Cinta itu sangat singkat, melupakan itu sangat lama.
•21•
"MANA Liya?" soal Qiyara. Selepas berbual bersama Imran tadi, dia kuatkan mental dan fizikal untuk berjumpa dengan Adeel diluar rumah seperti mana yang dikatakan oleh Adeel tadi. Sunyi saja kawasan rumah, menandakan hanya ada Puan Raihana dan juga Adeel disini. Keluar saja dari bilik, Daliya tiada dalam pandangannya.
"Keluar dengan Aiman dan Irasyh. Diaorang bawa Liya ke hospital." jawab Adeel. Qiyara mengangguk kepala dan kekal membatu disitu. Membiarkan Adeel berdiri tegak keseorangan dengan bersandarkan daun pintu kereta yang tertutup rapat.
"Awak kata ada sesuatu yang awak nak cakap dengan saya. Tentang apa?" soal Qiyara. Terus menyentuh tentang topik asal perbualan.
Adeel mengangguk kepala sebaik sahaja Qiyara menyoal.
"Sebelum tu, aku nak minta maaf sebab rahsiakan semua ni daripada kau. Aku cuma nak kau tahu, apa yang aku buat ni adalah yang paling terbaik untuk aku, kau dan Liya." ujar Adeel. Sayup dan pilu menghambat perasaannya untuk menyentuh hal ini. Sungguh sensitif.
"Apa dia?" soal Qiyara. Dalam otaknya cuma ada satu saja, mungkin Adeel mahu bercakap tentang lamaran tempoh hari.
"Aku harap kau faham apa motif aku, Qiya." kata Adeel lagi. Berat hatinya ingin menyampaikan khabar itu.
"Ya, saya faham dan saya tak akan marah. Kenapa?" soal Qiyara. Adeel menghembuskan nafas dengan berat. Matanya merenung wajah Qiyara dengan tatapan yang sayu membuatkan Qiyara susah hati.
"Aku dan Liya sebenarnya..."
"Papa!"
Terus termati kata-kata Adeel. Hilang semuanya dengan kehadiran si kecil yang sudah berlari keriangan mendapatkan Adeel dan Qiyara yang berdiri di hadapan kereta. Adeel dan Qiyara memejamkan mata dengan serentak. Adeel berasa lega dengan kehadiran Daliya, kalau tidak, mungkin semuanya akan musnah. Qiyara pula memejamkan mata penuh kecewa. Dia tahu apa yang ingin disampaikan oleh Adeel tersangatlah penting.
"Tu anak awak dah balik." kata Qiyara.
"Anak papa dah balik!" balas Adeel kuat. Lengannya didepa luas dan menyambut Daliya masuk ke dalam dakapannya. Lama. Seperti ingin melepaskan sesuatu yang terpendam lama melalui anak perempuannya. Dia terpaksa jerit dalam kekosongan.
"Peluk papa sampai tak nampak auntie Qiya dekat sini. Mari sini dekat auntie Qiya." kata Qiyara. Lalu, pelukan Adeel dan Daliya terlerai. Daliya tersenyum manis. Laju saja dia berjalan kecil ke arah Qiyara untuk memeluk tubuh gadis itu pula.
"Auntie Qiya, tadi Ayah Man dan Paksu bawa Liya pergi hospital. Doktor tu cucuk lengan Liya sebab nak ambil darah. Dia kata Liya tak cukup rehat. Lepastu, dia bagi Liya makan ubat. Sekarang, Liya dah sihat!" jawab Daliya teruja. Kalau tadi, memang nampak dia seperti tak bermaya. Katanya nak buka mata pun sakit. Tapi sekarang, bukan main bulat matanya memandang Qiyara.
"Ya? Syukurlah Liya dah sihat. Tapi, Liya kena rehat juga tahu? Kalau Liya tak rehat, nanti Liya sakit lagi macam tadi." jawab Qiyara. Dia mengukirkan senyuman kepada Daliya. Rambut panjang anak kecil itu dibelai dengan lembut.
"Okey, kapten!" balas Daliya. Lalu, dia berlari laju ingin melangkah masuk ke dalam rumah ditemani Irasyh. Tinggallah Aiman bersama dengan Qiyara dan Adeel.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.
Romance"Auntie Qiya tak nak jadi mama Liya?" - Daliya Clemira. Hari demi hari dia menjaga Daliya Clemira, bermacam-macam soalan disoal. Sakit kepala sungguh! Sudahlah dipaksa oleh Hajah Fathinah untuk menjaga anak si duda sewel tu, bermacam jenis masalah t...