"Kau nak kopi ke teh? Eh takpe la, mesti kau nak white coffee kan" tanya Anas. Anas masih lagi ingat akan kopi kegemaranku. Dari dulu sehinggalah sekarang, aku merupakan penggemar white coffee yang tegar. Aroma serta rasa white coffee ini sentiasa menjadikan aku khayal dan membangkitkan semangatku. Anas menghulurkan secawan white coffee kepadaku.
"Bini kau mana nas. Kau sorang je ke kat sini." Hairan melihat rumah Anas sunyi dan agak kosong tanpa berpenghuni. Setahu aku, Anas mampunyai 2 anak lelaki kembar yang setahun lebih muda daripada anakku.
"Dia balik rumah ayah dia, aku gaduh besar dengan bini aku Wan. Tapi kau tak perlu risau la, pandai-pandai la aku settle nanti". Terang Anas. Kelihatan agak sedikit sedih mukanya namun aku cuba untuk tidak sibuk hal rumah tangga orang. Lagipun si Anas ni sudah besar, semestinya dia boleh menguruskan masalahnya sendiri namun aku tetap sedikit risau akan masalah yang menimpa kawanku ini.
"Kalau kau nak aku tolong apa-apa cakap je tau." Hanya itu sahaja yang mampu aku katakan sambil tanganku mengusap-usap bahagian belakang badan Anas. Sedar tidak sedar Anas menangis.
"Aku takut Wan, aku takut pisang berbuah dua kali" Aku tidak tahu mengapa Anas tiba-tiba menangis. Pisang apa yang mahu berbuah lagi ni. Cukupla berbuah sekali.
"Aku takut aku jadi macam ayah aku dulu, aku takut aku jadi seorang suami dan ayah yang teruk kepada keluargaku. Aku tidak mahu keluarga aku sekarang senasib dengan keluarga aku dulu" sambungnya lagi. Kisah keluarga Anas begitu tragic dan menyedihkan. Bapanya kaki pukul dan sentiasa balik mabuk ke rumah dengan perempuan lain. Ibu Anas tidak tahan dengan layanan yang diberikan oleh Ayahnya dan pernah cuba untuk membunuh diri dengan menggantung diri di dalam bilik beberapa kali.
"Nas, kau lebih baik daripada ayah kau tu Nas. Berjuta kali lebih baik dari dia. Kau tak pernah pukul isteri dan anak-anak kau, kau juga tak selingkuh dan menduakan isteri kau. Nak sentuh arak jauh sekali. Kau jauh lebih bagus daripada ayah kau Nas." panjang lebar aku cuba menyakinkan Anas bahawa dia sememangnya jauh lebih bagus daripada sampah masyarakat yang akhirnya dimasukkan ke dalam penjara itu.
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Anggapla ini sebagai cabaran rumah tangga dan dugaan yang Allah berikan kapada kau. Kerana hari tak selalunya indah, andai hari mendung, akan hujan jua." Sambungku lagi.
Anas hanya tersenyum dan mengesat air matanya. Dia terus menjeling matanya kearahku.
"Sejak bila kau pandai bermadah kata ni, siapa yang ajar kau ni ha?! "Tanya Anas dengan nada berseloroh. Aku mengangkat bahu dan terus menghirup white coffeeku yang dari tadi aku idamkan. Nampaknya permainan kata yang ku susuh rapi-rapi itu dapat mengukir sedikit senyum di bibir Anas. Aku sedikit bangga.
"Dahla, petang ni kita pergi hospital lawat Iz" cadang Anas kepadaku. Aku hanya mengangguk pasrah kerana itulah matlamat utama aku balik ke sini. Melawat Izhar Hanafi. Menjernihkan kekeruhan yang sudah lama aku simpan. Inilah masanya. Tabahkan sahajalah hati ini.
"Waktu kau hilang 7 tahun dulu, Iz berusaha gila mencari kau. Lepas kau hilang, Iz tu macam tak tentu arah. Murung memanjang dan tak keluar-keluar rumah" hujah Anas. Aku hanya mampu mendengar kerana aku tidak tahu apa yang patut aku katakan. Aku tidak menyangka yang kehilanganku ini begitu besar impaknya kepada semua orang. Sambil aku bersimpati, sambil itu jugalah mulutku mengunyah roti yang aku bawa dari rumah Anas. Aku dan Anas kini dalam perjalanan ke hospital untuk melawat Izhar. Setiap minit terasa berat. Kenapa hati ini selalu merasa begini.
"Macam mana dengan Syakila?" tanyaku kepada anas. Aku masi lagi ingat sebelum pemergianku, sepucuk surat perkahwinan yang tertulis nama Izhar dan Syakila smpai ke arah rumahku. Hatiku diremuk dan berkecai sehancur-hancurnya semasa menerima surat perkahwinan itu. Namun aku pasrah kerana selayaknya perkahwinan itu diteruskan kerana sekuat manapun perasaan aku kepada Izhar ketika itu, aku dan dia tidak akan pernah bersatu.
YOU ARE READING
KEMBALI
Romance[COMPLETED]Siapa sangka yang satu deringan telefon pada pagi itu telah mengubah hari Hazwan Qasy yang bahagia kepada kegelisahan dan rasa serba salah yang dikirannya dibawa sehingga mati. 7 tahun dia menghilangkan diri dan hidup dengan penyesalan na...