PHD|02

195 9 44
                                    


Cinta mengajariku melihat dengan cara memejam dan mengerti tanpa perlu penjelasan.

•02•




"ASSALAMUALAIKUM."

Sejurus itu, Afeeq mengalihkan pandangannya memandang Irasyh yang berdiri di luar pintu rumah bersama...Adeel?

Irasyh merenung anak mata Afeeq dari jauh. Dia membiarkan Adeel melangkah masuk ke dalam terlebih dahulu. Afeeq kerutkan dahi. Pelik kenapa pandangan Irasyh nampak lain semacam. Seperti ada sesuatu yang tak kena...

Datang luar cepat!

Afeeq kerut dahi lagi. Kuasa telepati tak sampai lagi pada Afeeq. Dia menjongketkan keningnya tanda kurang mengerti.

Keluar jumpa aku sekarang! Kau ni jangan lembab sangat boleh tak?!

Laju saja Afeeq mengangguk kepala setelah memandang Irasyh yang berkali-kali menelengkan kepalanya ketepi. Mengarahkan gadis itu untuk keluar dari rumah. Tambah pula dengan mata yang dijegil berkali-kali. Afeeq mengalihkan pandangannya kepada Hajah Fathinah dan Puan Sri Raihana serta Qiyara.

"Qiya...aku keluar sekejap jumpa Irasyh." bahu Qiyara disenggol sehingga gadis itu memandangnya. Qiyara memandang makanan yang siap dihidang di atas meja.

"Kalau ya pun makanlah dulu. Nanti sejuk dah tak sedap. Lagi satu, kenapa kau tak cakap yang abang dia ada sekali?" soal Qiyara tidak berpuas hati. Seram sejuk sungguh apabila dia bertentangan mata dengan lelaki itu. Entah kenapa tiba-tiba, pandangan lelaki itu nampak sangat menyeramkan. Mengalahkan hantu!

"Aku pun tak tahulah! Cepatlah, aku nak keluar dengan Irasyh sekejap." bisik Afeeq. Qiyara menjeling wajah Afeeq. Kemudian dia memandang wajah Hajah Fathinah dan Puan Sri Rainana. Wajah lelaki yang duduk disebelah wanita itu juga dijeling sekilas. Entah siapa gerangan lelaki itu pun Qiyara tak tahu. Abang? Abang Irasyh? Kacak macam ini? Tak mungkinlah.

"Pergilah. Tapi jangan lama-lama. Aku seram sejuk duduk sini." jawab Qiyara. Laju saja Afeeq mengangguk dan bangun dari situ meninggalkan mereka semua. Langkahnya dibuka laju sehingga dia merapati Irasyh yang menunggunya di luar pintu rumah. Irasyh mengeluh. Lambat sungguh perempuan ni jalan.

"Lambatlah kau ni!" lengan Afeeq ditarik dengan kasar membuatkan langkah Afeeq menjadi laju kerana mengikut rentak Irasyh. Tibanya mereka berdua di hadapan kolam ikan, lengan Afeeq dilepaskan.

"Nak apa? Macam tak boleh cakap dekat dalam pulak." keningnya bertaut rapat saat wajah Irasyh yang kelihatan sedikit pucat. Seperti ada sesuatu yang mengganggunya.

"Macam mana ni..." Afeeq kerut dahi tidak faham. Apa yang macam mana?

"Hah?" soal Afeeq kurang faham. Wajah Irasyh dipandang dengan seribu kerutan di dahinya, menunggu penjelasan daripada lelaki itu.

"Afeeq, aku minta maaf. Tapi aku betul-betul tak nak makan penampar kau." ujar Irasyh. Afeeq memandang Irasyh dengan memek muka pelik. Bukannya pelik, tapi tak faham langsung dengan apa yang Irasyh cakapkan tadi.

"Kau boleh tak terus terang je? Jangan buat aku bertambah sakit kepala dengan kau?" soal Afeeq. Berdenyut rasanya kepala ni. Dia memandang Irasyh yang sedang menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus kuat.

[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.Where stories live. Discover now