"Good morning sweetheart" kedengaran suara lembut seorang wanita membisiki telinga kananku. Mamai dan mengantuk, kucuba untuk membuka luas mataku. Mataku agak kesilauan apabila wanita itu menyelak tabir dan matahari mula membasahi ruanganan bilik yang gelap sebentar tadi.
"Morning love" balasku kepada wanita itu. Siapakah wanita itu? Ya, dia adalah Azila. Isteri tercintaku.
"Ila dah sediakan breakfasts untuk abang. Ila tunggu kat bawah ya." Sambil satu senyuman diukir kepada ku. Aku menganguk pelahan lalu mencari pakaian untuk disarungkan kebadanku. Tanganku meramas-ramas katil untuk mencari baju kerana mata masih berat untuk dibuka. Walaupun mata masih mengantuk dan badan sepertinya ingin kembali ke atas tilam yang empuk itu. Namun begitu, cuba ku lawan dan berdiri untuk pergi mengekori isteriku kedapur. Ku capai iphone13ku lalu aku terus berjalan ke dapur untuk bersarapan. Sebelum sempat aku keluar dari bilik, kelihatan satu kelibat kecil berlari laju kearahku.
"Ayahhh".
"Ya Allah Zamir, kenapa nii." terkejut. Kelibat tersebut adalah anakku Zamir. Anak kesayangan ku yang berusia 5 tahun.
"Ayah, next week cuti kann. Jom kita jalan-jalan." Aku menganguk perlahan seraya mengangkat anakku itu turun sekali ke ruang makan untuk bersarapan sambil ku cium-cium pipinya. Sewaktu turun dari bilik ke dapur, bau aroma mee goreng handalan isteriku itu menusuk hidung ku membuatkan mataku segar bugar. Sesiapa yang menghidu aroma mee goreng itu pastinya terliur dan menaikkan selera mereka. Sesampai di dapur aku meletakkan Zamir dikerusi hujung dan aku pun melabuhkan punggungku ke atas kerusi kayu buatan German itu.
"Abang balik lewat hari ni?" tanya Zila sambil mengaut mee goreng yang baru sahaja diangkat daripada kuali ke pingganku.
"Tak kot, hari ni tak busy sangat jadi Abang balik awal sikit." Balasku sambil menyuap mee goreng yang masi hangat itu ke dalam mulutku. Perisa mee goreng itu benar-benar seindah aromanya. Dari pedasnya kepada masinnya, semua menepati citarasa lidahku. Aku benar-benar diulit rasa bahagia dengan santapan pagi itu.
"Kalau ayah balik awal, bole la kita jalan-jalan pergi kedai cari buku. Semua buku kat bilik Zamir dah baca." keluh Zamir sambil menghirup susu yang disediakan oleh ibunya. Memang aku suka membelikan buku cerita ataupun buku ilmiah kepada Zamir kerana membaca itu merupakan satu amalan yang baik dan jambatan kepada ilmu pengetahuan.
"Boleh" balasku singkat.
Kring-kring.
Telephon ku berdering. Kelihatan nama Anas berada di skrin telepon itu. Aku pun terus menekan butang hijau dan kedengaran suara garau yang dikenali.
"Salam Wan"
"Waalaikumsalam, Nas. Kenapa telepon aku pagi-pagi ni?"
"Tentang Iz ni Wan, dia tengah nazak Wan" agak sedikit sedih suara Anas ketika mengutarakan berita itu.
Badanku mengeras, terkejut dan terkaku. Sudah 7 tahun aku tidak mendengar nama itu. Kedengaran suara Anas masih lagi di telepon namun aku tidak mampu memprosesnya.
"A...A...Apa jadi dekat Iz, Nas? "Lemah suaraku seakan-akan aku tidak percaya apa yang baru sahaja didengari.
"Dia kanser Wan, aku rasa ada baiknya kalau kau balik dan lawat Iz sebelum apa-apa jadi."
Badanku makin lemah, nafas seakan-akan sesak namun kucuba kuatkan diri untuk menjawab. Kutarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab.
"In... In... In Shaa Allah, aku pergi". Suaraku terketar ketar. Mampukah aku pergi, mampukah aku menonjolkan diri dihadapan mereka selepas 7 tahun hilang begitu sahaja. Mampukah aku berdepan dengan Iz selepas apa yang telah terjadi.
"Aku tau apa yang jadi Wan, tapi kau cuba la untuk maafkan diri kau. Aku yakin yang Iz pun nak kau ada dekat dengan dia sekarang. Aku just harap yang kau tak regret apa-apa lepas apa yang jadi." Suara Anas seakan-akan meminta aku untuk pergi. Tanpa disedari air mataku jatuh di pipi.
"Inn Shaa Allah Nas, aku akan cuba untuk pergi lawat Iz." Suaraku lemah dan aku tahu apa yang dikatakan oleh Anas itu ada betulnya. Telefon itu pun diputuskan. Aku masih lagi terkaku dan masih lagi mencuba untuk memproses kesemua informasi-informasi yang telah diberi oleh Anas sebentar tadi. Aroma mee goreng yang tadinya menaikkan seleraku kini terhapus kerana mendengar berita itu. Aku cuma menundukkan kepalaku kerana bersimpati atas apa yang terjadi kepada insan yang bernama Iz itu.
"Siapa tadi bang, kenapa muka abang jadi pucat?". Suara Zila sepertinya risau melihat keadaanku yang pucat dengan air mata yang mengalir di pipi. Aku menarik nafas yang dalam dan menghembuskannya sebelum memberitahu isteriku apa yang baru sahaja diberitahu oleh Anas. Reaksi Zila adalah sama sepertiku. Dia juga turut bersimpati dan bersedih akan berita tersebut.
"Mungkin Ila tak tahu apa yang jadi antara abang denga Iz, tapi Ila rasa abang kena balik dan lawat Iz, Bang. Ila rasa mesti Iz dan kawan-kawan abang rindu dengan abang dan tak salah kalau abang balik dan minta maaf dengan mereka. Tiada siapa yang rugi bang kalau kita meminta maaf. "Mengharapkan agar aku pergi. Aku tidak pernah menceritakan apa-apa yang terjadi keatasku dengan insan yang bernama Iz kepadanya kerana aku tidak mampu menceritakan kisah itu kepada isteriku. Zila sekadar tahu yang aku dan Iz merupakan kawan baik semasa di universiti dahulu dan berpisah kerana perselisihan faham yang sengaja ku reka untuk menutup cerita berdarah itu. Kisah itu telah menghantui aku selama 7 tahun dan aku masih berusaha untuk melupakannya. Walaupun peristiwa itu sukar untuk dilupakan, namun peristiwa itulah yang mengajar aku untuk terus berdiri di kaki sendiri.
"Okay Love, abang akan pergi." suaraku akur akan permintaan isteriku. Aku terus mencapai kopi lalu menghirup kopi yang telah sejuk itu.
Izhar Hanafi. Nama yang cukup aku kenali. Siapa sahaja yang tidak kenal pada Izhar Hanafi ni? Dari acara sukan ke akedemik, semua dia sapu bersih. Seorang yang sopan-santun, sedikit lembut tetapi berkarisma dan seorang yang kacak. Mungkin kerana itulah dia sering dikejar dan dijadikan idola oleh gadis-gadis di university dahulu. Rambut hitamnya agak sedikit panjang dan sedikit ikal. Senyuman yang datang dari birir merahnya yang manis boleh melemahkan sesiapa yang memandang ditambah pula dengan lesung pipit yang menghiasi mukanya. Badanya yang agak sedikit kurus namun berotot mungkin kerana dia sentiasa bersenam dan mata coklatnya yang pastinya melemaskan sesiapa memandangnya. Mengapa aku begitu mengenalinya? Mengapa manusia seperti aku yang jauh sekali daripada sifatnya ini begitu mengenali insan yang bernama Izhar Hanafi. Kerana dia merupakan cinta pertama kepadaku. Ya, cinta pertama kepada Hazwan Qasy. Cinta Tragic dan cinta terhalang. Cinta yang berlandaskan kepada nafsu semata. Walaupun pahit untuk ditelan, namun itulah hakikat dan kebenarannya. Apabila nafsu menguasai diri, kadangkala perkara yang haram dilihat mudah dan dipertingkai manakala perkara halal jauh sekali dari hati. Kekesalan yang tidak ada erti dan sudah tercatit di buku amal akan perbuatan keji dan lakhnat itu. Adakah Tuhan membenci aku. Adakah aku bakal dimasukkan ke dalam neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu berhala. Adakah segala taubat yang aku lakukan selama ini ditolak oleh Tuhanku kerana aku telah melanggarnya?
YOU ARE READING
KEMBALI
Romance[COMPLETED]Siapa sangka yang satu deringan telefon pada pagi itu telah mengubah hari Hazwan Qasy yang bahagia kepada kegelisahan dan rasa serba salah yang dikirannya dibawa sehingga mati. 7 tahun dia menghilangkan diri dan hidup dengan penyesalan na...