(26)DERHAKA

3.1K 94 6
                                    

ADI menutup pintu keretanya perlahan sebelum dia mengeluarkan plastik makanan untuk dijamahnya nanti.

Dia berjalan menyusuri kawasan parkir kereta bilik sewanya. Entah kenapa malam itu sunyi dan hujan renyai-renyai. Dia melangkah perlahan di bawah bumbung itu.

Sekali bulu romanya tegak seperti merasakan ada sesuatu di belakangnya tetapi apabila ditolehnya belakangnya itu kosong.

Dia menghiraukan perkara itu sambil menyusuri ke arah tangga. Apabila kakinya mahu mendaki tangga, ada tangan kekar memeluk lehernya dari belakang. Dia tersorong ke belakang dan terjatuh.

Sekali dia angkat wajahnya ada beberapa orang lelaki di hadapanya sambil memegang kayu.

"Sapa korang ni?!! Kenapa kacau aku!!" Tegurnya

"Kau Dokter Adi kan?"

"Apa kau nak?! Aku tak hutang sesiapa... blahh!" Mahu sahaja Adi bangkit perutnya pula ditumbuk. Mukanya juga ditumbuk. Lima lawan satu, siapa kalah?

Doktor Adi sudah tidak terdaya. Wajahnya mencium lantai. Perutnya senak. Mulutnya sudah tidak mampu berkata.

Sesekali ada tangan mengheret kakinya keluar dari tangga itu dan dibawakan ke parkir kereta. Dibiar Adi yang menggulupur kesakitan itu di bawah hujan.

"Kau duduk situ! Bos kami nak jumpa dengan kau" arahnya

"Ssss...sssiapa?"

Mereka diam. Adi bangun perlahan-lahan sambil membelek luka di badanya.

Tidak lama selepas itu mata adi kesilauan kerana ada kereta jenis MPV di hadapanya. Sekali dia mendongak ke atas rupanya....

AKU mundar mandir di dalam bilik. Dari pukul 8 tadi Abang Adi tidak menjawab panggilan darinya. Rasa risau menyelubungi hati..

Aku harus beritahu Adi bahawa Hariz akan datang ke kampung besok. Adi perlu tahu. Yang ada dalam fikiranku sekarang ialah lari membawa diri. Tidak kuasa mahu mengikut lelaki bengis itu pulang bandar.

Haishhh... Tiara mengeluh panjang. Dia mencuba menelefon Adi lagi namun tidak diangkat

"Mana dia ni!! Hishhhh angkatlah.. penat call tak jawab ni"

Akhirnya aku meninggalkan pesanan buatnya

Abang Adi nanti jemput Tia dekat simpang depan. Malam nk juga kita gerak ke Perak. Tia nak jumpa Mak Usu nak duduk dengan dia. Datang cepat tau..

Tanganku lincah memasukkan baju-baju ke bagasi. Masa sudah suntuk. Aku tidak mahu berjumpa dengan Hariz. Dia bagaikan mimpi ngeri bagi aku.

"Tak mungkin aku nak berbalik pada kau Hariz! Jantan tak guna.. Sudah ludah dijilat balik.." hamunku

"ADI ! Abang kesayangan Tiara. Hello.. apa khabar?" Sapanya.

"Kau nak apa dari aku Hariz?!" Soal Adi pula

Hariz menepuk pipi kiri Adi.

"Hei hei.. kau tanya aku nak apa? Kau rasa aku nak apa?"

"Licik jugak eh kau ni. Aku ingat lelaki bekerjaya macam kau ni tak ada la sampai nak upah Sampah-sampah ni pukul aku"

"Hoi.. dia kata korang sampah" ujar Hariz sambil menoleh ke arah anak buahnya

"Tak apa nanti kami sampahkan dia balik.." balas Ri. Kemudian mereka tertawa..

"Sini sikit dekat sikit aku nak bagi tahu apa yang aku nak ye wahai Dokter Adi"

Hariz mencengkam dagu Adi dengan kuat.

"Sebenarnya aku nak kau mampos!" Jawabnya.

Lalu dia bangun menendang Adi diikuti juga dengan anak buahnya. Adi dipukul berkali-kali. Jeritanya sudah sebati dengan keadaan ketika itu.

Hariz ketawa kepuasan melihat kesengsaraan Adi ketika itu. Baginya jeritan Adi itu satu nikmat baginya.

"Stop!!" Arah Hariz

"Jangan pukul sampai mampos lagi walaupun aku nak dia mampos.. Nanti Tiara tu meroyan pula tengok Abang kesayangan dia mati. Dah jom gerak"

TIARA menjenguk ke luar bilik gelap dan sepi mungkin Ibu dan Ayah sudah tidur. Perlahan-lahan dia mengeluarkan bagasi. Ini waktu yang sesuai.

Tanganya perlahan-lahan menarik beg itu namun

"Ni nak pergi mana dengan beg-beg ni??" Soal Ibu

Aku mengeluh panjang. Kantoi juga

"Tia nak pergi Perak. Rumah Mak Usu"

"Dengan siapa?"

"Adi lah takkan Hariz pula"

"Kamu ni dah hilang akal ke Tiara???!"

"Ibu tu yang dah hilang akal! Mesti Ibu dah kena hasutan menantu Ibu tu kan?? Eh Ibu Hariz tu bukan betul sangat la"

Pangg!! Ayah menampar pipi aku.

"Kamu jangan jadi derhaka Tiara!!! Ini ibu kamu! Hariz dah hasut ibu atau Adi yang hasut kamu ?!"

"Ayah!! Adi tu baik ajalah dengan Tia.. sekarang Tia tak faham apa yang Hariz cakap dekat Ibu dengan Ayah sampai Ayah tergamak tampar Tia malam ni.." tangisku sambil memegang pipi.

"Ayah ingat kamu nak jadi seorang isteri yang solehah. Tapi rupanya isteri dan anak derhaka!! Sampaikan nak lari dengan jantan lain.."

"Memang!! Memang Tia nak lari dari rumah ni. Sebab orang dalam rumah ni takkan percaya lagi apa yang Tia cakap..."

Ibu Ayah terdiam.

"Kenapa Ayah lebih percayakan orang luar dari Tia?"

"Orang luar? Hariz tu menantu aku! Suami kamu.." balas Ayah

"Habistu. Perlu layan Tia macam orang luar sampaikan Ayah naikkan tangan dekat Tia? Macam tu.

Tia tahu kenapa Ayah backup sangat si Hariz tu.. sebab tiap-tiap bulan dia masukkan duit belanja untuk Ibu Ayah kan?? Sebabtu"

"Kau jangan jadi kurang ajar sangat Tiara.."

"Kenapa? Nak pukul Tia lagi? Pukul lah Ayah. Pukul! Ayah pun sama je dengan Hariz!!" Cabarku

"TIARA!!!" Jerit sesorang

 HUSBAND's RULEWhere stories live. Discover now