18

503 38 5
                                    

Mereka berdua sudah berada di dalam mansion. Mereka pulang tidak menggunakan kenderaan tetapi pulang berjalan kaki sambil berpegangan tangan.

Tadi semasa mereka menjejakkan kaki di mansion, Puan Aera dan Puan Yuna terus sahaja pergi ke arah Soobin dan Yeonjun. Mereka berdua bertanya kepada anak mereka seperti 'what happened?' 'korang berdua pergi mana?' tapi Soobin dengan cepat menerangkan apa yang terjadi kecuali pasal hubungan dia dengan Yeonjun.

Tuan SungHo dan Tuan DongHyun pula sudah larut dalam perbualan mereka bersama rakan mereka. Jadi mereka tidak perasan yang anak mereka sudah balik. Lagipun anak mereka sudah besar dan pandai menjaga diri.

"Taehyung Hyung!" panggil Yeonjun memukul bahu Taehyung dengan kuat.

"Aww, Yah Yeonjun sakitlah!" Taehyung mengadu kesakitan akibat tindakan Yeonjun.

"Padan muka kau, tu balasan. Ingat aku lupa ke? Kau buat apa dekat sini?"

"Makanlah" jawap Taehyung santai, lupa dengan kawannya yang baru ditegur tadi. "Kau tak makan?"

"Dah. Ni siapa?" Yeonjun menunjuk lelaki yang berada di sebelah Taehyung.

"Ni Jungkook, my bro hahaha" Taehyung merangkul bahu Jungkook "right? right?"

Jungkook hanya berdiam diri dan tidak menjawab soalan Taehyung. "Dia ni memang, macam batu" Taehyung melepas rangkulannya sambil memandang Jungkook annoying.

"Oh, hi Jungkook Hyung"

Jungkook hanya memandang Yeonjun sekilas dengan muka poker nye dan terus pergi dari situ. Apahal dengan budak Jungkook ni?

"Woi Jungkook aku tak habis lagi lah!" Taehyung mengikuti Jungkook yang sudah jauh meninggalkannya.

"Baby?"

Yeonjun membalikkan badannya ketika mendengar suara seseorang dari belakangnya. Di depannya sekarang terdapat satu dan satunya Choi Soobin.

Seseorang yang telah mengambil hatinya. Yang telah membuat Yeonjun mendengar lagu cinta di telinganya. Yang menyedarkan Yeonjun tentang apa yang dirasa di dalam hati. Yang membuat Yeonjun terasa seperti ada rama-rama yang berterbangan di perutnya. Begitulah perasaan yang Yeonjun rasa, memang pelik tapi dia suka.

Mungkin sekarang Yeonjun memerlukan Soobin tidak kira diwaktu gembira atau dalam gelap dan kesuraman yang dia rasa. Dia mungkin akan sentiasa bersama dengan Soobin.

Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan saat, cinta dia tetap Soobin mulai sekarang. Tapi sayang kerana dia masih tidak bersedia untuk meluahkannya.

"Apa kau panggil aku?"

"Baby. Kenapa?"

"Aku geli gila"

Soobin mendekatkan dirinya pada Yeonjun dan berbisik di telinganya "Why? Aren't you my baby and I'm your.....daddy?"

The hell?

Yeonjun membesarkan matanya dan menolak Soobin membuat Soobin ketawa melihat muka Yeonjun yang panik. Mana akal sihat yang tuhan beri pada manusia bernama Choi Soobin hilang?

"Kau pergi masuk hospital mental"

"Kenapa pulak? Aku tak gila pon, aku cuma tergila-gilakan kau je" Soobin memandang Yeonjun dengan senyuman main-main yang terukir si bibirnya.

Yeonjun memandang Soobin dingin "kau nak apa?"

"Aku nak kau ikut aku keluar"

"Pergi mana?"

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now