(1)

16.7K 189 4
                                    

"Abang lepaskan Tiara bang. Sakitttt!"  Tiara meronta-ronta supaya Hariz melepaskan cengkaman di pergelangan tanganya.

Hariz menghumban Tiara ke atas sofa rumah mereka seperti mahu patah tulang belakangya apabila diperlaku sebegitu.

"Kau cakap dengan aku Tiara! Siapa laki tu?!" Dada Hariz turun naik. Dia menyinting baju kemeja putihnya hingga ke paras siku.

Tiara diam membisu, hanya esakan yang keluar dari mulutnya.

"Jawab Tiara!!!" Kemudian Hariz meragut tudung bawal yang dipakai Tiara lalu dia mencengkam sanggul Tiara.

"Itu client Tiara abang. Sumpah demi Allah Tiara tak ada niat pun nak layan dia lebih-lebih"

Selepas mendengar pengakuan Tiara, Hariz melepaskan cengkamanya. Dia membelakangi Tiara sambil menguak rambutnya.

"Abang.." panggil Tiara perlahan. Dia perlahan-lahan mendekati Hariz.

"Tiaa.."

"Kau jangan dekat dengan aku Tia. Kau tahu kan aku macam mana"  Tegur Hariz

"Apa yang abang nampak tadi semua tak betul. Tolong percayakan Tia Abang. Tolong. Tia merayu"     Tiara sudah berdiri di hadapan suaminya. Namun sedikit pun Hariz tidak mentengang mata denganya.

"Kalau dia client kau. Dia takkan bahasakan diri dia Abang lah Tia! Kau ingat aku bodoh sangat ke? Sampai semua yang datang dalam company aku tu kau nak rembat? Tak cukup ke aku untuk kau Tia?! Tak cukup!"

Tiara menarik tangan suaminya namun Hariz menepis terlebih dahulu seakan tidak mahu disentuh Tia.

"Jangan la tuduh Tia sampai macam tu skali. Tia isteri abang. Tia tahu jaga batas Tia dengan lelaki lain. Abang tolong percayakan Tia"

"Aku takkan pernah percayakan perempuan kaki tipu,kaki curang belakang suami. Kau isteri Nusyuz Tia! Nusyuz!"

Bam!!!!! Seperti tombok menikan hati Tia apabila Hariz menggelar dirinya Nusyuz. Dia seakan hilang imbangan cepat- cepat dia terduduk di sofa tadi.

Dia terdiam seribu bahasa. Disebabkan dia menjalankan tugasnya sebagai seorang pekerja bawah suaminya. Dia dituduh curang?

"Kenapa kau diam? Aku dah agak dah. Memang kau buat pun Tia. Sekarang kau bagi tahu aku berapa banyak dah jantan yang kau dah main belakang aku?"

"Abang dah melampau!"

"What???! Aku salah? Eh Tia. Kau dari dulu perangai Jalang kau tu takkan ubah la!"

"Abang memang dah melampau! Sampai bila Tia nak jadi macam ni? Kena fitnah dengan suami sendiri? Abang rasa hidup Tia sebelum ni aman ke?! Yang abang tahu. Baran baran baran! Tia bosan!!" Hamburku.

"Apa kau cakap Tia? Kau bosan?" Hariz mengangguk-angguk. Dia mundar mandir. Peluh mula merinik di pelipis dan dahinya. Urat dahinya juga timbul.

Tiara rasakan sikap Hariz yang satu lagi sudah muncul.

Tiara mendapatkan suaminya.

"Abang... Ti.. Tiara.. Tiara mintak maaf. Tia. Tia tak maksudkan yang Tia bosan dengan abang. Abang.."  Tiara memegang dada suaminya. Dia dapat rasakan degupan jantung lelaki itu laju semacam.

Hariz menepis kasar tangan Tiara kemudian dia mencapai pasu seramik yang terhias di atas meja itu kemudian dia mencampak ke lantai.

 HUSBAND's RULEWhere stories live. Discover now