Disember 2014
Hari demi hari berlalu. Aku langsung tidak memperdulikan kehadiran Izhar di dalam bilik mahupun jika teserempak dengannya. Aku marah kepadanya tetapi aku lebih marah akan diriku. Memungkiri janji yang telah lama kusimpul mati pada diri. Kini janji itu terurai begitu sahaja dengan satu kalimah yang keluar dari mulut Izhar. Sama sepertinya? Apa yang sama? Tidak. Aku berbeza. Aku sudah tidak lagi seperti dahulu. Ini Hazwan yang baharu.
"Aku keluar malam ni dengan Ameer dengan Fadhli, kau betul tak ikut?" Tanya Anas kepadaku. Setiap malam Jumaat aku akan ikut serta Anas serta kawan-kawanku pergi ke masjid bermalam untuk mengerjakan kiamulai. Namun kali ini aku berasa malas untuk pergi dan aku masih lagi tiada mood untuk keluar dari bilik. Aku juga tahu bahawa Izhar selalunya tiada di dalam bilik malam Jumaat kerana dia selalu pergi ke bilik kawannya untuk melepak. Kebelakangan ini dia juga jarang di dalam bilik dan Izhar selalu tidur di bilik kawannya. Mungkin masih terasa janggal denganku setelah apa yang dilakukannya. Baguslah kalau begitu. Boleh aku bersendirian di dalam bilik. Inilah masaku mencari ketenangan setelah semua perkara yang jadi tempoh hari.
"Tak. Kau pergilah" balasku pendek. Anas hanya mengangguk dan beredar dari bilik untuk ke masjid. Aku mengenakan earfon ke telinga dan baring di atas katil sambil mendengar lagu balada. Lagu balada itu agak perlahan dan menyedihkan. Setiap ayat serta lirik lagu itu benar-benar kuhayati mungkin kerana hatiku ini gelisah dan sedih akan semua permasalahan yang terjadi. Benarlah apa yang disebutkan oleh satu artikel yang aku baca tempoh hari. Jika kita berasa gembira, kita lebih menumpukan perhatian pada beat lagu yang didengari namun jika kita berada di dalam keadaan yang sedih, kita lebih menghayati maksud dan lirik lagu. Buktinya, setiap lirik lagu ini aku dengari dan hayati. Sedih benar nampaknya si Hazwan Qasy ini. Semakin lama mataku mengecil. Lagu itu benar-benar memanggil aku ke alam khayal dan mimpi. Beberapa minit selepas itu aku terus dibuai mimpi.
Aku tebangun.
"Pukul berapa ni" tanyaku sendiri. Aku mengambil telefonku untuk melihat jam berapa sekarang. 10.13 malam, 3 jam aku tertidur. Lama juga aku tidur ni. Bilik begitu gelap dan sunyi kerana tiada sesiapa yang berada di dalam bilik kecuali aku. Benar tekaan ku. Izhar tiada lagi di dalam bilik. Aku pun bangun untuk membuka lampu bilik. Dalam perjalanan aku membuka lampu, pintu tiba-tiba dibuka. Izhar berada di hadapan pintu. Semangatku untuk membuka lampu terpadam, aku hanya terkaku melihat Izhar dihadapan pintu itu. Izhar juga agak sedikit terkejut. Dia menutup pintu lalu membuka lampu di bilik itu. Aku hanya berdiri kaku.
"Kau tak pergi dengan Anas ke malam ni?" Tanya Izhar. Aku tidak menjawab. Aku tidak mampu untuk membalas semula. Semua sistem yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan bunyi dari kerongkongku sepertinya mati mengejut. Muka Izhar kembali tenang.
"Can we talk?" Ujar Izhar tenang. Aku diam. Pelbagai perkara yang bermain di pikiran ku. Aku tidak menjawab soalannya dan berlalu untuk keluar dari bilik. Aku mahu jauh darinya kerana setiap kali aku berada dekat dengannya, aku tidak mampu mengawal diriku. Izhar sepertinya mempunyai kuasa magic yang bisa menggerakkan aku seperti patung. Aku takut jika apa-apa terjadi aku tidak mampu mengawal lalu tewas dengan diri sendiri. Sebelum sempat aku keluar dari pintu, Izhar menghalang badanku untuk keluar. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu dan mengunci pintu. Aku semakin takut. Apa yang cuba dilakukan oleh Iz kali ini. Tolonglah jangan mempersulit keadaan. Aku menundukkan kepala ku. Tidak mampu melihat wajahnya. Izhar terus meluru kearahku dan kedua-dua tangannya kini menggengam bahuku.
"Please, talk to me! Dont ignore me!" agak kencang juga suaranya. Mukanya yang tenang kini berubah tegang. Mukanya ditundukkan sedikit untuk melihat mukaku. Aku perlahan-lahan mengangkat mukaku melihatnya.
YOU ARE READING
KEMBALI
Romance[COMPLETED]Siapa sangka yang satu deringan telefon pada pagi itu telah mengubah hari Hazwan Qasy yang bahagia kepada kegelisahan dan rasa serba salah yang dikirannya dibawa sehingga mati. 7 tahun dia menghilangkan diri dan hidup dengan penyesalan na...