(28)

3.3K 101 5
                                    

AKU mengekori Hariz menuju ke sebuah apartment mewah di KUALA LUMPUR.

Tanganya melayangkan kad di pembuka pintu canggih itu. Lantas terbuka pintu mewah tersebut. Aku masih kaku di belakangnya.

"Yang kau tercegat dekat situ lagi dah kenapa?! Masok!" Tegasnya

Aku menggeleng

"Ni rumah siapa?? Saya nak balik villa. Nak jumpa Kak Yati"

Hariz menghembus nafasnya. Dia kembali menarik Tiara masuk ke dalam rumah.

"Ni rumah baru kita. Aku takkan bawa kau balik Villa lagi."

"Tapi kenapa????" Soalku sambil berkerut kening

"Sebab aku taknak siapa-siapa tahu yang kau sekarang tinggal kat sini! Kau faham tak?"

"Kenapa awak nak sorok saya dari semua orang... Awak nak jadikan saya apa sebenarnya Hariz?! Babu awak???"

Hariz berdecit.

"Tak ada sebab pun Tiara. Mungkin sebab kau dah melampau. Kau patut kena kurung dekat sini. Nak lari pun susah. Kalau berani, terjun lah. Tu pun kalau kau nak MAMPOS awal" sindirnya pedas

Aku menggeleng..

"Sebenarnya awak yang dah melampau."

"Kau tu yang MELAMPAU!!!"

Hariz melempar bagasi beg yang dibawa orang suruhanya tadi.

"Tu kau amik baju-baju kau ni pergi kemas sendiri. Aku takkan sewakan bibik dalam rumah ni, jangan nak belagak Mem besar pulak kat sini."

Setelah itu Hariz menuju keluar.

"Kau lapar kau masak sendiri!" Katanya sebelum dia berginjak keluar rumah.

Namun aku mengejarnya hingga ke pintu

"Hariz tolong saya taknak tinggal dekat sini. Saya nak balik villa.. Hariz tolong. Tolong jangan kurung saya" rayuku

Hariz menepis tanganku.

"Hei Tiara! Kau tak faham ke apa aku cakap? Kau nak bagi aku cakap bahasa apa?? Dasar!!" Makinya sebelum menolak aku ke lantai sehingga jatuh.

"Hariz!!!!" Jeritku sebelum dia menutup pintu.

"Tchhhh! Tchh..... buka pintu ni! Tolong!!!!! Hariz buka! Buka!" Jeritku.

Aku berjalan perlahan ke arah bagasi aku. Aku peluk beg itu sekuatnya sambil memandang sekeliling rumah apartment mewah itu.

Hariz semakin kejam. Dia nak kurung aku macam perempuan simpanan dia. Betul-betul tak guna!!!



PUAN NORMA selaku Ibu Tiara. Dia menuangkan air kopi itu ke secawan kecil. Dia melihat suaminya kusut sambil menongkat kepala.

"Sudah la Bang. Mungkin Hariz dah nasihatkan Tiara.."

"Saya kecewa dengan dia.. Selama kita besarkan dia, dia tak pernah naik suara dengan kita Nor.. Kita ni orang tua dia!" Luah Ayah

"Ye Bang saya tahu.. Saya pun kecewa dengan dia. Tapi kita boleh buat apa Bang? Dia tu anak kita. Darah daging kita.. Saya kandungkan dia 9 bulan Bang.. saya juga kecewa dengan sikap dia. Tapi saya maafkan dia. Sebab dia anak saya.. Saya tak boleh buang dia dari hidup saya"

Ayah menggeleng.

"Nor. Kalau Abang salah betulkan Abang.. Dalam keadaan macam ni Abang dah tak boleh terima Tiara dalam keluarga ni lagi!"

"Astaghfirullah. Abang! Mengucap... Tiara masih anak kita... Dia takkan jadi orang luar.."

"Kalau kamu masih nak pertahankan dia boleh Nor. Tapi jangan sampai dia jejak kembali lantai dalam rumah ni. Aku dah taknak tengok muka dia"

Puan Norma menggeleng sambil wajahnya muram. Segamak itu suaminya berkata kepada satu-satunya anak tunggal mereka.

"Tergamak Abang"

TIARA termenung di kaunter dapur sementara menunggu air mendidih di dalam periuk. Sejak sampai tadi perutnya berkeroncong minta diisi.

Mujur dia membuka kabinet dapur itu. Hariz sudah sediakan maggi untuknya. Tapi barang basah tiada pula. Atau dia sengaja mahu menyuruh aku makan makanan ringan sahaja.

Beberapa minit kemudian makananya sudah siap dihidang di atas meja.

"Maggi kari. Jadilah Tia asalkan kau kenyang. Suruh aku masak tapi barang basah tak ada pun" omelku sambil tenung maggi di hadapanku itu.

"Arh makan je lah" lantas dia mengangkat tangan membaca doa dan menikmatinya.

Setelah kenyang dia naik ke atas kembali untuk menyambung kerja kemas mengemasnya. Rumah ini masih baru. Perabot juga belum diisi sepenuhnya.

Tiada kata lain melainkan terima sahaja apa yang diarah Hariz.

Klak pintu bilik dibuka. Aku terkejut melihat sosok tubuh Hariz yang berkemeja putih sambil membawa kot hitamnya. Kirinya ada beg kerja.

Dia memandang aku atas bawah.

"Siapa suruh kau masuk bilik Aku?" Soalnya

Aku mengerut kening

"Awak tak cakap pun ni bilik awak"

"Kau kemas balik barang-barang kau ni. Pergi berambus bilik sebelah."

Aku terlopong

"Hariz... saya baru siap kemas. Awak tak cakap pun ni bilik awak. Saya tak tahu sumpahh"

"Aku dah cakap kan. Jangan jadi mem besar dalam rumah ni! Berlagak nak bilik besar"

"Jaga sikit eh mulut awak. Saya duduk bilik ni sebab ada tandas aje! Bukan berlagak mem besar"

"Dahtu. Tak reti nak berambus lagi????" Hariz sungguh pancing kesabaran aku.

Aku menggeleng.

"Awak dah melampau tau." Ucap Tia sayu. Dia mengambil kembali bajunya yang disangkut dalam almari tadi.

Hariz yang melihat Tiara yang melempar sahaja bajunya ke bawah itu. Dia mengeluh perlahan. Kemudian dia meninggalkan Tiara dan masuk ke dalam kamar mandi.

Tiara sudah menitis air mata. Mahu tak nya. Penat lelah dia menyusun kesemuanya namun senang-senang sahaja Hariz menyuruhnya pindah ke bilik sebelah.

 HUSBAND's RULEWhere stories live. Discover now