𝐻𝑎𝑟𝑟𝑎𝑧 𝐻𝑎𝑦𝑞𝑎𝑟𝑙 - 6

330 33 0
                                    

KEDENGARAN bunyi loceng rumah, Rif menuju ke pintu, kelihatan seorang grabfood sambil memegang dua buah plastik. Rif tersenyum.

"Thank you abang manis, selfie jom," Tangan yang dipegang telefon itu diangkat dan mengambil beberapa keping gambar. Abang grabfood hanya melayan karenah Rif.

"Bang, harini saya handsome kan?" Soalnya.

Abang Grabfood itu sekadar mengangguk dan tersenyum,"nanti kalau post dekat ig tag abang ya,"

Rif mengangguk, dia melambai abang grabfood itu sehingga pergi.

pintu ditutup semula, baru sahaja dia ingin menuju ke dapur sudah ada yang menegurnya.

"amboi kau, sempat eh selfie bagai..kau fikir kau artis ke?" soal Adrian selamba.

Rif hanya menjeling, kakinya menuju ke dapur. "jom makan woi! kang mati kebulur aku biar je mayat korang kat sini!"


─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──



"BRO.." panggil Syah. Harraz memandang Syah dengan wajah yang kosong.

"kau kenapa ni? risau pasal apa?"

Harraz menggeleng,"aku call Darly tak angkat angkat, selalunya dia angkat tapi ni dah nak dekat dua puluh dah,"

"meh sini telefon kau," Syah mengambil telefon itu dari genggaman Harraz.

"Ad!"

Adrian yang sedang bermain game di ruang tamu itu mengepal penumbuk..

kacau la !

Dia menuju ke arah Syah dan Harraz, keningnya diangkat.

"ni, cari kat mana Darly, Harraz call tak angk-"

Terus Ad membawa telefon itu pergi. Malas mahu mendengar suara Syah yang asyik membebel.

Harraz hanya mengangkat bahu, kakinya mengikut langkah ad ke ruang atas di mana ruang kerja Adrian.

"aku rasa ada benda tak elok kena kat Darly ," ujar Harraz perlahan.

"hah! Harraz tengok ni," Adrian menunjukkan bahawa lokasi Darly berada di hospital.

Harraz seakan terkejut cepat cepat dia menuruni tangga. Jacket diambil di sofa, Rif yang berada di situ hanya memandang.

Kereta BMW dihidupkan, dia terus menuju ke hospital.

"Woi Ad, sejak bila kau boleh detect location orang sampai macam ni sekali?" Soal Rif apabila kelihatan Adrian sedang menuruni tangga.

Adrian terhenti,"maksud kau?"

"yela Darly bukannya angkat pun telefon tu, macam m-"

"ada otak kan? ha pakai otak,"

Rif menahan geram,"babun ni, aku belum habis cakap sedap dia je nak potong,"

Harraz menuju ke kaunter yang berada di dalam hospital itu. Nurse yang berada di situ hanya memandang Harraz. Handsome !

"May I know, where is Darly Arisya's ward?" soalnya kepada salah seorang nurse disitu.

" second floor, ward 211," ujar nurse disitu.

Harraz mengangguk dan terus menuju ke tingkat dua.

Nurse itu terkejut,"Weh lelaki tu macam orang luar negara je duk speaking speaking," nurse di sebelahnya hanya mengangkat bahu.

HARRAZ HAYQARL ( OG )Where stories live. Discover now