(12)REUNION

2.4K 61 0
                                    

Hariz memandu dengan tenang menuju ke majlis yang tidak lama lagi berlangsung. Aku tersenyum gembira melihat dirinya senang.

Setelah 30 minit di jalan, akhirnya kami sampai tepat jam 3 petang di Hotel Ro'y bertaraf 5 bintang itu. Sempat aku hubungi Yana namun dia terlebih awal sampai di situ.

Kemudian kami berjalan menuju masuk ke hotel lalu masuk ke dalam ballroom hotel tersebut. Suasana yang mewah dipenuhi belon-belon dan suasana yang riuh gembira. Masing-masing berbual bersama-sama sambil tertawa riang.

Ada juga kanak-kanak yang seronok berlari berkejaran.

Hariz mengekori aku dari belakang. Akhirnya aku jumpa Yana

"Yana!!"

"Babe!!! Oh My God Miss you girl!!!" Yana memeluk aku dengan erat

"Awhh miss you more B. Kau sihat??"

"Sihat la Tia! Tengok ni badan aku dah makin berisi."

"Takpe. Berisi tandanya Happy! Nah. Hadiah Ju. Mana Ju?"

"Ada dekat belakang."

"Yana. Ni Husband aku Hariz. Kau kenal kan?"

Yana senyum melihat Hariz dibelakang Tia. Kemudian dia mengangguk

"Siapa tak kenal suami kau Tia oi!"

Kami tertawa.

"Eh kau gi la cari tempat duduk. Makan-makan dulu. Nanti kita borak-borak."

"Hah ye lah. Abang jom" aku memegang tangan Hariz menuju ke sebuah meja kosong

Aku melihat Hariz seperti tidak senang

"Abang kenapa?"

"Bising sangat lah sayang. Tak selesa"

"Err... kalau macam tu kita balik awal lah nanti." Aku mengusap lengan Hariz.

"Takpa abang teman sayang sampai habis majlis."

20 minit kemudian Tia mula menjauhi Hariz. Dia mula bersembang dengan rakan-rakan yang lain. Hariz menggeleng melihat isterinya. Dia ingat dia datang seorang?

Siap kertawa terbahak-bahak. Entah apa yang mereka bualkan pun aku tak tahu. Perrmpuan.

Hariz bangun dari duduknya kemudian dia mendekati isterinya sambil berbisik

"Abang nak merokok kejap. Anything just call me"

Tiara mengangguk faham. Kemudian dia sambung bersembang.

Hariz mencari port untuk menghisap rokok. Akhirnya dia naik ke atas pentas ballroom . Di atas tidak berapa ramai sangat. Kemudian dia mengeluarkan seputung rokok bersama lighther. Berkepul-kepul asap yang dihasilkan Hariz.

Dia melihat di bawah begitu ramai dengan urusan sendiri. Hariz menggeleng kepala. Tempatnya bukan di sini.

Bukan apa, dia sudah biasa dengan suasana tenang meskipun dalam menghadiri mesyuarat kerjanya.

Tetiba ada suara bedehem dari belakang.

"Hariz" suara garau menyapa dari belakang. Hariz melihat sipi. Namun dia tahu siapa lelaki itu

"Nak rokok sebatang?" Pelawa Hariz

"No need" balasnya

"Pelik juga aku lelaki Sombong macam kau ni dijemput jugak dekat majlis ni."

"Oh lupa. Apa nama dia? Tiara? Bini kau kan? Patutlah kau ada" sambungnya.

Hariz masih lagi berdiam. Matanya masih memandang isterinya dari atas. Masih rancak bersembang dengan rakanya.

 HUSBAND's RULEWhere stories live. Discover now