bab 20

208 13 4
                                        



─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──


" macam tak ada orang je Noah?" soal Darly memandang hadapan, tatapannya kini ialah rumah Mak Suri, gelap.

Noah yang sedang membuka seatbelt itu juga memandang ke arah yang sama."Mak suri keluar kot,jomlah," dia mula keluar daripada kereta. diikuti dengan Darly.

Darly memandang sekeliling,"mak suri pergi rumah jiran dia ke?" dia menjenguk rumah sebelah, terang benderang, banyak selipar, mungkin jiran mak suri sedang membuat majlis kecilan.

"nak pergi situ ke?" Noah yang sedang duduk di pondok kecil itu memandang Darly. yang seperti mak hilang anak.

Darly menggeleng,"i tak pakai tudung la noah, macam mana kalau tu majlis kesyukuran ke? solat hajat ke?" dia mendepa kan tangannya menunjukkan dia tidak cukup kain seperti orang orang di sana.

Noah tersenyum,comel.

"meh la duduk sini," Noah menepuk tempat yang berada di sebelahnya.  Darly hanya turuti. dia bersandar pada bahu Noah, sesekali dia menepuk lengannya yang asyik digigit nyamuk. Noah hanya pandang wajah Darly, mukanya berkerut sambil menggaru lengan yang sudah merah itu.

sesekali dia menguap, matanya memandang ke arah bulan tersebut,"cantiknya bulan malam ni, purnama," ujarnya dengan mata kuyu. Noah yang perasan dengan keadaan itu terus mendodoi dengan menepuk lengan darly. Darly mula terlelap.

bunyi derapan semakin menghampiri, dia memandang seorang makcik yang menuju ke arahnya.mak suri yang perasan akan susuk seseorang itu terus menghampiri,"allahuakhbar! terkejut makcik," dia mendekati Darly dan Noah.

Noah hanya tersenyum,"assalamualaikum makcik, saya kawan Darly," ucapnya, sejurus itu bibir dimuncungkan ke arah Darly tanda sudah terlelap. Mak suri hanya menggeleng memandang darly yang sudah tidur itu.

"dah kamu ni, mari masuk, kejut Darly tu,"ujarnya. nasib baik hanya dia yang perasan kejadian itu, kalau orang kampung nampak ni haru!

Noah menampar perlahan pipi Darly," Darly wake up, Mak suri dah masuk rumah dah tu," Darly perlahan lahan membuka mata, mata digosok. dia memandang Noah,"thank you jadi bantal tak berapa nak empuk, dah jom masuk!" terus dia berlari masuk ke dalam. Noah hanya gelak, ada ada ajer lah si Darly ni.

"assalamualaikum, ibu!" terus dia memeluk mak suri. mak suri juga membalas pelukan itu,dia mengusap kepala Darly," ibu rindu kamu nak," ujarny dengan sebak, Noah yang menjadi pemerhati itu jugak turut sedih melihat.

Mak Suri memandang Noah yang berada di hadapan pintu itu," sini masuk, maafkan ibu ya, kawan ibu ajak makan makan tadi, ibu lupa malam ni kamu sampai," terangnya. Noah hanya senyum dan menggeleng," tak apa bu,asalkan kitaorang selamat sampai,"

"ibuu, risyia rasa nak makan, risyia rindu makanan ibuu," ujarnya dengan manja, sudah lama dia meninggalkan wajah ini. tak salahkan dia ingin bermanja. Mak suri yang mendengar hal itu terus tertawa, " hailah kamu ni, pergi dapur, ibu ada masakkan untuk kamu berdua, ibu masuk bilik dulu ya," ujar Mak Suri, dia memandang Noah sekilas. dia tahu anak itu takkan mengapa apakan Darly. dia terhenti, Darly dipandang.

"bilik kamu sebelah ni ya risyia, kamu noah, dekat depan tu ada dua bilik kosong, pilih la mana yang kamu nak ya," terangnya. Noah hanya mengangguk," terima kasih,"

"psst Noah, jom makan, i tahu you dah lama tak rasa makanan kampung!" tangan Noah ditarik menuju ke dapur, Noah hanya turuti, kawasan sekelilingnya dipandang. rumah yang berdindingkan kayu ini membuatkan suasana menjadi sejuk, rindu suasana begini.


─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──



"serious?" ?" Dato Dent yang baru sahaja bangun daripada tidur it uterus memandang wajah salah seorang anak buahnya dengan riak yang tidak percaya, dia salah dengar kah?

Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya sebelum beredar, takut dia lama lama di dalam bilik itu, aura jahat kuat ngat. Dato Dent hanya memandang susuk itu pergi.

'saya dapat detect semula di mana keberadaan anak dato, dia di Terengganu,'

Dent yang mengingatkan tentang hal itu terus meramas rambutnya sendiri, macam mana dia mahu mengambil anak itu? Terengganu.. sudah tentu rumah orang gaji nya dulu, dia perlu lakukan sesuatu untuk mendapatkan anak itu Kembali.

-

"Harraz, Darly kesayangan kau ada dekat sini," ujar Adrian selepas mendapat notification daripada laptopnya.

Harraz hanya menggumam perlahan, dia sudah tahu hal itu sejak kelmarin, tipu jika dia tidak teruja mendengar hal itu, malah dia hanya bereaksi biasa.

"kau tak excited ke? Cinta hati ada dekat Malaysia kot," ujar Adrian, dia duduk di hadapan Harraz yang sedang membuat kerja itu, tekun, ceh. Malah soalan tersebut hanya dibalas dengan mengangkat bahu sahaja. Adrian menjeling.

BAM!

"BRO!!!" jerit Rifqi yang baru sahaja tiba di office Harraz.

"apa kau nak?" malas sahaja menyoal, matanya tidak lepas dari memandang komputer yang ada di hadapannya itu.

Terangkat kening apabila dirinya dipersoal begitu,"apa aku nak? Belanja aku makan sekarang, now!"

Harraz mengangkat muka memandang Rifqi,"belanja kau? Mana duit duit kau? Terbang?" geram.

Rifqi hanya tersengih,"simpan, saving buat duit nak kahwin," tak lama selepas itu kepalanya seperti diluku.

"otak kau lah, calon pun takda, nak kawin pulak,"

Syah yang baru tiba itu hanya bersandar di tepi pintu, Rifqi terpandang kea rah Syah,"hah tu, calon aku, hi baby," dia melambai ke arah Syah.

"dasar jijik!" Adrian menayangkan wajah jijik ke arah Rifqi, terus dia keluar dari office itu, malas mahu lama-lama, boleh gila.

-

"aku nampak shawn, aku nampak," Dent memerhati bekas orang gajinya yang sedang menyidai baju. Tidak lama kemudian, dia ternampak seorang lelaki muda baru sahaja keluar dari rumah itu dan menuju ke Mak Suri. Rentak lelaki itu mencuri perhatian Dent.

"apa istimewa lelaki tu?"

Tidak lama kemudian, Darly pula keluar dan menuju ke arah mak suri dan Noah. Dent hanya menjadi pemerhati dari jauh. Dia melihat hubungan antara anaknya itu dengan lelaki tersebut sangat mesra sehingga bepegangan tangan.

"murah," sinis sahaja ayat yang dilontarkan oleh Dent. ' kau tunggu perempuan'


─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──



Noah terpandang sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari rumah Mak Suri itu, tidak lama kemudian kereta itu berlalu pergi, baru sahaja dia ingin memanggil Darly, malangnya Darly sudah masuk ke dalam bersama Mak Suri. hatinya gusar, mereka diperhatikan ke?

"Noah! masuklah rumah, panas ni, matahari atas kepala," laung Mak Suri, sudahlah kulit lelaki itu putih, mahu gelap asyik berjemur. Noah mengangguk tanda faham dengan arahan itu, baru sahaja dia ingin masuk, dia mendengar ayat ayat dari rumah sebelah.

"semak nya wey"

"anok sapa ni, handsomenya!"

"aku nok dia wey, semak natang!"

dan macam macam lagi, Noah hanya buat tak endah, tak faham makkk!! "semak ke aku ni? aku tak kacau hidup dia pun lol," dia hanya membebel sambil berlalu masuk ke rumah.





Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 04, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

HARRAZ HAYQARL ( OG )Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang