8

500 43 26
                                    

Soobin menuruni anak tangga satu persatu menuju ke dapur. Terlihat Beomgyu yang duduk di atas kerusi membelakangi nya sambil memainkan cawan yang terlihat kosong.

"Hey Gyu" ujar Soobin menepuk bahu Beomgyu.

"Ai kamchagiya"

Soobin terkekeh kecil.

"Kau kenapa berangan ?"

"Tak de pape cuma...."

"Pasal tadi kau nampak" potong Soobin.

Beomgyu hanya mendiamkan diri. Dia nak mengaku apa yang Hyung nya cakap tu betul tapi dia tak berani.

"Kitorang tak de pape lah otak kau tu pergi bersihkan sikit"

"Macam lah otak kau tu bersih sangat" jawap Beomgyu.

"Iyalah budak"

Soobin mengorak langkahnya mengambil cawan dan menuju ke peti sejuk mengambil minuman favorite nya, almond milk. Rasanya sudah lama dia tidak meminum air tu.

Selepas itu dia duduk di sebelah Beomgyu. Tiada yang ingin memulakan perbualan, mereka hanya sibuk dengan hal masing-masing.

Soobin lupa dia ingin memberitahu Beomgyu sesuatu dan dengan itu dia melihat Beomgyu yang dari tadi menghadap handphone.

"Yeonjun stay sini"

Beomgyu mengalihkan pandangan ke Soobin. Apa Soobin cakap? Yeonjun stay sini. Maksudnya Yeonjun tumpang sini ke stay sampai bila-bila.

"Maksud Hyung?"

"Aih kau ni, dia tumpang tidur dekat sini, kan dah malam"

"Ooh aku oke je"

"Aku ada soalan nak tanya kau" Soobin memandang Beomgyu dengan tatapan yang serius.

"Apa dia?" tanya Beomgyu.

"Kau tahu aku suka Yeonjun kan? Dia lelaki jadi kau ok ke?"

"Hyung aku tak homophobic jadi aku tak kesah kau nak suka girl ke boy. Asalkan aku dapat tengok Hyung aku senyum" jawab Beomgyu merangkul bahu Hyung nye dan tersenyum.

"Untung kan aku dapat adik macam kau"

Ruang dapur dipenuhi dengan gelak tawa dua beradik yang sudah terlihat akrab dari dulu.

____________________

Yeonjun keluar dari bilik mandi selepas dia selesai membersihkan diri dengan tuala yang dililit di pinggangnya dan pergi ke almari yang ditunjukkan Soobin tadi untuk memilih baju.

Dia menjumpa baju yang sesuai untuk dirinya dan masuk semula ke dalam bilik mandi, menyalin baju yang dipilih tadi.

Yeonjun mengakui baju Soobin terlihat besar sedikit di tubuhnya. Ye lah kalau tengok tubuh Soobin sahaja seperti tiang elektrik yang ada kat tepi jalan.

Yeonjun teringat sesuatu, mana handphone dia? Dia pergi ke arah bakul untuk meletakkan baju kotor dan mengambil seluar nya, mencari handphone miliknya.

Dia menjumpai handphone nya di dalam poket seluar dan dengan cepat menghidupkan handphone nya.

15 missed call from
Taehyung Hyung

"Habislah aku kena bebel" gumam nya.

Baru sahaja dia ingin berjalan ke arah katil telefon nye berdering tanpa membunyikan suara. Handphone Yeonjun selalu dalam silent mode sebab itu dia selalu menjawab call lambat.

MY LOVE \Yeonbin\Where stories live. Discover now