hari terakhir mereka menduduki peperiksaan besar. Darly melangkah kaki keluar dari dewan. apa lagi?
FREEDOM!
heh tiap hari memang freedom. Dia memandang sekeliling, kelihatan Jaz dan Danny sedang menunggunya di tepi dewan. "hai babe," sapa Jaz.
Darly mengangkat tangan separas dada, malas mahu membuka suara. Dia memandang sekeliling.
Danny memandang muka Darly,"Harraz? dia belum ke-"
"ha tu!" potong Jaz. Kelihatan Harraz dengan muka yang kusut keluar dari dewan.
"how?" Soal Darly, dia menahan senyum, muka kusut pun handsome.
"okay, ugh finally freedom!"
Jaz juga teruja,"so nak lunch together?"
Darly menggeleng,"sorry babe aku tak boleh join, maybe next time, aku kena balik, got to go, malam kita jumpa," terus Darly pergi dari situ.
Kelihatan ada sebuah teksi diluar, terus dia masuk dan memberitahu di mana dia perlu pergi.
Hampir sepuluh minit, dia sudah tiba di rumah papanya.. autogate dibuka.
Dia melangkah masuk ke dalam, pintu utama diketuk.
Tak lama kemudian pintu dibuka,"anak ibu!" terus Darly dipeluk, "anak ibu dah balik, ya allah rindunya!"
Darly membalas pelukan itu,"Arisya pun rindu ibu juga!"
"jom masuk, ibu dah janji nak masakkan makanan special untuk arisya," ujarnya gembira. Darly mengangguk dia meminta diri untuk naik ke atas.
Pintu bilik ditutup, dia memandang sekeliling. argh rindunya bilik sendiri! dia mendepakan tangan dan baring di atas katil itu.
Selepas dia golek golek di atas katil itu, akhirnya di terlelap..
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
TOK ! TOK !
"arisya sayang makan," ujar Mak Suri, pintu bilik dibuka, dia menggeleng melihat Darly yang tertidur.
Mak Suri menepuk perlahan lengan Darly,"bangun nak,"
Darly menggeliat perlahan, matanya dibuka memandang Mak Suri,"sorry ibu, Arisya penat," dia mula duduk di sebelah Mak Suri.
"mandi, lepastu turun makan ya, ibu nak solat sekejap," Terus dia meninggalkan Darly.
Darly terus masuk ke kamar mandi, mana tahu lepas mandi segar lepastu hilang ngantuk.
Dia menuruni tangga, rumah ini memang sunyi, baginya rumah ini tak pernah meriah, dan rumah ini tak menunjukkan sesuatu yang bahagia.. benar kata orang, tak semestinya orang berduit hidup bahagia..
Dia menuju ke dapur, Mak Suri masih solat agaknya. Dia berlabuh di kerusi itu, tekaknya terasa kering, cawan diambil dan dituang.
Air yang dituang itu diteguk perlahan, sehingga habis, baru sahaja ingin mencedok nasi, kepalanya sudah terasa berat. Seperti batu yang menghempapnya. Tidak lama kemudian, dunia nya terus..
gelap.
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
Selesai menuju ke tandas, Jaz kembali duduk di hadapan Danny.
"lega?"
Jaz mengangguk, dia mengeluarkan iphone nya dan cuba untuk mendail number Darly.
Malangnya hampir sepuluh kali hanya masuk voicemail.
"seriously? dia tak pernah kot ignore i," Jaz mula rasa tidak sedap hati. Dia memandang Danny,"you, i rasa ada something yang tak kena dengan Darly.."
YOU ARE READING
HARRAZ HAYQARL ( OG )
Romance- harraz hayqarl - Harraz Hayqarl | Darly Arisya 🥈SECOND STORY FROM LUVPATTRICIA🥈 - but they were meant to be, just not meant to last - seorang perempuan yatim tetap hidup dalam keadaan mewah, kuatnya seorang Darly Arisya tanpa ibu disisi. Diri...