(3)MIMPI

6.9K 115 5
                                    

"Bunuh Tiara! Now!"

Hariz melemparkan balang kaca yang berisi makanan itu ke arah Tiara. Namun Tiara sempat mengelaknya.

"Argh!!!!!" Jerit Hariz

"Tia sengaja cabar Abang kan?!"

Tiara menggeleng laju sambil menangis. Dia sudah tidak sanggup melihat dirinya disiksa terus-terusan oleh suami sendiri.

"Cukup Hariz! Saya dah tak tahan dengan awak. Ceraikan saya-"

Hariz terus mencekik leher Tiara sehingga dia sudah lemas dengan cengkaman kasar suaminya. Dia meronta-ronta

Hariz tersedar ada gerakan dari katil Tiara. Dia terus celik matanya.

"Sayang!"  Dia memegang bahu isterinya yang sedang meronta itu.

"HARHHHH!!" Keluh Tiara sambil terbeliak matanya.

Dia keliru. Di mana dia? Mengapa wajah Hariz tersenyum di hadapanya.

Tapi mengapa dia merasakan sakit di bahagian belakangnya.

"Sayang! Ya  Allah Alhamdulillah. Sayang dah sedar? Kejap Abang panggil nurse"

Kemudian dia keluar sebentar dan masuk semula dengan beberapa orang berpakaian uniform hospital di belakangnya.

"Puan Tiara.. Syukur awak dah sedar" ujar seorang doktor perempuan.

"Ke.. ke.. kenapa dengan saya? Why Saya-"

"Aa sayang jangan ingat apa-apa dulu. Biar doktor yang check sayang dulu."

SELESAI semuanya dan doktor pun beredar keluar. Aku masih di atas katil, diam membisu. Hariz mendekat dirinya. Dia mahu mencium dahiku, sempat aku mengelaknya. Namun dia masih tesenyum.

"Sayang mimpi apa sampai terjerit tadi?"

"Awak jangan buat-buat tak tahu Hariz.."  perliku

"Walaupun saya terdampar, saya masih ingat perkara tadi." Tambahku lagi

Aku menoleh ke kiri. Tak sanggup lagi lihat wajahnya. Terbayang pula kejadian yang mengerikan itu tadi.

"Sayang... First, abang nak mintak maaf atas khilaf abang tentang tadi. Sumpah abang tak ada niat nak buat sayang sampai sayang sakit macam ni" luahnya

"Awak memang nak saya MATI baru hidup awak puas kan Hariz?"

"Sayang please. Don't say that... Abang taknak kehilangan sayang. Sayang nyawa Abang. Pergi sayang, hilang jiwa Abang"  Hariz menarik lembut tanganya dan dibawakan ke bibirnya.

Aku dapat rasakan ada air mata bersentuh dengan tanganku. Hariz menangis?

"Saya tak tahu lagi cara nak maafkan perbuatan awak Hariz. Awak lupa yang saya ini isteri awak? Tergamak awak seksa saya"

"Sayang. Abang rasa kita patut berhenti dari berterusan cakap hal ni. Sayang , you need rest. Sayang tidur lah."

Hariz mengusap dahiku. Aku menarik tanganku kembali. Aku pejam mata.

"Goodnight sayang" Bibir Hariz mahu sudah singgah di dahiku

"Don't kiss me" halangku. Terbantut perbuatan Hariz. Dia mengangguk faham sambil rahangnya bergerak.

 HUSBAND's RULEWhere stories live. Discover now