Mac 2015
"Semua barang dah pack?" tanya Izhar kepadaku.
Aku dan Izhar telah merancang untuk bercuti bersama-sama. Cuti semester ini aku gunakan masaku untuk meluangkan masa bersama Izhar. Tiada siapa yang tahu aku aku pergi bercuti dengan Izhar termasuklah Anas. Aku tidak memberitahu Anas akan percutianku untuk mengelakkan perasaan curiga Anas kepadaku. Aku hanya memberitahunya bahawa konon-kononnya cuti ini aku balik ke kampung untuk meluangkan masa melawat nenekku. Aku tidak mampu menceritakan perkara yang terjadi diantara aku dengan Izhar. Aku juga tidak tahu apa yang patut aku beri tahu padanya. Aku mempunyai hubungan dengan lelaki? Aku ini termasuk dalam golongan terlarang? Walaupun aku rasa berdosa dan aku tahu perkara yang aku lakukan ini salah, namun aku mengendahkan segala perasaan itu kerana aku sudah ketagih dengan ketenangan yang aku jumpa semasa aku bersama Izhar. Perasaan itu begitu hangat dan menjadikan aku terikat dengannya. Ikut kata hati mati, tapi mengapa kata hati ini masih dituruti.
"Dah, jom la gerak. Nanti jam" kataku lagi pendek. Aku pun masuk kedalam ruangan pemandu dan terus menekan pedal minyak untu mengerakkan kereta ke destinasi
"Jauh ke villa ayah kau Qasy?" Tanya Izhar sambil matanya tertunpu kearah telefon pintarnya mencari music untuk dimain.
"Dalam 2 jam juga la kalau jalan tak jam. Kalau jam jalan, boleh jadi 3 ke 4 jam."
"Ohh. Harap-harap la jam. Boleh duduk lama-lama dalam kereta dengan kau Qasy" balas Izhar lagi sambil tersenyum sinis di sebelah aku.
"Mengada". Aku juga tersenyum. Betulkah apa yang aku lakukan ini. Lantaklah, setelah sekian lama aku dihantui rasa bersalah pada diri kerana menahan diri. Wahai nafsu, engkau menang pada pertarungan kali ini.
Setelah lebih daripada 2 jam memandu, kini kami telah tiba di villa ayah. Villa ayah masih lagi tersergam indah seperti kali terakhir aku meninggalkannya. Kali terakhir aku ke sini adalah semasa cuti pertengahan semester yang lalu bersama keluargaku dan Anas. Kali ini aku kembali bersama Izhar.
"Besar gila villa ni!" besar mata Izhar melihat bagunan villa tua dihadaannya. Mulutnya sedikit ternganga.
"Ayah aku punya, tapi villa ni macam aku punya la sebab ayah dah bagi kunci villa ni kat aku" kataku lagi. Ayah dan Ibu jarang menggunakan villa ini. Hanya digunakan jika mereka ingin merehatkan minda atau ingin mandi manda di pantai bersebelahan dengan villa ini. Aku sahaja yang rajin ke sini kerana aku suka meluangkan masa bersendirian tanpa diganggu. Kawasan villa ini sememangnya dijaga rapi oleh pekerja ayah. Tiada sesiapa pun yang boleh masuk kecuali mempunyai kebenaran daripada ayah. Nasib aku anak ayah dan kunci villa ini aku yang pegang.
"Cantik betul villa ni, pemandangan sekeliling pun lawa. Kau tak bagi tau aku ada pantai sebelah villa ni Qasy."
Izhar masih lagi mengagumi seni bina villa ini. Masuk lalat juga mulut si Iz ni karang. Aku hanya ketawa kecil melihat reaksinya yang bagai rusa masuk kampung.
"Dah kau tak tanya. Buat apa aku nak bagi tau"balasku lagi. Matanya hanya dijulingkan keatas mendengar aku.
"Kaya gila kau Qasy. Ini yang buatkan aku nak kikis kau macam girlfriend kau dulu" Izhar sengaja mahu mambawa cerita lama. Aku tidak pernah suka akan perempuan itu. Cantik tu memang cantik, tapi aku hanya mahu membuktikan diri bahawa aku sudah berubah. Namun salah pilih. Memang nasib malang Hazwan Qasy ni berpanjagan agaknya.
"Ayah aku yang kaya, aku menumpang saja. Dulu Syakila nak kau, ditolak pula sedangkan dia boleh bagi kau segalanya" balasku lagi.
"Dah tak suka nak buat macam mana, dah aku suka kau." Jeling Izhar lagi sambil mengukir satu senyuman yang agak manja. Cis, lemah betul aku dengan senyuman manis dan lesung pipitnya itu.
YOU ARE READING
KEMBALI
Romance[COMPLETED]Siapa sangka yang satu deringan telefon pada pagi itu telah mengubah hari Hazwan Qasy yang bahagia kepada kegelisahan dan rasa serba salah yang dikirannya dibawa sehingga mati. 7 tahun dia menghilangkan diri dan hidup dengan penyesalan na...