16

443 36 7
                                    

"Yeonjun, kenapa tidur kat sini?" kejut Taehyung pada Yeonjun yang tertidur di sofa ruang tamu. Dia baru sahaja pulang dari kerja dan ternampak adik sepupunya tertidur di sofa jadi dia mengejutnya.

Yeonjun membuka matanya dan mengubah posisi kepada duduk sambil menggosok matanya.

"Kenapa kau tidur kat sini?" Tanya Taehyung lagi sekali.

"Tunggu Soobin" jawab Yeonjun membuat Taehyung bertambah pelik.

Sebenarnya kerja yang perlu dilakukan Soobin dan Yeonjun sudah siap, walaupun sudah siap Soobin tetap datang ke rumah Yeonjun. Tapi harini Soobin tidak datang ke rumahnya sehingga sekarang yang sudah merupakan waktu malam.

Yeonjun rasa sunyi pulak bila Soobin tak datang harini.

"Kau suka Soobin ke?" tanya Taehyung yang semakin hari semakin pelik akan sikap Yeonjun yang banyak berubah selepas kedatangan Soobin. Dia dah kenal Yeonjun lama jadi mustahil jika dia tidak tahu.

Soalan Taehyung membuat Yeonjun membeku seketika. Dia masih keliru dengan perasaannya. Betul ke ni perasaan cinta atau ini hanya perasaan seorang kawan?

Tapi kalau kawan betul ke rasanya macam ni? Dia tak nak menyakiti hati Soobin kerana kekeliruan nya. Apa jadi kalau selama ni yang dia rasa tu adalah kawan dan bukan cinta.

"Kalau betul-"

"Hyung aku nak tanya" ucap Yeonjun memotong ayat Taehyung.

"Tanyalah"

"Apa maksudnya bila aku rasa jantung aku berdebar bila aku dekat dengan dia. Kenapa aku rasa macam ada sesuatu terbang dekat perut aku bila dengan dia. Kenapa aku rasa sunyi bila dia tiada?? Apa maksud semua ni? Aku tak faham" Yeonjun memandang Taehyung dengan pandangan yang dia sangat perlukan jawapan.

"Dia siapa? Soobin?"

Yeonjun tak nak mengaku tapi dia perlukan jawapan untuk mengetahui semua ni jadi dia mengangguk kecil.

"Haih Hyung dah agak. Yeonjun tu maksudnya kau suka dia....tak bukan suka tapi cinta. Kau cintakan dia kan?" Taehyung duduk di sebelah Yeonjun dan memegang kedua tangan Yeonjun.

"Jangan sembunyikan perasaan kau Yeonjun. Kalau kau pendam selagi tu kau tak dapat jawapan. Pada aku, kau kena bagitahu benda ni dekat Soobin baru kau tak keliru lagi. Percaya lah cakap aku sebab aku pernah lalui semua ni"

Yeonjun tak tahu apa patut dia jawab. Kena ke dia cakap dengan Soobin pasal benda ni? Macam mana kalau Soobin benci dia.

Logik ke bila orang yang kau dah buli lepastu kau boleh sukakan dia? Boleh jadi juga orang tu nak balas dendam lepas apa yang kau dah buat dekat dia kan?

Tapi kalau Yeonjun tak beritahu sampai bila-bila dia takkan tahu dan hidup dalam kekeliruan.

"Aku ada benda nak cakap sebenarnya, mungkin benda ni kau tak suka tapi kau kena ikut"

"Apa?"

"Esok petang eomma appa kau balik dan kau kena tinggal dengan diaorang. Jadi esok kemas barang oke?"

"Hyung! Aku tak nak duduk dengan diaorang" bentak Yeonjun tidak terima.

"Sorry Yeonjun. Hak penjagaan diaorang pada kau lagi besar dari aku jadi ikut lah ye?" Taehyung mengusap rambut Yeonjun supaya Yeonjun mendengar katanya.

Yeonjun benci bila bercakap tentang eomma dan appa nya tapi walau macam mana pun Yeonjun tetap anak mereka. Tanpa mereka Yeonjun tidak lahir di dunia ni.

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now