Bab 8

33 0 0
                                    

April 2015

"Syakila? Kau buat apa kat sini? Mana Qasy?" Tanya Izhar kepelikkan. Sepatutnya akulah yang berjumpa dengan Izhar di bilik kecil ini. Aku memberitahu Izhar yang aku masih lagi sayang padanya dan ingin meleraikan perselisihan faham anatara kami berdua jika dia bersetuju untuk berjumpa denganku di sini.

"I'm sorry Iz. I did this for you." ujar Syakila. Tangan Syakila perlahan-lahan membuka bajunya di hadapan Izhar. Mata Izhar seolah-olah tidak percaya akan kelakuan Syakila. Izhar terus meluru kearah Syakila untuk menutup badan Syakila yang kini separuh bogel. Izhar membuka jaketnya dan terus menyarungkannya ke atas badan Syakila. Syakila masih lagi membuka pakainya satu persatu.

"Apa yang kau buat ni Syakila? Kau memang dah gila!" keras suara Izhar. Syakila hanya tunduk sambil mengucap maaf berkali-kali. Izhar kepelikkan. Mengapa Syakila mengucapkan maaf berulang kali? Izhar sudah tidak dapat menahan amarahnya. Dia terus menggengam tangan Syakila untuk memberhentikan kelakuan Syakila dari terus membogelkan badannya.

"Stop Syakila. Kenapa ni!" tengking Izhar lagi. Mata Izhar kini merenung muka Syakila yang dari tadi tidak berhenti menitiskan air mata. Mulut Syakila masih lagi mengucapkan maafnya membuatkan Izhar sedikit jengkel.

Tiba-tiba satu ketukan datang dari depan pintu bilik mereka. Tanpa sempat Izhar membuka, pintu telah dipecah masuk. Beberapa lelaki yang berpakaian smart casual dan beberapa anggota polis telah masuk ke bilik itu.

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami datang ke sini kerana kami mendapat aduan..." belum sempat lelaki itu habis berbicara Syakila terus menjerit.

"Dia cuba rogol saya encik!!" semua orang di dalam bilik itu terus memandang Syakila. Mata Izhar membesar terkejut. Dia seolah-olah tidak percaya perkataan yang keluar dari mulut Syakila. Syakila masih lagi berteriak dan tangannya lurus menunjuk Izhar.

"Apa yang kau merepek ni Syakila?!" Izhar terus meluru kearah Syakila. Belum sempat badannya sampai kearah Syakila, badan Izhar sudahpun ditahan oleh seorang anggota polis. Izhar kini tersungkur ke atas lantai. Badanya dihimpit oleh anggota polis itu sambil tangannya digari.

"Sila ikut kami ke balai" kata anggota polis itu.

"Syakila, bagi tahu mereka semua yang kau tipu!" namun apa yang dikatakan oleh Izhar itu semuanya sia-sia. Syakila hanya menangis sambil menekup mukanya dengan menggunakan kedua-dua tanganya. Tangisan Syakila itu tampaknya lebih menyakinkan daripada kata-kata Izhar. Badan Syakila yang separuh bogel itu kini terus ditutup oleh anggota polis wanita yang ikut sama memberkas mereka. Izhar hanya menangis dan akur dengan apa yang dilakukan oleh polis kepadanya.


Aku memandu keretaku jauh tanpa berhenti. Apa yang aku dah lakukan.

Adakah rancangan aku dengan Syakila Berjaya?

Kring-kring. Telefon aku berbunyi. Syakila. Aku segera mengangkat

"Hello?"

"Iz dah di tahan Wan, yang selebihnya biar I yang urus. I minta yang you jangan muncul lagi depan Iz dengan I lepas ni"

"Jaga dia untuk a..."

Panggilan terus dimatikan Syakila.

Ya Tuhan. Rancangan gilaku telah Berjaya. Aku terus memberhentikan keretaku di tepi jalan. Aku menangis.

"Ampunkan aku Iz" ungkapku berkali-kali. Aku telah menggunakan perasaan sayang Iz terhadap aku sebagai umpan kepadanya dan nampaknya dia termakan umpan itu. Bersalahnya aku mempermainkan perasaannya.

KEMBALIWhere stories live. Discover now