─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
" Noah, you boleh tolong i tak?" Noah yang memandang tasik itu terus memandang Darly, keningnya diangkat,"ya?"
Darly senyum sekilas,"tolong i carikan kerja, since you dah lama kan kat sini?" ujarnya. Noah mengangguk," boleh je darly, tapi you nak kerja apa?" soalnya.
Darly memandang sekeliling,"hm apa yang menarik dekat sini? mall macam bosan je Noah,"ujarnya, kerja dalam mall lagi penat sebenarnya. naik tangga lah apa lah. nanti sesat?
Noah juga memandang sekeliling , kemudian matanya tertancap mata kedai kecil di hadapan tasik itu, dia mencuit darly, darly berpaling, "apadia?" dia memandang ke arah di mana Noah memandang.
"kedai bunga? sounds interesting! cantik pulak tu," rasa teruja menyebulungi diri. kerja di kedai bunga, boleh hilang stress!
"jom," Noah mula menuju ke kedai tersebut. Darly pula hanya mengikut di belakang. mereka tiba di kedai tersebut, loceng berbunyi menandakan kami masuk. " good afternoon.. eh aunty syie?" Noah mula menyapa.
Aunty Syie yang sedang membelek bunga tersebut berpaling,"eh Noah, hi, ada apa?" dia mengelap tangannya pada apron yang dipakai. Darly hanya memandang dari jauh. AuntySyie yang perasan kehadiran darly itu terus tersenyum makna ke arah Noah,"wah noah, dah ada girlfriend ya?"
Noah hanya tergelak kecil," tak ada lah aunty syie, ni Darly, jiran Noah, Darly, ni aunty Noah, kawan arwah mama," Darly mula bersalaman dengan aunty syie," cantik orangnya," puji aunty syie.
darly pula sudah tersenyum malu, Noah hanya menggeleng,"Darly ni nak cari kerja aunty, aunty ada cari new staff tak?" soalnya. aunty syie yang baru sahaja menuju ke kaunter itu terhenti,"ha, aunty kebetulan nak tutup dah kedai ni sebenarnya," Darly mula mengerutkan dahi, "kenapa aunty?" soalnya.
aunty syie senyum segaris,"umur aunty ni tak kena dah nak jaga kedai, so aunty decide aunty nak tutup, anak aunty tak ada yang minat bunga macamni," terangnya.
kening Noah bercantum,"maksud aunty? natasha?"
aunty syie mengangguk," dia tak minat dengan bunga, lagipun sekarang dia takda dekat sini, dia dekat jordan, lusa dia balik," Darly yang mendengar itu hanya mengangguk faham sahaja, mesti cantik Natasha tu, aunty syie ni pun tua tua pun still nampak cantik!
"Darly, kamu nak ganti aunty? kamu suka kerja macam ni?" soalnya risau, budak budak zaman sekarang ni tak suka kerja macam ni.
Darly mengusap lengan Aunty syie,"aunty jangan risau, Darly suka kerja macam ni, rasa tenang je hadap bunga bunga ni," dia memandang sekeliling. Aunty syie pula sudah menayangkan wajah lega.
"disebabkan kamu nak ganti aunty, aunty nak tunjuk tempat rahsia," ujarnya sambil mengenyitkan sebelah mata, Darly tergelak,"apadia tu?"
Aunty syie hanya memimpin tangan Darly menuju ke tingkat atas, Darly memandang Noah, gayanya seperti ajak untuk teman, Noah yang sedang bermain telefon itu terus mengikut Darly, mereka menuju ke tangga, ni tangga bukan sebarang tangga, berpusing!
setiba sahaja di tingkat atas, Darly terkejut, wajahnya sudah tidak boleh dikata, tak ubah seperti beruk, dia memandang sekeliling,"tempat apa ni aunty? ya allah cantiknya!" teruja darly memandang sekeliling.
aunty syie tersenyum,"ni secret garden, aunty duduk sini biasanya lepas habis waktu kerja takpun sebelum buka kedai, tempat ni penting bagi aunty, jaga elok elok ya Darly?" Darly memandang wajah aunty syie yang penuh dengan harapan.
Darly menggengam tangan aunty syie," aunty jangan risau, semua serah dekat darly," puas dia yakinkan dirinya pada aunty tersebut, biasalah orang tua-tua. dia mula berjalan di secret garden tersebut. matanya meliar memandang sekeliling. cantiknya! dia suka, ada pancuran air yang memudahkan kerjanya nanti, tak perlulah dia naik ke atas untuk menyiram.
mereka semua turun ke bawah semula dan berhenti di suatu tempt," tu office aunty ye Darly, apa apa kerja, Darly boleh buat dalam tu," terang aunty syie, Darly mula mengerutkan keningnya, siap ada office?
"kenapa sampai ada office aunty? ni kedai bukan sebarang kedai ya?" teka Noah, ayat Noah membuatkan aunty syie tergelak," tak adalah, kalau kamu nak tahu, banyak company dekat sini kalau nak buat event, dia akan datang sini, bincang dengan aunty, kiranya dia nak aunty deco event diorang pakai fresh flowers," terangnya, Darly pula mengangguk faham, kiranya kedai ni kalau boleh semua dah kenal.
"apa lagi eh yang perlu kamu tahu, kejap aunty fikir," dia memandang sekeliling,"oh ya, esok atau lusa, ada orang datang nak service aircond dekat sini, sebab dah tak sejuk, nanti kalau tak sejuk, bunga bunga boleh mati, faham kan Darly?"
"faham aunty,"
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"uncle serahkan seratus peratus dekat Qarl ya?" dia memberi beberapa kertas yang dipenuhi maklumat AE itu, Qarl mengambil dan melihat setiap maklumat tersebut, dia memandang uncle Yung, "uncle pasti saya boleh buat?" soalan itu mendapat anggukan yang yakin.
"tapi kamu betul ni? taknak cuti? nak mula terus?" soal nya semula buat keberapa kali. Harraz mengangguk, sepatutnya tiga bulan itu, dia mahu menghabiskan masanya dengan Darly, malah gadis itu tiada pula, terkilan.
"kalau dah tak ada apa apa, uncle pergi dulu, assalamualaikum," dia menepuk bahu Harraz sebelum beredar, Harraz hanya memandang wajah itu pergi, sejujurnya dia rindu gadis itu, dia perlu move on ke?
dia memandang message nya dengan Darly, last seen pun lama sangat dah, dia memang mula hidup baru ke? dia meraup wajahnya dan memandang sekeliling, hidup perlu diteruskan.
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"dato, saya tak dapat nak detect dah mana anak dato pergi, maafkan saya," anak buah yang ada di hadapan dia itu hanya dipandang kosong.
"macam mana boleh tak detect? buat pakai otak ke lutut?" suaranya masih mendatar, malah yang berada di situ sudah ketar lutut. takut!
"sebenarnya, kalau dah tak dapat detect, anak dato, tak ada dekat sini," ujarnya takut takut, kang kepala berlubang!
"apa maksud kau?"
"anak dato.. tak ada dekat malaysia,"ujarnya. alatnya hanya boleh mengetahui kedudukan seseorang apabila mereka berada di dalam malaysia sahaja, bukan di luar.
Dent sudah mengepal penumbuk,"macam mana dia boleh sampai ke luar negara ni?!" rambutnya diramas kuat," ni semua masalah jantan tu," file file yang berada di atas meja tersebut dicampak, dia tidak boleh berhenti disini sahaja, kalau dia tidak menjual anaknya itu, dia boleh jatuh muflis!
"dah! semua keluar dari office aku! berambus!" tengkingnya, yang lain mula menunduk dan pergi.
dia mula menuju ke tingkap berkaca itu, memandang suasana luar," mana aku nak cari kau ni Darly, menyusahkan aku betul lah," dia meraup muka. puas dia memikirkan cara untuk mendapatkan gadis itu semula, adakah lelaki itu bersama anaknya juga? tak boleh jadi!
YOU ARE READING
HARRAZ HAYQARL ( OG )
Romance- harraz hayqarl - Harraz Hayqarl | Darly Arisya 🥈SECOND STORY FROM LUVPATTRICIA🥈 - but they were meant to be, just not meant to last - seorang perempuan yatim tetap hidup dalam keadaan mewah, kuatnya seorang Darly Arisya tanpa ibu disisi. Diri...