(8)GRAB

3.3K 71 4
                                    

AKU mengetuk-ngetuk jari di meja kerjaku. Sekali ku kilas ke bilik Hariz dia sedang sibuk menaip sesuatu.

Aku pandang jam besi di pergelangan aku. Sudah pukul 12 lebih tetapi Hariz langsung tidak mengajak aku untuk rehat seperti yang dijanjikanya tadi.

Aku mengeluh panjang.

Takkan lupa kot? Sendiri yang janji. Haish dia ni lupa ke? Ke nyanyok

Sekali lagi aku menoleh ke biliknya. Masih sama menaip sesuatu di laptop berjenama itu.

Sudah 15 minit aku menunggu Hariz. Tetpi Hariz tidak henti-henti menaip. Dia kelihatan sibuk. Perutku sudah berbunyi lapar.

Haish tak boleh jadi ni. Aku je la keluar makan sendiri

Aku terus bangun lalu mencapai beg tanganku di sebelah dan menuju ke bilik Hariz.

Aku menolak pintu kaca itu

"Abang... Jom la makan dulu" pelawa aku

"Tia turun dulu. Abang busy" matanya langsung tidak memandang aku.

"Tapi Tia nak kunci kere-"

Kring kring

"Hello-"

Tidak sempat aku habiskan cakap Hariz terlebih dahulu mengangkat panggilan telefon di pejabatnya dahulu. Sampai hati. Tahulah sibuk

Air mataku sudah bertakung. Memikirkan mahu makan apa. Tetiba sahaja aku teringin untuk makan KFC tapi mahu naik apa?

Grab je lah!

Sumpah ini kali pertama Hariz membiarku rehat berseorangan.

HARIZ keluar dari biliknya dan terus menuju ke kaunter.

"Kak Siti Tiara tak masuk lagi ke?"

"Oh betul Tuan. Puan Tiara belum masuk. Dah stengah jam dia lewat"

Hariz mengerut kening. Segera dia keluar dari pejabatnya. Dia menelefon Tiara beberapa kali di lobi namun langsung tidak dapat mendail nombor isterinya itu.

Perasaan risau menyelubungi Hariz. Dia menelefon lagi sehingga dia ternampak sosok tubuh isterinya yang sedang keluar dari kereta Proton Saga FLX di luar lobi.

Itu Tiara. Siap ada pamit sambil lambai tangan. Amboi! Dengan siapa pula dating? Huh

"Tia!" Jerit Hariz.

Tiara memandang kiri dan kananya. Mujur tiada sesiapa yang perasan dengan panggilan kuat dari Hariz

"Apa abang ni jerit-jerit. Orang tengok lah"

"Pergi mana? Siapa tadi? Siap lambai lagi..."

Tiara sudah buat muka menyampah.

"Ye tak ya pun nak tanya bagi la Tia masuk dalam dulu."

Hariz segera mencengkam lenganku

"Aku tanya kau dating dengan siapa tadi? Mesra sangat"

"Abang ni kenapa? Tu Grab lah. Grab car! Takkan itu pun tak tahu"

"Kalau Grab takkanlah kau nak duduk depan. Menggatal dengan driver tu ke?!"

"Ya Allah, Astaghfirullah. Takkan lah Tia duduk depan pun salah juga?"

"Masalahnya memang tak boleh la! Seat belakang pun ada kau duduk aje la dekat belakang. Kau ni tak habis-habis nak menggatal kan?"

Huh

Tiara mengeluh panjang.

"Abang sedar tak kenapa Tia pergi naik Grab sebab nak lunch? Sebab Tia mintak kunci kereta Abang tapi Abang buat tak tahu je dekat Tia! Abang yang janji dengan Tia nak bawa Tia pergi lunch dekat tempat Fav Tia. Tapi tak pun. "

 HUSBAND's RULEWhere stories live. Discover now