𝐻𝑎𝑟𝑟𝑎𝑧 𝐻𝑎𝑦𝑞𝑎𝑟𝑙 - 4

398 38 1
                                    

"aku gerak dulu," Darly terus berdiri dan meninggalkan beberapa keping duit di atas meja.

"eh woi ni air banyak lagi siapa na-"

"habiskan," terus Darly keluar daripada kedai itu. Jaz hanya mengangkat bahu, rezeki jangan ditolak bossku !

baru sahaja dia ingin keluar di pintu utama, ada yang menolaknya sehingga terjatuh.
dia memegang kakinya yang terasa sakit.

matanya dipejam rapat bagi menghilangkan rasa sakit. malangnya tidak berkesan. sudahla pagi tadi kena di kepala, waktu begini di kaki pula.

"sor.. sorry cik, saya.. tak se..ngaja," dia menunduk-nunduk seperti orang jepun. sumpah tak perasan!

Darly menjeling,"banyakla kau punya tak sengaja, blah!" dia cuba untuk berdiri tetapi tidak berhasil.

lelaki yang melanggar Darly tadi ingin menolong, malahan ditepis..

"takpe biar je aku kat sini, kau pergi sana,"
rambutnya yang menutup di bahagian hadapan di selitkan ke belakang telinga, perlahan lahan dia berdiri dan bertahan di tepi dinding.

Dahla pakai heels pastu jatuh, adu sakit mak  !

"Darling?" tegur lelaki di hadapannya itu.

Darly menjeling, tak pandang pun dah tau siapa, dia sorang je panggil Darling .

"hm, nak apa?"

"kenapa bongkok semacam je ni, ke you keturunan nenek bongkok tiga tu?"

"aduh sakitlah ! " Harraz mengemaskan rambutnya. Boleh dia ketuk kepala aku dengan beg batu dia tu !

Darly menahan gelak, puas hati aku. banyak songeh, tolong taknak.

" i jatuh tadi kat situ ha," Darly memuncungkan mulutnya.

Dan Harraz gelak.

gelak puas puas.

Darly memukul dada Harraz," dah kenapa gelak macam orang gila?"

Harraz menggeleng," yela dahla ramai lepastu you jatuh kat situ, ee buat malu," Harraz menggeleng, dia mengambil handbag Darly, dan mula memapah Darly sehingga ke keretanya.

"Hey pergi dekat kereta i la !"

Harraz melepaskan Darly, Hampir terjatuh tetapi dia sempat berpaut pada tiang. " You nak ke drive dengan kaki cacat sebelah ni? elok elok nak pergi klinik, nanti terus ke hospital," ujar Harraz selamba, Darly sudah membutang mata mendengar bebelan Harraz.

Dia mula masuk ke kereta di bahagian penumpang, pintu sengaja dihempas kuat, Harraz disebelah dijeling. "elok sangatla hempas, duit you tak sabar sangat ke nak masuk dekat poket i ?"

"shut up Harraz," Darly hanya mejeling.

Mereka mula keluar dari kawasan mall itu, Darly hanya memandang luar, "macam mana dengan kereta i.."

Harraz memandang Darly sekilas, "you ada bodyguard kan? suruh dia ambilkan, i yang hantar you sampai rumah,"

Darly memandang dashboard kereta itu, kenapa aku bodoh sangat ni, jatuh sikit pun  dah lupa ke ada Paksu..

"dashboard tu handsome ke?"

Darly memandang Harraz,"please sebelum i ketuk you sampai mampus baik you diam bawa kereta elok elok,"

 
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

"WAIT wait, turunkan i dekat sini je, nanti i call my paksu suruh ambik," ujar Darly, mereka berhenti selang lima rumah dari rumah Darly.

Bahaya.. Papa tak kasi orang luar tau rumah mereka.

Harraz mengangguk, "okay boleh jalan kan?"

Darly mengangguk, plastik ubat diambil, terus dia keluar dari kereta itu.

"jumpa esok darling," terus kereta itu memecut pergi.

Tak lama kemudian, kereta Paksu pula berada di situ, Darly terus masuk ke dalam kereta tersebut,"bijak ya kamu, jauh betul dari rumah Dent," Darly hanya gelak. "tengokla anak siapa ni paksu," dia menepuk dada tanda bangga.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──


"hey Darly, why kau jalan tak betul ni," Jaz memandang Darly yang berjalan sambil memegang setiap meja sehingga ke mejanya.

"aku jatuh dekat mall semalam,"

"kau ni kenapa tak bagitau aku ha?!" risau Jaz memandang Darly yang hanya bersahaja itu.

"hello, kau keluar dengan mak kau, takkan aku nak menyusahkan kau?"

Jaz hanya menggeleng,"alah kau tu kawan aku, macam mana kaki? retak? hancur ? patah?"

"otakkau la sampai macam tu fikir," Darly menjeling, "Terseliuh sikit,"

Jaz mengangguk,"ha okayla aku nak pergi tandas, kau duduk diam diam jangan banyak jalan," Jaz meminta diri.

Wajah Harraz pula muncul, tempat di sebelah Darly diduduk. memangla duduk, tempat dia sendiri kot.

"macam mana you kaki?"

Darly mengangguk, dia menghulurkan duit,"ambikla sebab tolong i semalam,"

Harraz memandang jijik duit itu," fuck off, i tolong semalam ikhlas, you fikir i handsome macam ni mata duitan?"

Darly menjeling menyampah," taknak sudah, rezeki depan mata ditolak pula,"

"what ever Darly, i tak nak duit, dekat rumah i dah tak muat nak letak duit, ingat nak letak dekat rumah you sikit lepastu selit selit bawah meja ni ha," dia membelek meja yang ada dihadapannya itu.

Darly menampar lengan Harraz,"nak riak sangat ni kenapa? tolong la eh menyampah i dengar, you punya berlagak ni, kalah perempuan,"

Harraz menjeling, baik diam sebelum kaki cacat tu melekap kat pipi sendiri.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──


"WEH asal susah sangat soalan kat depan ni," Darly sudah mulai kusut, soalan math di whiteboard itu menyesakkannya.

Harraz memandang Darly, "soalan mana?"

"4 a tu ha susah gila, masalah i yang tak settle settle ni nak kena settle kan masalah 4 a tu," rungut Darly.

Harraz menggeleng," macam ni senang je, you tengok i buat," Harraz memberi bukunya kepada Darly.. Darly memandang,"oh kalau i tengok buku you i terus tau la ?"

"tak reti sabar eh, i nak ajar la ni,"

Darly menjeling.

"Hah, jeling la jeling, i korek mata tu baru tau,"

"sila la korek, i cabar you, sila sila," Darly mendekatkan mukanya ke Harraz.

Harraz tersenyum sinis.

baru sahaja dia ingin memegang muka Darly, cikgu Emiliy sudah bersuara bagi membincangkan soalan tersebut.

"semua salah you! lambat sangat nak ajar tengok tu cikgu dah nak bincang,"

Harraz mengerutkan keningnya," lah tadi cabar suruh korek mata, pastu kena marah, "

"diam Harraz,"


HARRAZ HAYQARL ( OG )Where stories live. Discover now