Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.
•22•
"ADA apa?" Sebaik sahaja daun pintu dibuka, wajah pertama yang dipandang oleh Qiyara adalah Adeel. Menayangkan wajah selamba tidak tahu malu berdiri di hadapan pintu bilik orang. Qiyara menghantar jelingan malas.
Kalau tadi sembang dengan Imran, rasa seperti berbunga-bunga. Bila pintu bilik diketuk oleh Adeel, terus bunga-bunga tadi layu. Bukan setakat layu, mahu terbakar.
"Kau okey?" soal duda sewel itu. Qiyara menjuihkan bibir selepas mendengar soalan itu. Mimpi ngeri gamaknya duda sewel ni.
"Okey." jawab Qiyara dengan ringkas. Sudah semestinya dia tidak okey. Apabila teringatkan semula kata-kata Adeel petang tadi, memang hatinya remuk-redam. Fikirnya, Adeel nak bercuti bersama Daliya dan dia sahaja. Rupa-rupanya Mia dan Deeara pun ada sekali. Siapa aje yang tak sakit hati?
"Kau cemburu tengok aku dan Mia?" soal Adeel membuatkan Qiyara hampir-hampir mahu meletuskan tawanya. Telefon pintar yang digenggam dengan jari-jemarinya disimpan ke dalam kocek seluar. Lengannya memeluk tubuh sendiri dan bersandar pada daun pintu biliknya yang tertutup.
"Saya? Cemburu tengok awak dan Mia?" Jari telunjuk dihalakan kepada dirinya sendiri. Ingin memastikan Adeel tak salah soalan. Kemudian, melihat Adeel menganggukkan kepalanya, Qiyara menghemburkan tawa yang sudah lama ditahan tadi. Aku cemburu? Kelakar sungguh.
"Awak biar betul? Tak ada sebablah saya nak wujudkan perasaan cemburu tu dalam diri saya. Awak nak kahwin dengan dia sekali pun saya langsung tak ambil port. Lagi bagus kalau awak pilih dia sebagai pengganti isteri awak. Mesti Liya seronok. Tambah lagi saya nampak keikhlasan Mia." jawab Qiyara. Adeel hanya berdiri dihadapannya sambil memasang telinga. Tangannya bercantum dibelakang badan. Menghadam dalam-dalam jawapan Qiyara yang membuatkan dia lebih rasa ragu-ragu dengan perlakuan Qiyara.
Dan, soal pengganti isterinya. Cara Qiyara sampaikan jawapan itu kedengaran terlalu mencurigakan. Nampak seperti perasaan cemburu di dalam diri Qiyara semakin terbukti.
"Mia cuma kawan baik aku, Qiya. Aku tak pernah terfikir untuk jadikan dia sebagai pengganti isteri aku dan dia pun tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan aku. Kan aku pernah bagitahu kau dulu siapa yang terhegeh-hegeh nak gantikan tempat isteri aku? Bukannya Mia, tapi Deeara." kata Adeel. Melihat wajah Qiyara yang masam mencuka itu, mata pula kelihatan merah dan sembab seperti baru sahaja menangis makin bertambah firasatnya yang mengatakan gadis itu cemburu.
Qiyara menjeling wajah Adeel. Daripada lengannya memeluk tubuh sendiri dan bersandarkan daun pintu biliknya, kini dia berdiri tegak.
"Tahu pun. Yang awak ajak Deeara datang sini sekali dah kenapa? Tak cukup ada Mia, awak ajak pula Deeara. Baik awak tak payah ajak saya. Hantar saya balik lepastu bercuti dengan diaorang berdua puas-puas." ujar Qiyara. Sekali lagi dia menjeling wajah kurang kacak Adeel yang semakin menambah sakit di dalam hatinya. Dah orang kata tak cemburu, taklah maksudnya!
"Jadi kau cemburu tengok aku dengan Deeara, lah?" Sebelah keningnya terjongket ke atas saat dia menyoal soalan itu kepada Qiyara. Adeel tersenyum sumbing tatkala mendengar keluhan ringan dilepaskan oleh Qiyara.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.
Romance"Auntie Qiya tak nak jadi mama Liya?" - Daliya Clemira. Hari demi hari dia menjaga Daliya Clemira, bermacam-macam soalan disoal. Sakit kepala sungguh! Sudahlah dipaksa oleh Hajah Fathinah untuk menjaga anak si duda sewel tu, bermacam jenis masalah t...