─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
setahun sudah berlalu, Darly tersenyum puas memandang pelanggan yang sedang menjamu selera itu, genap setahun, akhirnya dia berjaya membuka sebuah cafe yang terletak bersebelahan dengan florist nya, arisyia florist? menarik kan? cafenya pula diberi nama AC, ringkas seringkasnya.
"Darly, ada orang dekat florist tu," mulut Noah memuncung ke arah kedai bunga tersebut, Darly yang faham hal itu, terus menuju ke sana. tak ada staff di kedai tersebut, melainkan cafenya, hampir lima orang pekerja disitu. untungnya, kelima-lima staff tersebut, fasih berbahasa melayu, terima kasih dekat Noah lah, sebab carikan staff yang bagus untuknya!
hubungannya dengan Noah semakin rapat, pandangan staff nya, seperti lovebirds padahal tak, ceh!
darly memandang customer nya itu,"yes sir? how can i help you?"soalnya prihatin, dengan customer kena sopan, kalau tak kita rugi!
lelaki yang berada di hadapannya itu memandang sekeliling,sesekali dia mengeluh,dia memandang darly semula,baru sahaja dia ingin bercakap, sudah ada yang membisikkan sesuatu di telinganya, kedengaran seperti..
"malaysian?" sampuk Darly, serentak dua lelaki tersebut memandang Darly, dia mula kekok, silap pulak! dia rambut yang menutupi mukanya itu disisir ke belakang.
lelaki itu berdehem,"ya kitaorang malaysian," ujar lelaki yang bisik itu. Darly hanya membalas dengan mengangkat kening. "ya apa yang saya boleh bantu?"
"bagi saya satu bunga rose..? boleh?"soalnya. Darly mengangguk dia mula menuju ke arah bunga rose. " untuk girlfriend encik?" soal Darly sambil mengambil rose segar itu. lelaki itu mengangguk.
"dia merajuk," darly mula mengerutkan kening, beberapa saat kemudian dia tersenyum,"boleh bagi dia tiga rose kalau dia merajuk,"
lelaki yang leka memandang sekeliling itu terpandang wajah Darly, terkejut dengan ayat yang terkeluar dari gadis itu,"dah kenapa?"
Darly menjeling,"haish, satu kuntum pun ada maksud dia sendiri, tapi kalau tiga kuntum, maksud dia i love you," terangnya, dah besar panjang pun tak tahu ke?
lelaki itu hanya mengangguk faham,"okay bagi tiga," darly mula membuat kerjanya, setibanya di kaunter, "apa nama encik dengan girlfriend encik?" soalnya, kena buat report, senang nak tengok untung!
"im mifzan, her name is Natasha," terus kaku. dia memandang mifzan,"Natasha? anak aunty syie kan?" soalnya berhati-hati. jawapan itu mendapat anggukan daripada mifzan.
habislah kau mifzan, aunty syie bagitahu natasha tak suka bunga, sebab itulah anaknya tidak mahu menjadi pengganti ibunya di kedai ini. setelah melihat lelaki itu pergi, dia tertawa. habislah drama baru.
cepat cepat dia menuju ke cafenya, gosip! "noahh!" noah yang ralit bermain telefon itu terus memandang ke arah Darly, dia suka melihat perangai kawannya yang satu ini. periang. dengan memakai dress bunga-bunga membuatkan terserlah gaya kebudakan tersebut.
"Noah!" dia menjerit setibanya di hadapan Noah, nasib baik tiada orang disini, Noah yang terasa telinga mahu berdarah itu terus menjentik lengan Darly,"apa bising bising?"
"i jumpa mizan,"
noah mengerutkan keningnya,"boyfriend natasha? kenapa dengan dia?" Darly menjeling.
"mizan belikan bunga untuk girlfriend dia," ayat itu sahaja cukup membuatkan noah menghamburkan tawanya."seriously? natasha anti bunga kot?" Darly hanya mengangkat bahu,"katanya nak pujuk," noah ketawa lagi, "habislah mizan tu,"
YOU ARE READING
HARRAZ HAYQARL ( OG )
Romance- harraz hayqarl - Harraz Hayqarl | Darly Arisya 🥈SECOND STORY FROM LUVPATTRICIA🥈 - but they were meant to be, just not meant to last - seorang perempuan yatim tetap hidup dalam keadaan mewah, kuatnya seorang Darly Arisya tanpa ibu disisi. Diri...