20

460 37 16
                                    

Sekejap lagi dah nak akhir tahun dan itu adalah hari yang ditunggu mereka. Selepas sahaja mendapat keputusan peperiksaan, mereka tidak lagi berada di sekolah menengah.

Soobin menunggu kedatangan Yeonjun di depan pagar sekolah. Mereka baru sahaja tamat peperiksaan yang dinanti-nantikan, tinggal menunggu keputusannya untuk keluar.

Soobin tersenyum ketika melihat Yeonjun yang datang ke arahnya. Mereka sudah dua bulan menjalankan hubungan. Tiada perkara yang buruk terjadi, mereka berdua hanya menikmati hari-hari mereka.

Yeonjun tersengih dan berlari ke arah Soobin yang sudah membuka tangannya untuk berpelukan. Dia melingkarkan tangannya di bahu Soobin dan Soobin memeluknya semula.

Hari demi hari mereka menjadi semakin rapat. Tiada lagi kecanggungan antara mereka berdua.

"Kau okey?" tanya Soobin.

"Aku okey, kenapa?" jawap Yeonjun melepas tangannya dari bahu Soobin. Tangan Soobin masih lagi di posisi yang sama.

"Tak ada apa-apa. Aku cuma rindu kau, kan hari ni aku jarang jumpa kau" Soobin memuncungkan bibirnya.

Yeonjun terkekeh kecil melihat Soobin yang merajuk "Hari-hari kau nak cakap benda yang sama ke?" ucap Yeonjun sambil menyentuh hidung Soobin.

Mengeratkan pelukannya pada Yeonjun, Soobin menjawab "Mestilah, aku mana boleh hidup tanpa kau"

Muka Yeonjun berubah menjadi geli selepas mendengar ayat Soobin yang menjengkelkan padanya itu. Sebenarnya, dia penat mendengar ayat Soobin yang baru sahaja Soobin buat, itu membuatnya merasakan sesuatu yang pelik.

"Soobin boleh tak kau berhenti bagi aku ayat macam itu, aku geli lah. Tahu tak?" Yeonjun bercakap dengan nada yang tinggi.

Tetapi Soobin tidak kisah, dia dah biasa dengannya "Geli-geli pun kau tetap suka kan?"

Yeonjun menolak Soobin sehingga tangan Soobin terlepas dari dirinya. Dia berjalan menggunakan kakinya, meninggalkan Soobin di belakang. Soobin menggaru kepalanya heran dengan perubahan mood Yeonjun dan mula mengejar Yeonjun yang dah jauh darinya.

Jangan lupa dengan pelajar yang baru pulang. Tentunya mereka semua mengalihkan perhatian mereka pada dua orang manusia yang sedang berada di dunia mereka itu di tengah jalan. Tapi mereka berdua hanya mengabaikannya.

____________________


Sampai sahaja di rumah Soobin, Soobin dengan cepat mengurung Yeonjun menggunakan kedua tangannya di pintu. Yeonjun membesarkan matanya kerana terkejut, dia baru sahaja ingin menutup pintu.

Mereka selalu berada di sini, eomma appa mereka membenarkannya. Mereka juga selalu menginap disini. Tapi sepanjang peperiksaan berlangsung, mereka tidak berjumpa di sini.

"Baby I miss you....you know?" Soobin memandang Yeonjun tepat dimata.

Yeonjun menelan ludahnya berat.

Melihat Yeonjun yang hanya terdiam, Soobin semakin mendekatkan mukanya pada Yeonjun sehingga bibir mereka hampir tersentuh.

"Aku rindu kau, rasanya dah lama aku tak jumpa kau" ucap Soobin membuat Yeonjun merasa geram kerana nafas Soobin yang terkena bibirnya.

Apa yang Soobin katakan betul kerana dia betul-betul jarang berjumpa dengan Yeonjun sejak ni. Dia rasa macam dah setahun tak berjumpa dengan Yeonjun. Ya, mereka berjumpa di sekolah tapi mereka lebih fokuskan tumpuan mereka pada guru yang mengajar. Bagaimana tidak? Mereka nak periksa kot. Macam mana kalau gagal?

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now