Kalau impianmu tidak mampu membuatmu takut, mungkin kerana impianmu tidak cukup besar.
•12•
PINTU restoran dibuka, memberi peluang kepada Qiyara dan juga Daliya untuk melangkah keluar terlebih dahulu sebelumnya. Pintu ditutup, kemudian dia laju mengejar langkah Qiyara dan juga Daliya yang merapati kereta. Terus mati langkah Qiyara dibuatnya. Mata dah menahan kantuk. Sikit lagi dah terkena angin pendingin hawa di dalam kereta Adeel, lena la.
"Wait, Qiya!" jerit Adeel. Wajah duda sewel itu dipandang dengan kening yang terangkat.
"Kau dah nak balik homestay?" perlahan-lahan Qiyara angguk kepala. Sudah jam sepuluh malam. Sangat sesuai untuk dia terjun ke atas permukaan katilnya yang empuk itu. Nak peluk bantal peluk panjang, lena hingga hari esok. Lagipun, agak lewat untuk biarkan Daliya berjaga. Selalunya sebelum jam sepuluh malam Daliya sudah tidur. Tapi disebabkan baru saja habis makan malam, makanan sampai lewat, terpaksalah dia tahan mata. Mahu saja dia tidur sementara menunggu makanan sampai tadi. Tapi, kalau dia tidur, jatuhlah waterface!
"Kau tak nak naik basikal dekat sana?" soal Adeel. Qiyara ikut jari telunjuk duda sewel itu yang menghala ke sebelah kanan di mana ada ramai orang yang sedang menunggang basikal di sekitar kawasan itu. Wajah duda sewel itu dipandang semula.
"Saya?" soal Qiyara semula. Dia menghalakan jari telunjuknya kepada diri sendiri. Lalu, Adeel angguk kepala.
"Tak apalah, saya nak balik. Lagipun, dah lewat malam ni." jawab Qiyara.
"Liya dah mengantuk?" soal Adeel. Dia duduk bercangkung dihadapan Daliya. Bahu anak kecil itu dipegang kiri dan kanan. Laju saja dia menggeleng kepala. Qiyara kematian kata. Budak yang umur empat tahun pun tak mengantuk lagi, apatah lagi aku yang dah nak masuk tiga puluhan ini? Mengantuk sungguh!
"Liya nak naik basikal tu dengan papa tak?" Daliya angguk kepala pula. Qiyara pejam mata. Lambat lagilah dia nak pulang ke homestay. Allah aje yang tahu betapa ngantuknya dia sekarang ini. Jangan sampai aku baring atas jalan ni.
"Auntie Qiya naiklah sekali dengan Liya. Boleh, papa?" Adeel pandang Qiyara yang sudah terdiam saat disoal dengan perkara yang mengejutkan itu. Qiyara senyum kecil sebelum dia menelan air liurnya dengan perit.
"Tak apa, Liya naiklah berdua dengan papa. Auntie Qiya tengok dari sini aje." jawab Qiyara. Dia mengeraskam tubuhnya, tanda mahu kekal berdiri di situ. Tak mahu bergerak ke mana-mana.
"Please, auntie Qiya.....please?" Qiyara terpempan. Wajah duda sewel yang duduk bercangkung di hadapan Daliya dipandang. Duda sewel itu pun beriak seperti dia menyebelahi Daliya, menginginkannya untuk mengikut mereka berdua menunggang basikal bersama. Qiyara buang keluh.
"Tapi, kita ada tiga orang. Saya nak duduk mana? Raga depan tu? Agak-agaklah, awak. Saya ni tinggi mengalahkan tiang tepi highway tu, tahu tak?" soal Qiyara. Serta-merta Adeel bangun dari duduk bercangkung dihadapan Daliya. Kini, dia sudah berdiri betul-betul menghadap Qiyara.
"Bagilah Liya duduk dalam raga. Dia kecil, muat duduk dalam tu." jawab Adeel. Qiyara mula gelabah. Dah kalau Daliya duduk dalam raga, habis aku duduk mana? Serabutlah! Kenapa jadi pada aku juga? Tak ada orang lain ke?
"Lepastu saya duduk belakang awak? Rapat macam tu? No! Tak nak!" Adeel kerut dahi. Dia berpusing kebelakang sesaat, hanya ingin melihat jenis-jenis basikal yang masih tersusun di kawasan itu. Kemudian, dia senyum kecil.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.
Romance"Auntie Qiya tak nak jadi mama Liya?" - Daliya Clemira. Hari demi hari dia menjaga Daliya Clemira, bermacam-macam soalan disoal. Sakit kepala sungguh! Sudahlah dipaksa oleh Hajah Fathinah untuk menjaga anak si duda sewel tu, bermacam jenis masalah t...