Disember 2014
Aku bangun lebih awal hari ini. Kelihatan Anas dan Izhar masih lagi terbaring atas katil mereka. Mengapa aku bangun awal hari ini? Aku ada kelas yang perlu didatangi. Subjek tambahan yang aku harus ambil mau tidak mau. Gender and society. Aku terlewat untuk mendaftar subjek yang sama dengan Anas. Kami berdua sebulat suara untuk masuk subjek Media dan Masyarakat kerana dengar-dengar pemarkahan subjek itu mudah dan lecturenya santai. Namun apa boleh buat, aku tidak sempat untuk mendaftar subjek dan terpaksalah aku masuk ke kelas lain. Sudahlah aku tidak kenal sesiapa dalam kelas itu. Memang nasib kau la Hazwan. Siapa suruh lalai mendaftar, kan dah kena pada batang hidung sendiri. Sabar sahajalah. Cemburu pula aku melihat Anas dan Izhar masih nyenyak dibuai mimpi. Aku pun mencapai tualaku lalu bergegas ke bilik mandi untuk bersedia pergi ke kelas.
Nampaknya semua bilik mandi kosong. Badanku terus digerakkan ke bilik mandi pertama. Kupulas tombol paip shower itu namun airnya tidak keluar. Kucuba beberapa kali namun air masih lagi tidak terkeluar walaupun satu titik. Apa masalah shower ni. Kenapa dalam banyak-banyak hari untuk dia rosak, hari aku bersemangat dan bagun awallah dia pilih untuk buat masalah. Aku terus keluar dari bilik mandi dan mencapai baldi untuk menakung air di sinki. Nasib baik paip air di sinki luar masih mengeluarkan air yang jumlahnya cukup untuk aku membersihkan badan pergi ke kelas. Disebabkan aku malas untuk mengangkat baldi yang berat berisi air ini masuk semula ke dalam bilik air, aku hanya mandi di depan sinki. Bukan ada sesiapa sekarang. Semua nyenyak dibuai mimpi. Hanya aku seorang sahaja yang bangun untuk ke kelas kerana kelalaianku mendaftar subjek. Mungkin jika aku tidak lalai tempoh hari, air liur aku mungik sudah mengukir peta Malaysia di atas bantal empuk aku.
Tengah seronok-seronok mandi, tiba-tiba buih shampoo yang berada di kepalaku termasuk kedalam mataku. Apalah nasib ni. Dengan badanku yang hanya memakai boxer Calvin Klien, tanganku cuba meraba-raba keadaan sekeliling mencari gayung untuk mencuci mataku namun gagal. Dimana aku letak baldi tadi. Pelik. Sepatutnya ada di hadapan aku. Pedih mataku sehinggalah aku tidak mampu untuk membukanya. Dalam aku mencari-cari gayung, aku merasakan ada satu kelibat melintas di belakangku. Aduh, makhluk Tuhan apa lagi ni! Sudahla melintas-lintas, ada bunyi ketawa kecil lagi seperti memperli keadaanku yang malang ini.
"Jumpa gayung?" satu suara kedengaran dibelakangku. Suara memperli diiringi gelak kecil.
"Iz, bagi aku gayung, mata aku pedih ni" pintaku sambil aku cuba sedaya upaya membuka mata namun masih lagi pedih. Suara Izhar memang sangat dikenali. Aduh apa lagi plan si Izhar untuk mengenakan aku kali ni.
"What's the magic word?" kata Iz lagi. Masa-masa macam ni pun dia mahu bergurau kah. Aku dah separuh mati menahan pedihnya mataku. Namun aku pasrah dan harus juga kuturuti permainan si Izhar ini. Demi gayung dan baldi untuk mencuci mata, relakan ajalah.
"Please? Tolong? Apa lagii yang kau nak, cepat, pedih nii" kataku mendesak smbil menghulurkan tangan ku kearah bunyi suaranya menandakan yang aku meminta dia memberikan aku gayung.Semoga sahaja rayuanku itu didengari dan dikasihani.
Namun bukan gayung yang menyambut tanganku, tetapi tangan jantannya. Tangan Izhar. Tangannya itu terus menarik aku sedikit hampir kearahnya, aku dapat merasakan betapa hampirnya kami berdua. Aku merasakan nafas Izhar yang keluar dari hidungnya hinggap di leherku. Aku menelan air liur. Jantungku yang tadinya berdenyut kuat akibat pedih mata, kini semakin kuat. Satu curahan air hinggap di mukaku. Aku cepat-cepat menggosok mataku. Fuh, akhirnya lega. Mataku boleh dibuka dengan luas. Menang tidak cukup ajar betul shampoo tadi.
Selepas mataku dibuka luas, mukaku betul-betul berada di hadapan Izhar. Izhar tidak mengenakan apa-apa pakaian. Hanya tuala ungunya sahaja yang ada menutup bahagian pinggang dan kakinya. Mata coklat cairnya yang bersinar itu betul-betul berada dihadapanku. Aku terpukau lantaran matanya yang menjadikan aku khayal dalam pandangannya. Kenapa ni? Apa yang jadi dengan aku ni? Gilakah aku jika aku mengatakan bahawa matanya yang seperti mutiara berwarna coklat ini menjadikan aku tak tentu hala. Izhar juga kelihatan sepertinya terkaku. Pandanga tajamnya kepadaku sepertinya boleh tembus sehinggalah kebelakang kepalaku. Bibir merahnya itu agak sedikit bergetar. Mengapa dia melihat aku begitu? Ada sesuatau yang tidak kenakah di mukaku? Aksi pandang memandang itu berlarutan beberapa saat.
YOU ARE READING
KEMBALI
Romance[COMPLETED]Siapa sangka yang satu deringan telefon pada pagi itu telah mengubah hari Hazwan Qasy yang bahagia kepada kegelisahan dan rasa serba salah yang dikirannya dibawa sehingga mati. 7 tahun dia menghilangkan diri dan hidup dengan penyesalan na...