Bab 9

35 0 0
                                    

April 2015

Aku duduk bersendirian di atas kerusi kayu di luar rumahku sambil merenung halaman yang baru sahaja dikemaskan oleh pak Ayub, pekerja ayah. Ibu dan Ayah mungkin tidak balik malam ini kerana mereka berdua keluar melawat nenek di kampung. Aku menolak pelawaan ibu dan Ayah kerana aku benar-benar tiada mood untuk keluar dari rumah setelah apa yang terjadi. Aku berasa tenang di sini. Aku juga merindui suasana kampung Pak Adam. Bunyi kokokkan ayam waktu pagi, suara Azan merdu Jakir terutama sekali masakan mak cik Kamsah dan Azila. Ya, aku rindu Azila. Aku benar-benar rindu kepadanya entah mengapa.

Melihat Taman jagaan pak Ayub yang bersih dan cantik ini menunjukkan ketelitian dan kerajinan pak Ayub. Taman itu juga menjadi tempat kegemaran ibu dan ayahku. Mereka sesekali keluar ke taman itu untuk minum petang ataupun membaca buku di pondok taman itu. Aku bangun daripada kerusiku dan segera melangkah kearah taman itu.

Bunga-bunga yang ditanam di taman ini benar-benar menceriakan hati aku yang digusung pilu ini. Bau wangi bunga menusuk hidung, menenagkan diri. Aku perlukan semua ini. Aku perlukan ketenagan dan ketabahan untuk meneruskan hariku. Ketenangan yang aku harus cari semula selepas melepaskan Izhar. Melepaskan secara paksa. Ketenangan palsu bersama Izhar yang sengaja aku adakan untuk melayan nafsu ini. Aku sudah bertekad untuk benar-benar berubah. Selepas pergaduhan kami semasa berada di tanah perkuburan dulu, aku tidak menjawab dan mahupun membalas semua panggilan daripada Izhar. Ya Allah, tabahkanlah hati ini untu terus mencariMu.

Tiba-tiba, mataku menangkap satu jasad menghampiri aku dari hujung mataku. Jasad itu bergerak laju kearah aku. Mataku terus beralih kearah jasad itu.

"Iz, kau buat apa kat sini" aku terpinga-pinga. Mahu lari tapi tiada kudrat dan daya. Izhar hanya laju bergerak kearah aku sambil tangannya digemgam rapi. Buk! Satu tumbukkan kemas hinggap di pipi aku. Aku rebah ke tanah, tumbukkan itu kuat sehingga memeningkan kepalaku sedikit.

"Puas hati kau sekarang Qasy?!" sambil membaling satu kertas kearah mukaku.'Perkahwinan Izhar Hanafi dan Syakila Afya '. Ayat pertama pada kertas itu Surat perkahwinan. Hatiku pilu dan hancur. Ya Allah, dia bukan untuk aku. Kuatkanlah hati hambamu ini. Aku kuatkan diri untuk terus berdiri.

"Aku minta maaf Iz, aku buat semua ni untuk kau. Untuk kebahagiaan kau" kataku sambil aku cuba untuk berdiri.

"Siapa kau nak tentukan kebahagiaan aku. Cakap dekat aku Qasy siapa kau?!"Izhar meluru kearah aku sambil mencengkam kolar baju aku. Aku hanya pasrah kerana itu yang selayaknya aku dapat setelah memainkan perasaan Izhar.

"Sanggup kau buat aku macam ni, Qasy. Susah sangat ke kau untuk terima aku. Kita mungkin sudah bahagia kalau kita teruskan hubungan ni!" Izhar melepaskan gengamannya. Pandangannya terus dicampak jauh daripadaku. Aku hanya mampu tunduk kerana tidak mampu melihat wajah Izhar yang penuh dengan amarah itu.

"Iz, kita tidak akan pernah bersama. Cukuplah kesalahan jahil kita menjadi peringatan untuk kita melangkah ke hadapan" Lemah suaraku menyatakan perkara itu. Memang benar pun apa yang aku katakan. Hukumnya tetap haram. Macam mana sekalipun kita cuba, tetap haram dan berdosa.

"Tapi aku takkan bahagia dengan Syakila, Qasy. Hanya engkau yang aku mahu, kenapa susah sangat kau nak terima perasaan sayang kau dekat aku?" balas Izhar lagi. Kali ini nadanya sedikit lembut. Tangannya kini memegang bahuku. Mukanya juga cuba untuk memandang mukaku yang tertunduk.

"Aku memang sayangkan kau Iz, tapi bukan ini caranya. Tiada cara yang mampu satukan kita. Cukuplah kita tutup cerita kita sehingga sini sahaja." Aku masih tidak mahu melihat mukanya.

"Kalau kau betul sayangkan aku Qasy, kita lari. Kita lari dari tempat ni. Kemana sahaja yang kau mahu. Ketempat baharu yang tiada sesiapa yang akan mengenali kita. Kita bina hidup baru bersama. Hanya kau dan Aku. Tolong Qasy." Balas Izhar. Aku memang tidak dapat mengagak apa yang difikirkannya. Dia begitu tekad. Mata coklatnya begitu bersinar dengan penuh harapan. Aku merasa bahawa bersalahnya diri aku kerana menolak kasih sayang yang nyata dihadapan mata. Tidak. Bukan ini caranya.

KEMBALIWhere stories live. Discover now