21

562 35 17
                                    

Malam ini sangat membosankan bagi Yeonjun. Sedari tadi dirinya hanya duduk di atas katil sambil memandang ke luar tingkap. Dia juga menyelimuti tubuhnya untuk memanaskan badannya yang sejuk.

Penghawa dingin juga sudah dimatikan. Yeonjun termenung melihat cahaya bulan yang ditutupi oleh awan.

Satu idea keluar dari minda Yeonjun. Tangan Yeonjun dengan ligat mencapai handphonenya yang berada di atas katil. Yeonjun mendail nombor seseorang dan menelefonnya.

Selang beberapa saat panggilan terjawab.

"Hello Soobin?" ujar Yeonjun menelefon Soobin.

"Yes baby why? Do you want something?" jawap Soobin dengan pantas.

"Aku bosan!"

Senyuman ceria terukir dibibir Yeonjun selepas mendengar suara Soobin.

"Nak aku datang? Kau nak pergi jalan-jalan? Nak shopping? Tengok wayang? Aku boleh datang sekarang"

Yeonjun tertawa kecil lalu menggigit kukunya.

"Kenapa ketawa?"

"Nothing. Soobin-ie datanglah sini Yeonjun-ie bosan. Yeonjun-ie nak keluar, dekat sini tiada kawan"

Soobin tersenyum mendengar suara Yeonjun yang comel. Dia suka bila Yeonjun bercakap seperti ini.

"Alright Yeonjun-ie, Soobin-ie datang sana"

Panggilan telefon ditutup. Yeonjun bangun dari katilnya dan menuju ke arah almari baju untuk memilih baju yang sesuai.

Selepas 10 minit, Yeonjun selesai memilih baju. Yeonjun mengganti baju yang dipakai dengan baju yang dipilih. Dia memakai baju sweater berwarna kuning dan seluar berwarna hitam.

Yeonjun melihat penampilannya di hadapan cermin miliknya. Setelah puas melihat penampilannya, dia terus keluar dari bilik dan pergi ke luar mansion.

Ternyata Soobin telah sampai dan sedang menunggunya di luar kereta. Soobin tersenyum ketika melihat wajah Yeonjun, begitu juga dengan Yeonjun yang melihat wajah Soobin.

Yeonjun pergi ke arah Soobin, lalu pipi Soobin dikecup sekilas olehnya.

"Dah lama ke tunggu?" tanya Yeonjun mempoutkan bibirnya.

Lihatlah sikap manja Yeonjun sudah keluar. Soobin tentunya semakin gemas dengan Yeonjun.

"Tak ada lah, baru 5 minit"

"Ohh jom lah"

Yeonjun hendak membuka pintu kereta tapi Soobin menahan lengannya.

"Kenapa?" tanya Yeonjun memandang Soobin.

"I just wanted you to know that you're looking good today"

Yeonjun dah tahu yang pipinya akan menjadi merah jadi dia meniup mata Soobin dan terus masuk ke dalam kereta. Lalu menutup pintu dengan cepat.

Soobin tertawa kecil melihat tingkah Yeonjun yang malu. Soobin masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.

Kemudian, Soobin memandang Yeonjun yang tidak mahu melihat mukanya. Soobin menggenggam tangan Yeonjun membuat Yeonjun memandang ke arah Soobin.

"Kau nak pergi mana?" tanya Soobin.

"Tak tahu" jawap Yeonjun singkat.

"I want to take you somewhere"

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now