Bab 10(Epilog)

44 1 0
                                    

"Iz dah tinggalkan kita Wan" suara Syakila lemah. Pandangannya masih tertumpu pada pusara Izhar yang dipenuhi oleh kelopak bunga. Kubur itu tampak ceria sama seperti Izhar.

Aku hanya diamkan diri dan duduk di sebelahnya.

"Aku baru saja merasa kasih sayang Iz terhadap aku. Kenapa Allah tarik Iz sekarang Wan? Inikah balasan Allah kepada aku sebab aku tidak pernah tunduk kepadaNya?" suara Syakila begitu memilukan. Kekesalan dari matanya mencerminkan segala perasaannya.

"Jodoh, ajal semua di tangan Allah Syakila. Jangan pernah salahkan diri sendiri terhadap apa yang terjadi. Kita kena bersyukur kerana Allah tamatkan siksa yang ditanggung oleh Iz." Terangku. Aku tidak mahu Syakila lupa akan perkara penting itu.

"Kau beruntung Wan, pernah merasa kasih sayang dari Iz tanpa perlu berusaha. Aku kena melutut, untuk menagih setitik kasih daripadanya."

"Don't say it like that. He love you Syakila. He really do". Kalaulah Syakila mendengar sendiri pengakuan Izhar, mungkin dia tidak akan berkata seperti itu.

"Macam mana kau tahu yang dia sayang aku? Mungkin selama dia dia layan aku dengan baik sebab rasa kasihan dan bersalah dengan aku."

"Dia dah berubah Syakila. Kau dah lembutkan hati dia, berikan dia peluang untuk berubah dan kau tidak pernah mengalah untuk membantunya."

"Kau cakap macam tu sebab nak sedapkan hati aku je namun hakiktanya. Kasih sayang Iz dekat aku tak mungkin dan tak akan sebesar kasih sayang Iz kat kau." Kata Syakila. Syakila tersenyum kosong. Muka Syakila menampakkan kesedihan yang teramat.

"Waktu kat hospital dulu aku dah berjanji dengan Iz untuk tengok-tengokkan kau dengan anak kau."

"Tak perlu la Wan, aku bukan-budak. But thank you anyways." Kata Syakila sambil mata hitamnya memandang aku. Perutnya yang berisi itu diusap-usap lembut.

"Janji tetap janji Syakila and he also give me this." Aku menyerahkan surat itu kepada Syakila. Surat yang masih lagi aku simpan rapi. Amanat besar Izhar. Permintaan terakhirnya pada aku.

"Apa ni?" Tanya Syakila kepelikkan sambil mengambil surat itu daripada tangan aku. Aku hanya diam. Aku mahu Syakila sendiri yang mengetahuinya. Dia membuka perlahan kandungan surat itu. Aku melihat mata Syakila membaca satu persatu kandungan surat itu.

Matanya ligat membaca bait-bait ayat Izhar kepadanya. Semakin lama dibaca surat itu semakin deras air matanya yang mengalir. Titisan air mata tulusnya kini jatuh ke surat itu. Aku hanya mendiamkan diri. Membiarkan Syakila hanyut dengan madah yang disampaikan oleh Izhar kepadanya. Khas buat isteri tercintanya yang telah berkorban segalanya demi dia. Demi Izhar Hanafi.

"Thank you Wan" suara Syakila serak basah menahan sebak. Dia langsung tidak melihat aku. Matanya ditutup rapat sambil memeluk erat surat Izhar itu

"You're welcome. Takziah syakila."

Aku terus beredar dari tanah perkuburan itu. Sesekali aku melihat ke belakang, melihat Syakila yang masih lagi duduk sayu didepan kubur Iz sambil memeluk surat yang aku berikan tadi. Hatiku sedikit tertanya-tanya akan kandungan surat itu namun aku berpendapat bahawa cukuplah Syakila seorang sahaja yang mengetahuinya. Luahan yang tidak mampu diungkapkan oleh Izhar kepada Syakila. Luahan kasih sayangnya kerana aku tahu Izhar begitu sayang dengan Syakila. Izhar Hanafi. Moga-moga Allah S.W.T. mengampunimu dan menempatkanmu di kalangan orang-orang yang beriman di sisiNya.


.....TAMAT...

KEMBALIWhere stories live. Discover now