٦

12 2 0
                                    

Dajjal akan keliling dan mengitari semua bumi kecuali makkah dan madinah, dalam hadist disebutkan

لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلاَّ سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ ، إِلاَّ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ ، لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلاَّ عَلَيْهِ الْمَلاَئِكَةُ صَافِّينَ ، يَحْرُسُونَهَا ، ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلاَثَ رَجَفَاتٍ ، فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah, karena tidak ada satu pintu masuk pun dari pintu-pintu gerbangnya kecuali ada para malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah akan berguncang sebanyak tiga kali sehingga Allah mengeluarkan orang-orang kafir dan munafiq daripadanya”

(HR. Bukhari dan Muslim)

"
Dajjal berundur kebelakang bersama dengan bala tenteranya yang ramai apabila mendapati bahawa dia tidak dapat memasuki Makkah dan Madinah kerana di kawal dengan ketat oleh Malaikat yang lengkap dengan senjata.

Dajjal menaiki suatu bukit yang bernama Jabalul Mih sekitar 6km dekat dengan Madinah yang sehingga ke hari ini, bukit itu masih ada.

"
Kata Rasulullah, apabila Dajjal bersama dengan pengikutnya melihat daripada jauh masjid Nabawi (Masjid Nabi).

Lalu Dajjal pun berkata, "Adakah kamu melihat istana putih itu? Tidakkah kamu melihat istana putih adalah masjid Ahmad?"

Masjid Nabi jika dilihat daripada jauh seperti Istana Putih.

Rasulullah ada 2 panggilan iaitu Muhammad dan Ahmad. Dilangit, Nabi dipanggil Ahmad.

"
Lalu apabila Dajjal tidak dapat memasuki Kota Makkah dan Kota Madinah, Dajjal berada diluar Madinah dan telah berlaku 3 gegaran.

Lalu apabila berlaku gegaran yang pertama dan berakhir dengan gelaran pertama, maka keluarlah lelaki dan perempuan munafiq daripada bumi Madinah menuju kepada Dajjal dan mengaku Dajjal sebagai tuhan mereka.

"
HABIS HILANG SAKI BAKI IMAN YANG TERDAPAT DALAM DIRI SESEORANG DAN IA MERUPAKAN FITNAH TERBESAR DAJJAL.

MAJORITI KETIKA ITU DI KAFIRKAN

"
Kata Rasulullah, telah berlaku gegaran yang kedua. 

Apabila berlaku gegaran yang kedua,maka keluarlah semua lelaki  dan perempuan yang fasiq daripada bumi Madinah al-Munawarah.

Fasiq ini adalah orang yang sentiasa melakukan dosa dan dia tidak bertaubat kepada Allah.

Orang yang melakukan dosa besar dan dia tidak bertaubat itu juga adalah fasiq.

Dan ada juga orang yang melakukan dosa kecil secara berterusan dan dia tidak bertaubat itu juga fasiq.

Berapa ramai manusia yang fasiq pada saat ini.

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun 😔

"

Kata Rasulullah, apabila berlaku gegaran yang ketiga, bumi madinah akan mengeluarkan saki baki orang-orang munafiq dan fasiq yang tidak keluar pada gegaran pertama dan kedua.

Akhirnya apabila kesemua datang ke hadapan Dajjal, Dajjal pun mulakan dengan slogannya,
"Bukankah aku Tuhan kalian?"

Lalu mereka pun menjawab, "Ya, Kamu Tuhan kami"

Lalu mereka pun bergabung dengan tentera Dajjal.

"

رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمُ ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

Rasulullah S.A.W bersabda: Tiada satu negara pun tidak dikunjungi (atau diserang) oleh Dajjal, melainkan Makkah dan Madinah.. dan tiada laluan pun yang ditemui melainkan terdapat Malaikat yang berbaris sedang berkawal. Lalu, Dajjal singgah di sebuah ladang, lalu menggegarkan (menyeru penduduk) Madinah sebanyak 3 kali. Maka, keluarlah semua orang kafir dan munafiq dari situ.“
[HR BUKHARI DAN MUSLIM]

٧ - خ

1. 5 |Qalbun Sakinah : خWhere stories live. Discover now