BAB 26 : S 1

1.6K 49 2
                                    

- Just you , the one , that I want the most , baby -

PERASAAN penuh teruja milik si lelaki bertubuh kecil ini , dapat dirasai oleh pakcik kesayangannya , Tengku Andrew Nur Razen .

Dia sengaja membawa Tengku Hakimi Dauren ke hospital di mana Hananiah Nabila berada . Dia ingin buat suprise kepada anak buahnya yang telah lama merindui cikgu kesayangan .

Mata Hakimi ditutup oleh tangan besar Razen . Pintu wad dibuka oleh penjaga yang menjaga wad Nabila .

Tengku Zarith Irfan Qyren yang sedang menyuap Nabila makan , mengalihkan pandangan memandang Razen . Melihatkan tubuh kecil Hakimi , membuatkan Zarith dan Nabila mengukir senyuman .

" Hakimi tak sabar nak tengok suprise yang uncle sediakan tak ? "

" Tak sabar ! Cepatlah uncle ! "

" Okay , satu dua tiga ! Tada ! "

Tangan ditarik . Hakimi mencelik mata berkali-kali sebelum matanya tepat memandang ke arah Nabila dan Zarith . Bibir Hakimi senyum teruja .

" Cikgu Hanaaaaaaaaa ! "

Razen meletakkan Hakimi di atas katil Nabila . Hakimi memeluk tubuh Nabila dengan erat .

" Hati-hati Hakimi , perut cikgu Hana luka . "

" Maaf cikgu Hana . Cikgu ! Hakimi rindukan cikgu ! "

" Cikgu lagi rindukan Hakimi . Ni macam mana , Hakimi sihat ? "

" Sihat ! Doktor Zaryn kata , Hakimi makin sihat ! Ni semua sebab cikgu Hana ! "

" Kenapa sebab cikgu pula ? "

" Sebab cikgu yang berikan saya semangat untuk sihat . Saya nak jadi lelaki yang kuat untuk melindungi cikgu . "

" Bagus macam tu ! Cikgu akan tunggu Hakimi sampai jadi kuat dan cikgu nak Hakimi lindung cikgu sampai cikgu tua , boleh ? "

" Untuk cikgu Hana , semuanya boleh ! Hakimi sayangkan cikgu Hana ! "

Semakin erat pelukan yang diberikan . Nabila melayan sahaja karenah Hakimi pada hari ini . Banyak yang Hakimi ceritakan kepada Nabila . Bukan sahaja bercerita , Hakimi juga banyak membuat Nabila ketawa dengan lawak budak-budaknya .

Melihatkan Nabila yang sangat melayan Hakimi dan wajah ceria Nabila , buatkan Zarith terfikirkan sesuatu .

Macam mana kalau dia dengan Nabila ada anak ? Mesti comel dan lawa macam Nabila dan kacak serta kuat macam dirinya .

Fikirkan perkara itu buatkan Zarith tersenyum sendirian . Dia langsung tidak perasan yang Razen , Nabila dan Hakimi memandang dirinya dengan pandangan pelik .

' Mini Nabila dan Zarith ? Argh tak sabarnya ! '

" Sayang cepat sihat tau ! "

" Eh kenapa tetiba ? "

" Supaya boleh buat mini kita ! "

( ✔ ) Obsession Love S 1 & S 2 Where stories live. Discover now