BAB 41 : S 2

1.3K 33 4
                                    

- You're mine , forever and ever . No once can take you away from me . Believe me , no one can . -

CAHAYA terang benderang menyinari rumah banglo enam tingkat tersebut . Ianya menandakan waktu tengah hari telah berlalu . Walaupun cahaya itu memancarkan haba panas , ianya tidak menghalang untuk Hananiah Nabila melakukan aktiviti sukan untuk semua kanak-kanak yang tinggal di rumah itu .

Lagu rancak yang dimainkan , memberikan lagi mereka semangat untuk meneruskan aktiviti sukan yang diadakan .

Kawasan lapang di bahagian hadapan sangat sesuai untuk apa-apa sahaja aktiviti yang dijalankan .

Kereta semua di-parking di kawasan yang telah disediakan .

“ Teruskan lagi ! Satu dua ! Satu dua ! Ikut apa yang mama sampaikan ni ! ”

Kesemua kaki yang memijak tanah itu mengikut rentak Nabila yang berada dihadapan mereka . Ketika ini , mereka sedang mengadakan aktiviti zumba yang juga diambil kira sebagai aktiviti sukan .

Hasil dari aktiviti ini meninggalkan banyak peluh yang mengeluarkan tosik-tosik dari dalam badan . Berat badan juga mampu turun .

“ Okay sekarang , semua pilih pasangan masing-masing . ”

Mendengar arahan Nabila , si kembar iaitu Tengku Putra Ethan Qyren dan Tengku Putri Emily Qyren , memilih sesama sendiri .

Tengku Annabella Qyren berpasangan dengan Muhammad Ryan Haikal , pasangan sejatinya dari kecil .

Nur Ryiana Habshah pula memegang erat tangan Raja Nakira Ryana , pasangan serta kawan baiknya dari kecil lagi . Asyik bersama dan tidak pernah berpisah .

Manakala Tungku Muhammad Qayyum Adam hanya solo . Dia bukan jenis berpasangan .

“ Qayyum , jadi partner aku . ”

Tengku Hakimi Dauren yang lebih tinggi dari Qayyum , memeluk bahu kawan berbualnya . Walaupun jarak umur mereka agak jauh , tetapi Qayyum lebih selesa dengan Hakimi berbanding yang lain .

“ Semua dah ada pasangan kan ? Okay sekarang ni , mama ada aktiviti untuk semua orang . Aktiviti pasangan dimana kamu berdua antara pasangan haruslah mengikat tali di antara kaki kamu berdua . Macam kaki kiri Ethan ikat dengan kaki kanan Emily . Buat itu dahulu dan baru mama beritahu sebab kenapa perlu ikat . ”

“ Baik mama ! ”

Apabila mendengar arahan tersebut , terus mereka mengikat tali diantara kaki masing-masing .

Sebelum mengikat tali kasut , Ethan membetulkan ikatan di rambut adiknya . Dipastikan kemas dan senang untuk adiknya bersukan .

Selesai mengikat tali kasut , aktiviti dimulakan . Mereka harus berlari tetapi perlu berlari antara penghalang yang ada .

“ Dengan kiraan satu dua tiga , semua boleh mula . Satu ... Dua .. Tiga ! ”

Tembakan dilepaskan . Empat pasangan itu mula berlari dan melintasi halangan-halangan yang ada .

Manakala dari kawasan parking yang berada disebelah rumah banglo tersebut , Tengku Zarith Irfan Qyren baru sahaja sampai di rumah . Pintu kereta ditolak .

( ✔ ) Obsession Love S 1 & S 2 Where stories live. Discover now