Oktober 2014
"Ya Allah budak ni tak bangun2 lagi. Woi Wan, bagun lah! Smpai bila kau nak tebongkang atas katil ni. Baik kau bangun sebelum aku siram." Suara Anas memekik pagi-pagi buta. Mataku masih lagi terkatup kuat seperti ada yang bergayut di kelopak mataku yang menghasutku bahawa 5 minit masa tambahan untuk tidur itu wajib dilaksanakan. Aku pun menurut hasutan itu lalu aku pun dibuai dengan dengan nikmatnya angin sejuk dari kipas yang menari-nari di atas badanku.
Nikmat itu tidak berkekalan lama kerana katilku yang tadinya tenang dan damai kini digegar oleh satu tenaga yang kuat. Gempa bumikah, bangunan runtuhkah. Oh rupanya bukan. Gegaran itu terhasil dari tangan seorang manusia bernama Shanas.
"HAZWAN QASY BIN WALIDD!! KITA DAH LAMBAT MASUK KELAS NI. BANGUN LA!" teriakan serta gegaran Anas itu terus menyedarkan aku dari enaknya nikmat tidur. Badanku masih lagi berat untuk diangkat dari katil namun kulawan jua. Rambutku yang tidak terurus dengan mata yang bertarung untuk dibuka menunjukakan bahawa aku masih lagi memerlukan tidur. Sejurus badanku sudah duduk 90 darjah di atas katil, gegaran bermagnitude entah berapa skala richter itu pun berhenti. Ku capai telefonku yang berada di tepi bantal lalu aku buka untuk melihat waktu yang tertera di kaca skrin. Mataku yang tadinya berat untuk dibuka kini terbeliak melihat waktu yang di pamerkan di skrin iphone 5s plus ku. 8.47 pagi. Aku hanya ada 13 minit sahaja untuk bersiap sedia sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Macam mna aku boleh telajak tidur ni. Mesti gara-gara aku tidak tidur semalam bermain permainan video di laptop smpai subuh. Menyesal pula aku bersengkang mata bermain Dota 2 semalaman dengan Anas. Sudahlah semua game kalah. Jatuh MMR aku.
"Kenapa kau baru kejut aku Nas" kataktu gelabah. Aku terus berlari ke almari lalu menyarung hoodie dan seluar jean untuk masuk ke dalam kelas nanti. Aku tidak mandi kerana menurutku 13 minit itu terlalu singkat untuk diisi dengan mandi. Aku hanya mengenakan deodorant Nivea Man ku dan mengenakan sedikit jel rambut untuk mengemaskan rambutku yang serbah-serbih itu.
"Wah, wah. Betuah punya budak. Berapa kali aku bangunkan kau. Nasib air dalam baldi aku tak hinggap kat badan dan muka kau." kata Anas sambil menunjuk-nunjuk baldi airnya yang berisi air. Mungkin dia mengisinya untuk berjaga-jaga jika kecemasan. Nature call. Betul juga, aku baru sahaja ingat yang Anas membangunkan aku pagi tadi mengunakan tenaga jantannya menggegarkan katilku. Cuma aku yang mengendahkannya. Opss sorry, my bad. Aku hanya bersiap selama 5 minit. Aku dan Anas terus berlari untuk mengejar bas.
Sudah jatuh di timpa tangga pula. Sudahla lambat bangun, tertinggal bas pula. Apala jadi dengan nasib aku hari ni, kenapa malang sungguh aku hari ni, bukan sekadar kalah main game, lambat bangun, tertinggal bas, kini bateri iphoneku juga habis kerana aku lupa mencas telefon semalam.
"Wei Nas, kita ponteng je la hari ni." cadangku kepada Anas. Mata Anas terbeliak melihat aku seakan-akan tidak percaya. Apa yang pelik sangat, bukan tak biasa ponteng kelas.
"Kau gila, hari ni kelas Madam Tirah. Aku tak nak cari pasal dengan perempuan yang emosi dia tak stabil tu." kata Anas mengeleng-gelengkan kepalanya. Baru aku ingat yang hari ini kelas Madam Tirah. Madam Tirah merupakan professor kami semester ini. Dia mengajar differential equation dan merupakan subjek teras untuk semester ini. Tiada siapa yang ingin bersemuka dengannya kerana dia seorang yang garang dan tegas. Siapa yang cari pasal atau ingkar arahannya sudah pasti menempah liang lahad 7 kaki dalam tanah. Aku masih ingat lagi tahun kedua aku di universiti ini, dia memberi 5 assignment dalam satu masa yang sama dan meminta kami untuk menghantar semua kerja yang diberikannya selewat-lewatnya 1 minggu tanpa konpromi. Lebih daripada separuh pelajar gagal menyiapkannya dan mengganggu gred CGPA mereka. Alhamdulillah aku dan Anas berjaya menyiapkannya bersama-sama dengan berkat kopi dan kekuatan bersengkang mata selama 5 hari berturut-turut. Aku masi muda. Aku tidak mahu mati awal dan bersemuka dengan amukan perempuan yang digelar psyko oleh kawan-kawanku itu. Apa yang patut aku lakukan. Kalaulah aku dengar cakap ayah dan membawa keretaku ke dalam kampus, mesti aku tidak perlu risau bangun lambat mahupun lewat masuk ke dalam kelas. Alasanku tidak membawa kereta adalah kononnya tidak mahu menyusahkan. Kena batang hidung aku sendiri la gamaknya sebab aku yang disusahkan.
YOU ARE READING
KEMBALI
Romance[COMPLETED]Siapa sangka yang satu deringan telefon pada pagi itu telah mengubah hari Hazwan Qasy yang bahagia kepada kegelisahan dan rasa serba salah yang dikirannya dibawa sehingga mati. 7 tahun dia menghilangkan diri dan hidup dengan penyesalan na...