PERSIAPAN MENGHADAPI DAJJAL
1. Membaca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi
Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal”.
Riwayat Muslim (1342)
Ini kerana, Imam al-Suyuthi mengatakan pada awal surah tersebut menceritakan akan keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda maka sesiapa yang mengtadabburnya (membaca serta memahami maknanya) tidak akan terkena fitnah Dajjal dan begitu juga di akhirnya (akhir surah al-Kahfi).
[Al-Dibaj ‘ala Muslim]
"
2. Apabila kamu mendengar berita tentang keluarnya Dajjal. JANGANLAH mencarinya, JAUHKANLAH diri kamu daripadanya.
مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ - يبتعد - مِنْهُ ، فَإِنَّ الرَّجُلَ يَأْتِيهِ يَتَّبِعُهُ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ صَادِقٌ بِمَا يُبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ
"Siapa yang mendengar keberadaan Dajjal, hendaknya dia menjauh darinya. Sungguh demi Allah! Ada seorang mendatanginya dalam keadaan dia mengira bahwasanya dia itu beriman. Namun, pada akhirnya dia malah menjadi pengikutnya disebabkan syubhat-syubhat yang dia (Dajjal) sampaikan."
(HR Ahmad).
"
3. Kata para ulama, seandainya ada peluang hijrahlah ke makkah ataupun ke madinah. Negeri yang terselamat daripada Dajjal
Tapi orang-orang fasiq dan munafiq juga tidak dapat menyelamatkan diri.
Maka, pupuk lah iman kita menjadi iman yang sejati.
"
4. Baca doa sebelum memberi salam
Terdapat hadis Rasulullah SAW mengajar kita membaca selepas tahiyyat akhir:
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: Apabila kamu selesai daripada membaca tasyahhud akhir, maka berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara: Dengan berdoa:
(اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ)
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab Neraka Jahannam, daripada azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.”
(Riwayat Muslim)
"
Selepas 40 hari Dajjal mengkafirkan dan mensyirikkan sebilangan besar Umat Nabi Muhammad.Maka turunlah Nabi Isa a.s di syria, negeri yang bernama Damsyik, Syria. Kemudian setelah solat subuh bersama dengan pengikut Imam Mahdi.
Maka Nabi Isa pun bangun lalu memegang salah satu pintu masjid itu, lalu dihadapan sekali adalah Dajjal, dibelakangnya ada pukuhan ribu tentera-tenteranya yang paling gagah.
Apabila Dajjal melihat Nabi Isa, maka terkejut dan bergetarlah seluruh tubuhnya. Maka dia mengarahkan seluruh pengikutnya lari keluar daripada Damsyik, Syria ke Palestine.
Lalu Nabi Isa menyusun bala tenteranya mengejar Dajjal. Lalu Dajjal di kepung di suatu tempat yang bernama babul ludd.
Yang sehingga ke hari ini, tempat itu masih ada di palestine.
Dimana Dajjal dikepung dan dibunuh oleh Nabi Isa as.
"
Alhamdulillah, berakhirlah segala perkongsian tentang fitnah dajjalSemoga kita dihindari dari fitnah besar akhir zaman
Sama perbaiki diri, hati dan iman
Maaf dari ana jika banyak kekurangan sepanjang perkongsian :)
~ Syukran, Barakallahu fikum
Credit : Diari Muslimah
مُجَا هِدَه /
خديجة
YOU ARE READING
1. 5 |Qalbun Sakinah : خ
Random~Setiap manusia akan mati, yang tinggal hanyalah karyaNya, jadi tulislah perkara yang membahagiakan kamu di akhirat nanti - Ali bin Abi Thalib ~Coretan akhir zaman Mujahidah خديجة