai majikannya. Kalau tak hormat, tak dapat la gaji setiap bulan. Walaupun hari ini baru masuk hari keempat dia bekerja sebagai pengasuh Liya, patut la tunjuk attitude yang meletup sikit. Baru la gaji up!

"Sama-sama. Terima kasih jugak." jawab Adeel. Kening Qiyara bertaut.

"Terima kasih untuk apa? Kalau pasal Liya, tak apa. Itukan memang tanggungjawab saya sebagai pengasuh dia." Qiyara sambung. Namun, dia kembali mendiamkan diri tatkala duda sewel itu menggelengkan kepalanya. Maknanya dia tidak berterima kasih disebabkan Daliya, tapi disebabkan hal yang lain.

"Sebab kau sudi layan karenah Liya, serupa mama dia." kata Adeel. Seraya itu, Qiyara ketawa halus. Lain macam aje ayat duda sewel ini. Risau pulak jika layanannya terhadap Daliya kelihatan seperti seorang ibu dan mungkin nampak seperti mahu menggantikan kedudukan di dalam hati duda sewel itu. Tak, tak akan. Aku setia bersama Imran. Jangan risau.

"Itukan tugas saya." jawab Qiyara. Lalu, dia nampak sebuah senyuman yang terukir ikhlas dibibir munggil duda sewel itu buat kali pertama. Rasa seperti bumbung rumahnya boleh runtuh jika lihat senyuman itu. Duda sewel berhati beku tu senyum? Atau tepatnya lagi senyum di hadapan aku. Wah, rasa macam mimpi ngeri pulak! Sepatutnya aku tak layak tengok senyuman itu, tak boleh lawan dengan kekacakan Imran jika lelaki itu senyum.

"Petang nanti kau buat apa?" soal Adeel.

"Tidur." yakin saja Qiyara bersuara. Biarlah, walaupun hanya satu malam aku tinggalkan katil kesayangan aku, tapi badan ni terlalu merindukan keempukan tilam aku tu. Dari sini dapat aku rasakan seperti ada yang memanggil. Rupa-rupanya tilam bilik. Sabar ya, sayang! Sekejap lagi tuanmu datang!

Adeel ketawa halus. Cukup perlahan, kalau boleh tak nak langsung didengari oleh Qiyara. Agaknya, suaranya itu suara emas. Mahal sangat, tak mahu orang lain dengar. Patutlah orang tanya sepatah, jawab pun sepatah. Itu pun kadang-kala guna bahasa isyarat.

"Temankan aku pergi shopping." bukan ajakan, tetapi arahan. Qiyara dengus kasar.

"Apa kata kalau harini awak bagi saya peluang untuk gunakan cuti saya sehabis baik? Esok saya dah start kerja, awak pun sama. Jadi, apa kata kalau harini kita sama-sama duduk rumah? Tak payah keluar?" sekadar memberi alasan dan cadangan. Jam ditangan dijeling, baru jam dua belas tengah hari, kalau boleh dia nak duduk terperap aje dalam bilik.

[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.Where stories live. Discover now