Mungkin jika hati ini ikhlas untuk menerimanya, maka kepergianmu tak akan menjadi derita.
•32•
MALAM yang dinanti-nantikan oleh semua, malam barbecue. Ada Yaser yang sedang mengibas-ibas ayam panggang, ada Ifran yang menyusun pinggan-pinggan plastik, ada Zahaa dan Aira yang sedang membancuh sos untuk dicicah dengan ayam panggang sekejap lagi, dan ada Deeara yang hanya duduk termenung di bawah pondok. Nak salah kan dia tak buat kerja, aku pun apa kurangnya? Duduk jaga Liya yang tak perlu dijaga ni aje.
Teringat pula pertingkaran bersama Deeara petang tadi. Memang menyakitkan hati. Tapi Qiyara mengaku, ada salahnya juga. Suka sangat menyindir orang. Tapi, dah kalau kita sindir orang yang sindir kita, tak salah kan? Kan? Ya, ya. Tak salah, Qiyara. Jangan rasa serba salah. Jangan datang!
"Kak Qiya, boleh tolong ambilkan pinggan kosong tu tak?" minta Yaser. Tangan sudah dihulurkan ke arah Qiyara yang duduk bersila berlapikkan tikar. Laju saju pinggan yang diminta Yaser dihulurkan.
"Thanks, kak Qiya. Lagi lima minit siap la ayam kita ni, guys." kata Yaser. Qiyara tersenyum suka. Ini yang ditunggu-tunggukan. Solat isya' berjemaah tadi memang tak khusyuk langsung sebab terfikirkan menu makan malam ini. Hailah, seronoknya.
"Yes! Tak sia-sia aku tangkap ayam maklong tadi. Korang semua kena berterima kasih dengan aku tahu tak?" soal Ifran. Tangannya luas didepakan. Ala-ala bangga dengan diri sendiri. Yang lain sudah memandang sesama sendiri.
Tak akan la dia bawa ayam Puan Sri Raihana ni dari rumah sampai la ke sini? Tak mati ke ayam ni? Atau aku dah ditipu?
"Terima kasih la, If. Kalau bukan disebabkan kau, tak ada la malam barbecue ni." sindir Naufal pula. Telefon bimbit disimpan ke dalam kocek seluarnya. Baru habis main game agaknya. Dari tadi lagi dengar "Enemy spotted...Form up on me..." Nampak sangat main PUBG.
"Tak habis-habis nak mengarut la kau ni. Ni, bagi sos ni dekat Yaser." ujar Aira. Ifran akur, tak membantah. Mungkin penat asyik membebel daripada tadi. Qiyara terhibur. Meriah sungguh la keluarga Adeel. Tak macam keluarga dia yang berpecah-belah. Sorang dekat sana, tiga orang lagi dekat sini.
"Dah siap ke ayam kita?" Anak mata Qiyara naik memandang Adeel yang hanya berkain palikat dan baju lengan pendek berwarna putih. Nampak biasa, nampak macam pakcik-pakcik tua padahal umur baru 28. Cuba la bergaya sikit, bang. Pakai la baju tidur corak Mickey Mouse ke, Boboiboy ke? Nampak la muda sikit.
"Sikit lagi, abang Deel. If ni bising daripada tadi. Padahal dia bukan buat apa pun. Duk susun pinggan plastik tu daripada tadi. Bukannya nak tolong Yaser panggang ayam." adu Zahaa. Qiyara tahan senyum. Wajah Adeel dipandang, nampak macam gaya seorang big brother. Anak buah mengadu dekat bos, lebih kurang macam itulah.
"Dari kau reka cerita, baik kau ambik alih tugas Yaser ni." kata Adeel. Dengan laju Ifran bangun dari duduknya. Pengipas api dirampas dari genggaman tangan Yaser. Yaser dan yang lain sudah separuh mati menahan gelak. Siapa aje yang tak takut dengan Adeel ni? Dia yang paling tertua antara semua. Vibe abang-abang. Woops, bukan abang ketak. Tapi, abang katak.
Selepas Ifran dan Yaser bertukar tugas, Adeel tarik kain palikatnya sebelum dia duduk bersila disebelah Qiyara. Rasa pelik pula. Macam ditenung dari tepi. Toleh ke tepi, memang betul la yang ada orang tengah tenung dia sekarang ni.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.
Romance"Auntie Qiya tak nak jadi mama Liya?" - Daliya Clemira. Hari demi hari dia menjaga Daliya Clemira, bermacam-macam soalan disoal. Sakit kepala sungguh! Sudahlah dipaksa oleh Hajah Fathinah untuk menjaga anak si duda sewel tu, bermacam jenis masalah t...