Adapun apabila Dajjal datang ke hadapan seorang lelaki fasiq ataupun munafiq itu masih mempunyai iman tetapi dia sudah hampir kebuluran. Dajjal berkata, “Akulah Tuhan kamu” dan lelaki fasiq atau yang munafiq itu berkata, “Hanya Allah sahaja yang boleh menurunkan hujan kepada kita semua.”
Kata Rasulullah, hanya dengan melihat langit lalu dajjal mengeluarkan arahan, “Wahai langit, turunkan hujan” Maka turunlah hujan yang mencurah-curah di kawasan itu.
Lalu lelaki munafiq atau fasiq yang masih ada iman itu berkata lagi, “Hanya Allah sahaja yang boleh menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.”
Dajjal melihat ke tanah dan berkata, “Wahai tanah, tumbuhkan tumbuh-tumbuhan.” Maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan pada saat itu juga.Lalu Dajjal pun berkata, “Bukankah aku Tuhan kamu?” Maka lelaki munafiq atau fasiq itu pun berkata, “Ya kamu adalah tuhan kami”
Habis Iman dia.
"
عَنْ أَبِى أُمَامَةَ الْبَاهِلِىِّ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثَنَاهُ عَنِ الدَّجَّالِ وَحَذَّرَنَاهُ فَكَانَ مِنْ قَوْلِهِ أَنْ قَالَ : وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُكَذِّبُونَهُ فَلا تَبْقَى لَهُمْ سَائِمَةٌ إِلا هَلَكَتْ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُصَدِّقُونَهُ فَيَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ“Daripada Abi Umamah al Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut mengenai Dajal, dan meminta kami berjaga-jaga… di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah apabila Dajal menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Apabila dia menyuruh tanah supaya menumbuhkan hasilnya, maka tumbuhlah tumbuhan. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi manusia yang hidup dan manusia tersebut mendustakannya, maka tiadalah yang tinggal padanya, semuanya musnah. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi orang yang lain, lalu orang tersebut beriman dengannya, maka dia akan menyuruh langit menurunkan hujan lalu turunlah hujan serta merta dan menyuruh tanah di situ supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanaman.”
(Ibnu Majah)
"
١٠ - خ
YOU ARE READING
1. 5 |Qalbun Sakinah : خ
Random~Setiap manusia akan mati, yang tinggal hanyalah karyaNya, jadi tulislah perkara yang membahagiakan kamu di akhirat nanti - Ali bin Abi Thalib ~Coretan akhir zaman Mujahidah خديجة