𝐻𝑎𝑟𝑟𝑎𝑧 𝐻𝑎𝑦𝑞𝑎𝑟𝑙 - 3

508 34 2
                                    

"babe,"

Darly memandang ke arah suara itu, kawan baiknya sendiri.

"dah waktu rehat, aku tunggu kau dekat bawah ya," ujar Jaz.

Darly senyum dan mengangguk,"baik,"

"Jangan lama lama, kau sorang je ni dalam kelas, bahaya, dah la ramai budak samseng," ujarnya sebelum pergi.

Darly hanya diam memandang pemergian Jaz, mereka sudah berkawan dari kecil, sentiasa susah senang bersama.

terus dia sambung melakukan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Seketika kemudian, ada beberapa pelajar lelaki mengintai Darly daripada luar, dia memandang Darly yang tekun menulis nota itu.

"awek cun, kau taknak try ke nyah?" soalnya kepada kawan disebelah.

Lelaki yang bernama thaqif itu mengangguk,"memang, jom kita kacau dia,"

Dua orang pelajar itu terus masuk secara senyap ke dalam kelas mengikut pintu belakang. Salah seorang daripadanya sudah mendekati Darly.

"Hai," sapa Thaqif.

Darly tersentak, dia tidak mahu memandang ke belakang, malahan kerjanya diteruskan.

Lelaki yang melihat dari jauh itu hanya menahan gelak.

Manakala lelaki yang baru lepas menyapa itu mendengus geram, hainya tidak dibalas. dia membelai lembut rambut Darly,"cantiknya sayang," ujarnya. sesekali dia menghidu bau yang melekat pada rambut Darly itu.

Darly terus memandang belakang dan menampar lelaki tersebut,"apa masalah kau ni!"

Terus lelaki itu memegang pipinya akibat ditampar Darly, dia senyum memandang Darly yang menahan geram itu. "Ganas nya sayang,"

Darly mahu bangun dari tempatnya dan pergi dari situ, tetapi dihalang oleh Thaqif tersebut."Nak pergi mana ni sayang? hm?"

"Tepilah! aku nak keluar la makan!" Bentak Darly.

Lelaki itu mendekatkan mukanya kepada Darly,"aku depan mata ni? tak nampak?"

Darly menjeling,"Tolong! ada orang nak cabul!" Dia mula menjerit, malahan tiada siapa yang dapat membantunya.

Lelaki itu memegang kedua dua lengan Darly sehingga dia tidak dapat bergerak,Darly mula mahu menangis,"Lepas la lepas!"

"Sayang ni nampak comel la bila macam ni, aku suka," katanya. Darly semakin geram.

"sikit je okay?" Terus lelaki mengheret Darly ke belakang kelas dan menindih Darly sehingga Darly tidak dapat bergerak.

Darly yang mahu melepaskan diri itu membuatkan Thaqif berasa geram, dia menampar Darly sehingga kepala Darly terkena bucu meja.

Darah.

Darly mula pengsan, Lelaki yang perasan akan keadaan Darly itu mula mengambil kesempatan ke atas Darly, dia memandang kawannya yang sorok itu. "weh sin-"

BUK !

Lelaki yang ingin mencabul Darly tadi sudah disepak oleh Harraz. Dia memandang kedua dua lelaki tersebut,"berambus sebelum aku bunuh korang!"

Dua orang lelaki itu mula meninggalkan kelas itu.

Harraz terus menuju ke arah Darly, dia membelai rambut Darly, dan ada cecair darah keluar daripada kepalanya,"Darly, kepala you darah! " jeritnya. Cepat cepat dia mengangkat Darly, menuju ke tingkat bawah bagi melaporkan kepada guru.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

HARRAZ memandang keadaan Darly yang sudah 3 jam masih belum sedar. wajah lelaki yang cuba mencabul Darly masih segar di ingatan. siap kau !

HARRAZ HAYQARL ( OG )Where stories live. Discover now