15

459 35 9
                                    

Yeonjun membuat kerja bersama dengan Soobin pada waktu malam kerana pada waktu siang mereka bersekolah jadi tidak sempat untuk melakukannya. Ini merupakan hari ketujuh mereka membuat kerja tersebut. Kejap lagi kerja yang mereka buat akan selesai.

Mereka tidak perlu memerlukan banyak hari untuk membuat kerja ni. Soobin ingat selepas selesai sahaja kerja ni dia dapat meluangkan masa dengan Yeonjun.

Yeonjun selalunya tidak pernah bergurau senda tapi lihatlah sekarang, Yeonjun terlihat ceria tidak macam dahulu seorang yang dingin.Dia lebih sukakan Yeonjun yang sekarang berbanding yang sebelum ni.

"Soobin kau nak sambung esok?" tanya Yeonjun pada Soobin yang berbaring di atas katil kerana penat.

Soobin melihat jam yang berada di dinding bilik Yeonjun yang menunjukkan pukul 10 malam.

"Sambung lah"

"Tak nak balik?" tanya Yeonjun bangun dari kerusi meja belajarnya dan mula mengemas.

"Kau halau aku ke?"

"Hah? mana ada, aku tanya je"

"Oh oke" jawab Soobin menaikkan kakinya atas katil dan memeluk bantal seperti ingin tidur.

Yeonjun masih lagi mengemas mejanya. Dia menyusun buku yang dia guna tadi di atas meja dan menutup laptopnya.

Selepas selesai dengan kegiatan mengemas barang, Yeonjun membalikkan badannya. Yeonjun memandang Soobin yang baring atas katilnya. Soobin dah tertidur ke?

Yeonjun mengorak langkahnya ke arah Soobin dan naik atas katil. Selepas itu dia menggoyangkan badan Soobin.

"Soobin"

Tetapi Soobin tidak membalas panggilan Yeonjun.

"Soobin bangunlah. Jangan tidur kat sini. Balik rumah kau sana" ucap Yeonjun terus menggoyangkan badan Soobin dengan cepat.

Akibat perbuatan Yeonjun yang membuat badan Soobin tergoncang, Soobin membuka matanya dan melihat Yeonjun yang mempunyai ekspresi wajah kesal nya. Tapi selepas itu dia menutup matanya kembali.

"YAH!! SOOBIN!!"

Soobin mengambil bantal yang dia peluk tadi dan meletaknya di atas telinga. Dia tidak mahu mendengar jeritan Yeonjun yang boleh membahayakan telinganya.

"SOOBIN IREONA SEBELUM AKU SEPAK KAU DARI ATAS NI!!! YAA SOOBIN!" Yeonjun memukul punggung Soobin tapi masih tidak bangun.

Tiba-tiba pintu kamar Yeonjun diketuk. Yeonjun beranjak dari katilnya dan membuka pintu. Terdapat Taehyung berdiri di hadapan pintu dengan memeluk bantal.

"Hyung wae?" tanya Yeonjun memandang Hyung nya yang terlihat mamai seperti lepas bangun.

"Kenape engkau jerit huhhh?" tanya Taehyung kembali dengan kepala yang terhantuk-hantuk kerana dia belum sepenuhnya sedar dari tidur.

"Tak de pape Hyung. Tadi ada burung hantu dekat tingkap" jawap Yeonjun tersengih.

"Burung hantu? Tengok" Taehyung ingin masuk ke dalam bilik Yeonjun tapi Yeonjun dengan cepat menahan Hyung nya.

"Dah takde Hyung dah lari" ujar Yeonjun panik menahan pintu dari terbuka luas."Hyung kerja kan esok? Sambung lah tidur nanti tak boleh bangun jangan salahkan aku"

"Yeah you're right. Jaljayo" Taehyung mengorak langkahnya menuju ke bilik semula untuk menyambung tidurnya yang tergantung.

Yeonjun menutup pintu kembali dan akhirnya Soobin dah merubah posisinya menjadi duduk.

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now