9

460 42 27
                                    

Ingat apa yang terjadi malam tu. Macam mana Yeonjun tak ingat, ni baru pertama kali dia jumpa manusia macam tu dekat dunia yang dia hidup selama ni. Sebelum ni, semua orang takut dengan dia tapi sekarang manusia bernama Soobin tu kenapa boleh berani dengan dia.

Kerja dia kan buli orang tapi kenapa Soobin boleh suka dia. Dia pulak buli Soobin, bukan patutnya Soobin benci dia ke? Dia kan lelaki Soobin tak nampak ke fakta bahawa dia tu lelaki? takkan nak kena buktikan.

Yeonjun takkan biarkan perkara tu terjadi lagi. Dia akan buat Soobin benci dia sampai Soobin sedar yang dia tak patut suka orang macam Yeonjun. Yeonjun pun pasti dia takkan jatuh hati pada Soobin, itu semestinya takkan terjadi bukan?

Jadi disebabkan Yeonjun kurang puas dengan tindakan nya terhadap Soobin malam itu dia akan membalasnya di sekolah.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Dengar sahaja perkataan rehat mesti semua pelajar bergegas pergi kantin.Yeonjun menolak kerusinya dan bangun. Dia menepuk bahu Soobin yang berada di sebelahnya dan berkata "jumpa aku kat tempat biasa"

Lepas itu dia terus keluar dari kelas, mengabaikan Soobin yang ingin mengatakan sesuatu. Soobin segera mengemas barangnya dan menyusuli Yeonjun yang sudah meninggalnya jauh.

____________________

Mereka sampai di belakang sekolah tempat yang mereka selalu jumpa, tapi biasanya waktu pulang sekolah. Kenapa Yeonjun ajak Soobin menjumpa nya waktu rehat?

Mereka berdiri menghadap satu sama lain. Soobin agak keliru sebab sejak diaorang sampai Yeonjun hanya melihatnya dengan pandangan seperti ingin membunuhnya.Takkan Yeonjun nak bunuhnya, dia kan belum dapat Yeonjun.

"Kenapa kau nak jumpa aku kat sini" tanya Soobin membuka bicara kerana dari tadi mereka hanya memandang satu sama lain.

"Ingat kau bisu sebab tak cakap dari tadi" jawap Yeonjun mendekat ke arah Soobin membuat Soobin mengundurkan langkahnya sehingga badan nya tersentuh dinding.

Yeonjun dengan cepat menumbuk Soobin di pipinya membuat Soobin mengerang kesakitan.

"Aargh...kau pahal tumbuk aku" Soobin memegang pipinya yang terasa ngilu dan Soobin pasti mesti hujung bibir nya berdarah.

Yeonjun menarik kolar baju Soobin dan menolak Soobin ke dinding semula.

"Tak ada pape cuma dah lama aku tak tumbuk orang jadi apa kata kalau aku tumbuk kau je kan?"

Yeonjun menaikkan tangan nya untuk menumbuk Soobin tapi Soobin memegang tangan Yeonjun daripada menumbuknya lagi. Mata mereka berdua memandang satu sama lain dengan pandangan yang tajam seperti pisau yang lepas di asah.

"Yeonjun Choi Yeonjun kau ingat aku ni apa? Mainan kau?" ucap Soobin dengan suara yang datar.

"Kenapa? Kau baru sedar ke selama ni kau mainan aku?" jawap Yeonjun dengan smirk yang terukir sendiri di bibirnya.

Yeonjun ingin menumbuk Soobin dengan tangan nya yang satu lagi namun dengan pantas Soobin memegang nya dan membalikkan badan Yeonjun hingga dirinya pula yang berada di dinding dengan kedua tangan berada di sisi kepala di genggam Soobin.

"Aku dah lama sabar dengan kau. Aku cuba tahan semua ni tapi harini kau buat aku hilang semua semua tu"

Soobin memandang Yeonjun dengan wajah yang dingin tetapi tatapan nya masih tajam.

"Tch kau fikir aku kesah ke? Lepaslah setan" jawap Yeonjun mencuba lepas dari Soobin tapi Soobin semakin mengeratkan genggamannya.

Sejak bila Soobin jadi kuat? Mungkin sesetengah orang akan jadi kuat bila dirinya rasa takut dan marah kan? Soobin salah satu dari mereka.

Tiba-tiba sahaja Soobin tersenyum dan menjawab "apa kau cakap? aku? setan? Kau silap Yeonjun, kau tu yang setan aku angel"

"I am the angel who will keep you away from your devil nature. Aku tahu kau tak macam ni" sambung Soobin senyum menampakkan dimples yang dalam di pipinya.

Yeonjun yang mendengar kata-kata Soobin dan melihat senyuman dimples Soobin tanpa sedar dirinya terpaku dengan orang yang berada didepan mata nya. Dia baru perasan soobin ada dimples.

Soobin yang melihat Yeonjun hanya diam memandang dirinya melepaskan genggaman tangannya pada Yeonjun dan melingkarkan tangannya di bahu Yeonjun, menarik Yeonjun dalam pelukannya. "I like you, it's fun teasing you like this and aku takkan putus asa suka kau. Aku janji aku buat kau suka aku balik, only for me. You'll be mine soon" ucap Soobin merehatkan dagunya di bahu Yeonjun.

Yeonjun tidak bergerak dia hanya diam mematung dan merasakan suatu perasaan yang pelik tetapi dia tidak tahu apa yang dirasakannya.Dia nak Soobin benci dia tapi kenapa Soobin buat dia macam ni.

Selepas itu Soobin melepaskan pelukannya dan terus meninggalkan Yeonjun yang masih terdiam. Soobin masih rasa sakit di dadanya lepas apa yang Yeonjun cakap dekat dia. Tak sangka kan Yeonjun anggap nya macam mainan. Soobin dengan cepat menghiraukan apa yang dikata Yeonjun tadi, dia tahu Yeonjun macam mana.

"Yeonjun!" panggil seseorang.

Yeonjun yang masih berdiri sedikit terkejut dan memandang ke arah sumber suara.

"Sorry kitorang lambat, singgah kantin lu" ujar Wooyoung.

"Korang kekadang memang menyusahkan betul lah" jawap Yeonjun memandang tajam ke arah mereka berempat.

"Mana Soobin?" tanya Changbin dan Felix serentak. (Ey jodoh ke? ( ͡° ͜ʖ ͡°))

"Dia dah pergi" Yeonjun mula mengorakkan langkahnya.

"Kau nak pergi mana pulak?" tanya Yeosang yang dari tadi hanya melihat sahaja.

"Aku nak balik rumah, takde mood aku nak hadap sekolah ni " jawap Yeonjun dan mula menjauh dari mereka.

"Bodo lah budak ni tadi suruh datang, ni dia pulak yang pergi" ujar Changbin kesal dengan perbuatan Yeonjun.

"Dah lah jom, bising bhai mulut kau" jawap Felix.

Mereka semua beredar dari situ.

____________________

Yeonjun berada di rumah sendiri. Taehyung tiada di rumah kerana bekerja di syarikat sekarang ni. Jadi dia tak tahu Yeonjun berada di rumah.

Yeonjun meletakkan beg nya dan duduk di atas sofa memandang TV yang bewarna hitam. Dia masih memikirkan kata-kata Soobin tadi. Perkara diucap Soobin terdengar betul yang dia suka Yeonjun dari hatinya.

"Ya Yeonjun apa kau fikir" ujar Yeonjun sendiri.

Takkan dia ada perasaan kat Soobin kot. Sejak bile dia belok, kan tak lawak.

"Kau ni manusia ke binatang gila, tak faham ke aku tak boleh suka kau. Anak Choi betul lah"

Yeonjun bermonolog sendiri. Menghiraukan apa yang terjadi tadi dan terus bangun menuju ke biliknya. Makin dia fikirkan, dia pun boleh gila nanti.


Tbc.

Pelik nya. Rasa nak delete je cerita ni 😹

😇

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now