Diari Muslimah 👑:
حديث أبي هريرة رضي الله عنه: أنه قال: « يسلط الدجال على رجل من المسلمين، فيقتله، ثم يحييه، ثم يقول: ألست بربكم؟ ألا ترون أني أحيي وأميتAbu Hurairah R.A berkata: Dajal akan bertempur dengan seorang lelaki dari kalangan Islam. Lalu dia berjaya membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu dia berkata “Adakah aku tuhan kamu? Tidakkah kamu melihat aku mampu menghidup dan mematikan?”
(Musonnaf Ibn Abi Syaibah)
"
Lalu Dajjal itu pun menolak pemuda beriman itu ke dalam sebuah api atau air yang berupa api.
"
عَنْ أَبِى أُمَامَةَ الْبَاهِلِىِّ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثَنَاهُ عَنِ الدَّجَّالِ وَحَذَّرَنَاهُ فَكَانَ مِنْ قَوْلِهِ أَنْ قَالَ : وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُكَذِّبُونَهُ فَلا تَبْقَى لَهُمْ سَائِمَةٌ إِلا هَلَكَتْ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُصَدِّقُونَهُ فَيَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ
“Daripada Abi Umamah al Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut mengenai Dajal, dan meminta kami berjaga-jaga… di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah apabila Dajal menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Apabila dia menyuruh tanah supaya menumbuhkan hasilnya, maka tumbuhlah tumbuhan. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi manusia yang hidup dan manusia tersebut mendustakannya, maka tiadalah yang tinggal padanya, semuanya musnah. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi orang yang lain, lalu orang tersebut beriman dengannya, maka dia akan menyuruh langit menurunkan hujan lalu turunlah hujan serta merta dan menyuruh tanah di situ supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanaman.”
(Ibnu Majah)
"
Apabila Dajjal datang, dia membawa 2 benda iaitu sungai dan juga api.Kata Rasulullah,
Sungai itu sebenarnya didalamnya adalah api yang membakar. Api itu didalamnya terdapat air sejuk yang mengalir.Apabila Dajjal datang kepada kamu, kita tak tahu fitnah mana yang akan dibawanya. Seandainya, Dajjal datang membawa sungai dan api. Ketahuilah bahawa sungai itu adalah api dan api itu adalah sungai atau air sejuk yang mengalir.
"
Kata Nabi,
Terjunlah kedalam api itu. Sesungguhnya api itu adalah sungai yang mempunyai air sejuk. yang mengalir.Nabi SAW bersabda,
لأنَا أَعْلَمُ بِمَا مَعَ الدَّجَّالِ مِنْهُ : مَعَهُ نَهْرَانِ يَجْرِيَانِ أَحَدُهُمَا رَأْيَ الْعَيْنِ مَاءٌ أَبْيَضُ وَالآخَرُ رَأْيَ الْعَيْنِ نَارٌ تَأَجَّجُ ، فَإِمَّا أَدْرَكَنَّ أَحَدٌ فَلْيَأْتِ النَّهْرَ الَّذِي يَرَاهُ نَارًا وَلْيُغَمِّضْ ثُمَّ لْيُطَأْطِئْ رَأْسَهُ فَيَشْرَبَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مَاءٌ بَارِدٌ
"Sungguh, aku tahu apa yang ada bersama Dajjal, bersamanya ada dua sungai yang mengalir. Salah satunya secara kasat mata berupa air putih, dan yang lainnya secara kasat mata berupa api yang bergejolak. Bila ada yang menjumpainya, hendaklah mendatangi yang ia lihat berupa api dan hendaklah menutup mata, kemudian hendaklah menundukkan kepala lalu meminumnya. Karena, sesungguhnya itu adalah air dingin."(HR Muslim).
"
Orang-orang mukmin pun akan melihat api dan sungai yang di bawa oleh Dajjal.
Kita tak tahu fitnah apa yang dibawa oleh Dajjal, kerana dia adalah RAJA SIHIR DI DUNIA INI.
"
Ada seorang lelaki yang Dajjal datangi, lelaki ini fasiq tetapi masih ada saki baki iman.Dajjal berkata, "Bukankah aku tuhan kamu"
Lelaki itu berkata, "Tidak! Kamu bukan Tuhan aku. Tuhan aku adalah Allah."
Kata Dajjal, "Seandainya aku dapat menghidupkan ibu bapa kamu yang sudah mati, adakah kamu akan beriman?"
Pemuda itu pun menjawab, " Hidupkan ibu ayah ku"
Lalu pemuda itu dibawa ke perkuburan ibu bapanya. Dajjal pun lalu di kubur ibu ayah pemuda itu, lalu Dajjal pun berkata, "Kuma (BANGUN), maka bangunlah ibu dan ayah pemuda itu.
Maka, si ibu dan ayah lelaki itu berkata, "Wahai anakku, ikut lelaki ini. Sesungguhnya dia adalah Tuhan kamu."
Maka lelaki itu beriman kepada Dajjal.
"
Dalam riwayat Ibn Majah, Rasulullah SAW bersabda:“Antara fitnah yang dilakukan, Dajal berkata kepada seorang Arab Badwi: “Jika aku mampu membangkitkan semula bapa dan ibu kamu, adakah kamu bersaksi bahawa aku ini adalah tuhan kamu? Arab Badwi menjawab: “Ya! Kemudian datanglah dua syaitan yang menyerupai bentuk rupa ibu dan bapanya serta kedua-duanya berkata: “Wahai anakku, ikutilah dia (Dajal) sebab dia adalah tuhan kamu.”
"
Diantara fitnah Dajjal yang lain adalah,Dajjal akan membawa 2 Malaikat di kanan dan dan kirinya.
Kata Rasulullah, apabila Dajjal dan pengikut-pengikutnya pergi ke sebuah kampung, Dajjal akan berkata, "Bukankah aku Tuhan kamu? bukankah aku dapat menghidupkan dan mematikan?"
Maka berkata Malaikat yang dikanan Dajjal, "Kamu penipu!!"Perkataan yang Malaikat itu katakan tidak didengari oleh semua pengikut dan penduduk kampung itu.
Dan berkata pula, Malaikat sebelah kiri "Kamu benar" untuk ditujukan kepada Malaikat kanan tapi ucapan "Kamu benar" itu di dengari semua orang yang seolah-olah semua orang faham bahawa Malaikat kiri itu berkata kepada Dajjal. Padahal, ucapan Malaikat kiri itu di ujukan kepada Malaikat kanan.
Maka, apabila semua pengikut dan penduduk kampung beranggapan bahawa ucapan itu membenarkan perkataan Dajjal, mereka pun beriman kepada ketuhanan Dajjal.
{HR IMAM AHMAD}
2 Malaikat itu adalah Malaikat yang sebenar sehinggakan Dajjal dapat menamakan nama kedua Malaikat itu
٩ - خ
YOU ARE READING
1. 5 |Qalbun Sakinah : خ
Diversos~Setiap manusia akan mati, yang tinggal hanyalah karyaNya, jadi tulislah perkara yang membahagiakan kamu di akhirat nanti - Ali bin Abi Thalib ~Coretan akhir zaman Mujahidah خديجة