6

482 43 2
                                    

Sebulan sudah berlalu dengan begitu pantas. Mungkin sebulan itu merupakan hari bahagia pada orang lain tetapi tidak untuk Soobin.

Dia tidak menyangka orang yang dia sayang selama ni membuatnya begini.

Yeonjun akan membulinya setiap hari dengan pelbagai cara yang dia tidak ketahui. Yang pasti cara itu akan memalukan dirinya.

Sekarang Soobin berada di tempat duduknya dengan beberapa buku yang terdapat di atas meja.

Sedang sibuk dia membaca buku seseorang duduk disebelah nya.

Yup dia Yeonjun.

"Soobin kau buat kan apa aku suruh?" tanya nya.

Soobin yang mengetahui apa yang dimaksudkan Yeonjun terus memberi buku kepada Yeonjun.

Yeonjun menyuruh Soobin membuat kerja miliknya yang diberi seonsaengnim, jika Soobin menolak suruhannya Yeonjun akan mengugutnya dengan mengatakan bahawa dia akan memalukan Soobin dengan lebih teruk dari sebelum ni.

Sesiapa akan merasa malu jika berada di tempat Soobin. Demi maruahnya dia akan menurut arahan yang diberikan Yeonjun.

"Thanks and jangan lupa jumpa aku dekat belakang sekolah nanti"

Soobin sudah terbiasa dengan itu kerana tujuan Yeonjun ingin menjumpai nya adalah untuk memberi tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Selepas itu seorang Ssaem memasuki kelas mereka dan memulakan sesi pembelajaran.

____________________

Yeonjun membaringkan dirinya di atas sofa yang berada di rooftop dan menutup matanya. Rooftop merupakan tempat favorite nya kerana tiada gangguan dan tempat dia pergi ketika ponteng kelas.

Ini merupakan waktu rehat tetapi dirinya lebih memilih untuk bersendirian.

Tak lama dia mendengar suara orang membuka pintu rooftop tetapi dia menghiraukannya, mungkin makcik cleaner yang masuk.

"Yeonjun"

Panggil seseorang, dia seperti kenal dengan suara itu. Dengan perasaan yang ingin tahu dia membuka matanya.

Di depannya ada Taehyun yang berdiri dengan tangan yang berada di dalam poket seluar dan melihatnya.

"Kau nak apa datang sini my ex budak" jawapnya tersenyum sinis.

Dulu Taehyun hampir saja dibuli Yeonjun tetapi disebabkan dirinya yang belajar cara mempertahankan diri Yeonjun tidak berani membulinya lagi.

Tetapi sesuatu yang tak tersangka terjadi kerana Taehyun mengajaknya berkawan. Mereka tidak begitu rapat, hanya seperti kawan biasa.

Kebetulan Yeonjun dan Taehyun akan berjumpa di dance class yang biasanya diadakan pada hari tertentu dan waktu petang. Yeonjun memasuki nya kerana minat manakala Taehyun sebagai hobinya sahaja.

Jadi mereka akan bertemu di sana.

"Aku nak kau tolong aku"

Yeonjun mendudukkan dirinya.

"Apa?"

"Boleh tak kau jangan ganggu Soobin, kau tak kesian ke dengan dia. Cuba kau yang jadi dia lepastu dia jadi kau, apa kau rasa. And berhenti lah buat kerja tak berfaedah ni!"

Yeonjun berdiri dan berkata.

"First of all, no aku takkan berhenti ganggu dia. Second, tch dia tak berani lah buat aku macam tu, dia je takut dengan aku. Lepastu kau!...tak payah nak nasihatkan aku lah ni bukan urusan kau"

Taehyun yang hilang kesabaran pergi ke arah Yeonjun dan menarik kolar bajunya.

"Kau memang kejam Yeonjun"

"Kau baru tahu" ujar Yeonjun ketawa.

Taehyun menaikkan tangannya untuk menumbuk Yeonjun tapi dia berhenti dan melepaskan Yeonjun.

"Kenapa berhenti, takut?"

"Aku tak takut lah!....aku tak nak reputasi aku menurun hanya disebabkan kau!"

Taehyun terus keluar dari kawasan rooftop dan menutup pintu dengan kasar.

"Tak guna punya anak Kang" ucap Yeonjun menarik rambutnya kesal.

____________________

Loceng sudah berbunyi, Yeonjun berada di belakang sekolah menunggu Soobin.

"Apahal budak ni lama sangat" ucapnya sendiri.

"Hey babe"

Yeonjun mendengar itu melihat ke arah sumber suara dan dengan cepat melarikan diri. Tetapi malangnya dirinya ditangkap dan pergerakan nye dikunci.

"Kenapa lari?" ujar seseorang tersenyum sinis dan pergi ke arahnya.

"KAU NAK APA HYUN WOO?!... Ish LEPASLAH!!"

"Tak de pape cuma rasanya dah lama aku tak jumpa kau" jawap Hyun Woo tertawa.

"Apa maksud kau?!...kan kita dah takde urusan lagi kau nak apa!"

"Babe kenapa ganas sangat" ucapnya memegang dagu Yeonjun.

"Jangan panggil aku macam tu lah sial!"

Yeonjun meludah ke arah muka Hyun Woo.

"Tak guna kau. Korang tumbuk dia sekarang"

Mereka menumbuk Yeonjun sehingga pandangan Yeonjun berubah menjadi gelap.




Tbc.

Ape benda aku tulis ni haha😭
Sorry ada carut :)
Just reminder this is bxb don't read if you don't like okay.

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now