─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"Okay terima kasih semua, hati hati balik rumah masing-masing," Cikgu Iris sempat memberi nasihat kepada anak muridnya sebelum keluar kelas.
Darly hanya memandang cikgu tersebut sehingga keluar kelas tanpa perasaan, sesekali dia mengeluh. Buku yang berada di atas meja di masukkan ke dalam beg, dia orang terakhir yang berada di kelas itu.
"Panasnya.." dia mengikat rambutnya sementara menunggu seseorang untuk mengambilnya.
"Arisya!"
dengar sahaja suara yang memanggilnya itu, dia terus berlari, pintu belakang di buka..
"lamanya paksu,"
Paksu memandang Darly mengikut cermin,"maaf ya arisya, paksu tukar tayar kereta tadi,"
"takpa, tapi paksu sebelum balik rumah, boleh tak kita ke kedai kek? arisya lapar.." adu Darly, Paksu mengangguk, terus kereta itu keluar dari kawasan sekolah tersebut...
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"THANK you," terus Darly keluar dari kedai tersebut,baki duit yang masih berada di tangan, di bawa masuk ke dalam beg, belum sempat dia berbuat demikian, sudah ada yang merampas duit itu dan terus pergi.
"WOI PENCURI!!" jerit Darly.
baru sahaja dia ingin mengejar, kakinya sudah tersadung pada paip,"aduh, macam mana la ada paip sini, letak la tepi tengok orang dah jatuh, ish,"
"ya allah Arisya, kamu ni kenapa?" soal Paksu apabila dia mendekati Darly, dia membantu Darly untuk berdiri..
"lutut tu dah luka tu, sakit tak?" soal Paksu risau.
"tak, Arisya okay.. ada orang curi duit baki kek ni Paksu, arisya nak kejar, tapi tula paip ni pulak ada kat sini,"
Darly membuka kek tersebut,nasib baik lawa lagi."tak apalah, nanti tau lah nasib dia, tula Paksu nak temankan, kamu tak kasi, tengok apa jadi,dah jom balik nanti papa kamu tanya," Darly mengangguk, dia dipimpin ke kereta.
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"BARU balik?"
Darly mengangguk, dia menuju ke ruang tamu, dia duduk di sebelah Dato Dent. dia bersandar pada bahu papanya itu,"tadi kan pa, ada orang curi duit adik.."
"dekat mana?"
"dekat depan kedai kek, ni ha adik beli kek," dia mengangkat plastik kek itu dan ditunjukkan kepada Dato Dent.
"banyak ke baki adik?" soalnya. malah Darly hanya mengangkat bahu,"lupa la papa,"
"takpe la dik, asalkan awak tu tak cedera," Darly mengangguk, dia memandang lengan Dato Dent yang luka itu. "papa luka kat sini takkan tak sembuh lagi?" soalnya risau.
Dato Dent hanya tersenyum,"biasalah, nanti sembuh la tu, pergi naik mandi," arah Dato Dent. Darly mengangguk, dia menuju ke atas.
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
"EH kecohla," Darly memandang ke luar kelasnya itu. ada dua orang lelaki yang sedang membuat bising di pejabat.. walaupun tidak berapa dengar apa yang mereka katakan, Darly hanya tetap memandang..
YOU ARE READING
HARRAZ HAYQARL ( OG )
Romantizm- harraz hayqarl - Harraz Hayqarl | Darly Arisya 🥈SECOND STORY FROM LUVPATTRICIA🥈 - but they were meant to be, just not meant to last - seorang perempuan yatim tetap hidup dalam keadaan mewah, kuatnya seorang Darly Arisya tanpa ibu disisi. Diri...