Sekiranya, cuaca masih gelap dan kita tahu bahawa waktu solat telah masuk, maka dirikanlah solat.
Ketika itu, semua manusia kena alert dengan waktu solat.
"
Pada hari pertama Dajjal keluar yang panjangnya 1 tahun, semua manusia mulai kebuluran.Dajjal dengan sihirnya yang sangat hebat.
Dia boleh membawa makanan dan juga minuman."
Makan tiada, minuman juga tiada.MAKANAN DAN MINUMAN HANYA ADA PADA DAJJAL SAHAJA.
Dari Asma’ binti Yazid RA, dia berkata, “Kami bersama Nabi SAW di rumah beliau, maka beliau bersabda,
"Di tahun ketiga sebelum munculnya Dajjal, langit menahan sepertiga air hujannya dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Di tahun kedua sebelum keluarnya Dajjal, langit menahan dua pertiga air hujannya dan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Setahun sebelum keluarnya Dajjal, langit menahan seluruh air hujannya dan bumi menahan seluruh tumbuhannya sehingga tidak tersisa satu pun makhluk yang bersepatu (khuf) atau makhluk berkuku kecuali pasti mati.”(HR. Ahmad)
"
Dari Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW pernah ditanyai tentang makanan orang-orang beriman pada zaman berkuasanya Dajjal. Beliau menjawab, "makanan malaikat." Mereka bertanya, "Apa makanan malaikat itu?" Beliau menjawab, "Makanan mereka adalah ucapan mereka dengan tasbih dan (taqdis) menyucikan Allah. Siapa saja yang ucapannya pada hari itu tasbih dan taqdis, maka Allah pasti menghilangkan kelaparan darinya sehingga dia tidak takut kelaparan."
(HR. Al-Hakim)
Makanan orang mukmin adalah, "Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaha illallah, Allahu akbar." Selama pemerintahan Dajjal, hanya itulah makanan orang mukmin. Hanya orang yang mukmin sejati sahaja yang akan mencapai tahap itu.
"
Iman yang kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Iman yang solat tapi bermain judi. Iman yang namanya Islam tapi dia berzina. IMAN TU TIDAK DAPAT DIGUNAKAN KETIKA ZAMAN PEMERINTAHAN DAJJAL.
Iman itu adalah iman orang fasiq, munafiq yang akan menjadi pengikut Dajjal.
"
Betapa ramainya orang islam yang fasiq dan munafiq pada zaman ini. Nama mereka Islam tapi mereka tidak selesa dengan Islam,nama mereka Islam tetapi mereka tetap bermain judi, nama mereka Islam tetapi mereka berzina ini adalah orang-orang fasiq dan munafiq.Orang-orang yang fasiq dan munafiq takkan selamat dengan Dajjal, bila Dajjal keluar secara langsung mereka ke belakang Dajjal dan mengakui bahawa Dajal itu adalah TUHAN.
"
Banyakkan bertasbih, berzikir kepada Allah bermula pada hari ini. Kerana zamannya adalah SANGAT-SANGAT HAMPIR.Hampir kesemua tanda-tanda kecil Kiamat telah berlaku.
Apabila Dajjal pergi ke semua tempat, pada ketika itu semua orang telah kebuluran.
Masing-masing akan mulai berebut-rebut makanan jika ada sedikit makanan. Jumpa sedikit makanan pun telah berebut dan ada yang saling berbunuhan untuk mendapatkan makanan.
"
Sekiranya ada yang berkata, "Ada seorang lelaki yang sedang membawa makanan dan minuman yang banyak" Pada ketika itu semua orang mulai bergerak ke arah lelaki iti.
Ternyata lelaki itu adalah Dajjal.
Lalu apabila semua orang ingin mendapatkan minuman dan makanan yang banyak daripadanya.
Dan ketika itu Dajjal mulai berkata "Bolehkah kamu mengaku bahawa AKU TUHAN KALIAN?"
Maka lelaki yang memikiran isteri, anaknya yang kebuluran dengan mudahnya mengaku, "Ya kamu adalah Tuhan Kami"
Sekiranya, mereka mengaku bahawa Dajjal itu adalah tuhan mereka, habis segalanya. Maka terkeluarlah ia daripada agama Islam (MURTAD) selama-lamanya. Maka masuklah ia ke dalam Neraka.
ITULAH FITNAH TERBESAR DAJJAL.
٥ - خ
YOU ARE READING
1. 5 |Qalbun Sakinah : خ
عشوائي~Setiap manusia akan mati, yang tinggal hanyalah karyaNya, jadi tulislah perkara yang membahagiakan kamu di akhirat nanti - Ali bin Abi Thalib ~Coretan akhir zaman Mujahidah خديجة