٥

10 2 0
                                    

Kata Rasulullah, “Apabila Dajjal datang kepada orang mukmin. Maka kamu akan melihat dahinya tertulis ك, ف, ر iaitu KAFIR. Dan pada ketika kamu melihat di dahinya tertulis perkataan itu maka ketahuilah bahawa itu adalah Dajjal.”

Tulisan itu bukanlah tulisan yang ditulis dengan pen, cat ataupun kapur. Tetapi tulisan di dahi Dajjal itu adalah suatu tulisan yang HANYA DAPAT DIBACA DAN DILIHAT OLEH MATA ORANG-ORANG MUKMIN YANG SEJATI YANG MEMILIKI IMAN YANG SEBENAR-BENAR IMAN.

Orang islam biasa yang fasiq dan munafiq, apabila melihat Dajjal. Mereka tak dapat baca apa yang tertulis di dahi Dajjal.

Boleh jadi anak, isteri,  kita tak boleh baca tulisan itu dan kita berkata, “Jangan itu Dajjal”.

Maka mereka itu pun menjawab, “Tidak ada tulisan itu”
Kata Rasulullah, apabila Dajjal telah datang menghampiri kamu

"
Daripada Anas bin Malik beliau berkata, sabda Rasulullah SAW:

الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ...

Maksudnya: “Dajjal itu matanya terhapus (seolah-olah tidak bermata), tertulis di antara kedua matanya kafir…

{Riwayat Muslim}

"
Kata Rasulullah, apabila Dajjal telah datang menghampiri kamu, maka tutuplah kedua-dua mata kamu dan bacalah surah al-kahfi  pada ketika itu. Dan apabila kamu buka semula mata dan melihat Dajjal, maka kamu akan melihat Dajjal tidak dapat mendekati kamu.

Surah al-Kahfi adalah senjata yang paling ampuh bagi umat akhir zaman. JANGAN sesekali tinggalkan surah itu untuk kita selamat bukan sahaja daripada fitnah Dajjal, tapi semua fitnah yang berlaku di muka bumi saat ini yang berlaku berpunca daripada fitnah yang paling besar iaitu FITNAH DAJJAL.
Maka orang yang mengamalkan 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, bukan sahaja selamat dari ibu segala fitnah iaitu fitnah Dajjal. Mereka juga akan terselamat daripada fitnah-fitnah kecil yang berpunca daripada Dajjal. In Shaa Allah

"
Nabi S.A.W berpesan;

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ ، عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

“Sesiapa yang menghafal 10 ayat permulaan surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal.”(Shahih Muslim)

“Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajal.”

“Sesiapa yang membaca satu surah al-Kahfi pada hari Jumaat, terlindunglah dia daripada setiap fitnah selama lapan hari sekali pun fitnah bila Dajal dikeluarkan.”

٦ - خ

1. 5 |Qalbun Sakinah : خWhere stories live. Discover now