(11)KAMPUNG

2.7K 69 2
                                    

MEREKA sampai ke kampung pada jam 6 petang. Tia tidak mampu menggambarkan perasaan gembiranya apabila melihat perkampungan yang sudah lama dia pulang ke situ.

Tia yang ketawa halus melihat gelagat Ibu yang seperti cuak melihat kereta menantunya. Segera ku keluar dari perut kereta

"Assalamualaikum Ibu!!" Aku terus mendapat dakapan Ibu

"Waalaikumussalam. Ya Allah!!! Anak ibu balik.. Abang!!!! bang! Tengok ni"

Ibu membalas pelukan aku.

"Ya Allah rinduuuuu sangat dengan Ibu!! Lama Tia tak balik kan?"

"Kenapa Tia balik taknak bagi tahu Ibu sayang? Ya allah terkejut Ibu"

"Saja la Tia balik nak buat suprise kat Ibu!"

"Selamat Ibu tak pengsan tengok Tia lari"

"Hariz?"

"Bu... sihat?" Hariz menyalam tangan ibu.

"Sihat Alhamdulillah."

Kemudian dia beralih ke tangan Ayah pula.




SELEPAS menjamah makan malam aku naik ke bilik mahu mengemas bilik yang sudah sekian lama ditinggal. Habuk apa saja tak tidak lekat. Semuanya ada silap-silap sarang tikus pun ada!

Sedang aku mengalih tilam Hariz memeluk aku dari belakang.

"Sayang, jangan la angkat berat-berat.. Ingat la tulang belakang sayang tu"

"Abang! Tilam ni span aje! Mana berat pun hishhh" aku menyiku perut Hariz

"Dah. Bab angkat-angkat ni meh Abang buat. Sayang sapu ke cuci ke, janji jangan angkat berat-berat" segera Hariz merampas tilam tadi dari aku.

Hampir 20 minit kami mengemas bilik tidur

"Abang, kita stay kampung berapa minggu"

"Amboi minggu. Sayang ingat kerja abang dekat Office tu ada orang settelkan ke?"

"Hahaha tak ada lah. Berapa hari? Seminggu ada tak?"

"Maybe la sayang. Nanti abang confirmkan balik. Tapi kenapa suddenly Tia tanya abang?"

"Saje.. Cuma esok Tia ada rue------" Tergendala. Lantas aku mengubah topik. Takut Hariz pula melenting

"Abang nanti kita tidur dalam kelambu ye, takut abang tak biasa kena gigit nyamuk."

"Boleh je sayang. Nanti abang tolong pasangkan"

Mujur dia tidak berapa dengar apa yang mahu diperkata olehku tadi.

"Ni kelambu. Tia nak turun mandi kejap."

Aku menghulurkan kelambu tersebut ke Hariz.

"Bagi wangi-wangi tau. Ehem" usik Hariz

"Gatal! Kat kampung pun nak menggatal nanti Tia halau abang tidur dalam reban ayam!"

Hariz tertawa melihat aku mengusiknya. Apa salahnya? Gurau manja. Isteri sendiri kan bukan isteri orang lain pun

Suasana di luar rumah agak sunyi Ibu cakap Ayah belum pulang dari surau. Aku dapat bayangkan keadaan Ibu yang berseorangan tanpa Ayah di rumah.

Aku turun ke kolong untuk menggunakan bilik mandi namun aku terserempak dengan Ibu di dapur bawah

"Ibu.. buat apa tu?" Aku menuju ke arah ibu di meja makan.

"Tak ada apa lah, tengah susun kueh Bakar. Hariz suka kan kueh ni? Kebetulan minggu lepas Makngah ada hantarkan kueh ni. Tapi kamu tahu-tahu la kan Ibu bukan makan pun manis-manis"

 HUSBAND's RULEWhere stories live. Discover now