٧

7 2 0
                                    
Selepas daripada itu, keluar seorang lelaki daripada bumi Madinah.

Seorang pemuda yang bukan munafiq dan Fasiq, pemuda itu mempunyai iman yang sejati.

Pemuda itu tidak tahan melihat betapa ramai dikalangan umat Rasulullah yang telahpun murtad. Lalu dia bertekad keluar seorang diri daripada bumi Madinah menuju ke kem perhimpunan Dajjal.

Apabila sampai ke pertengahan jalan,  tentera-tentara Dajjal menangkap pemuda itu.

Kata Rasulullah, ada sebahagian bala tentera yang mengeluarkan senjata ingin membunuh pemuda itu dan sebahagian tentera yang lain berkata, "Wahai teman-teman. bukankah Tuhan kita berpesan agar melarang membunuh kecuali Dia yang membunuhnya."

Panggilan pengikut Dajjal ketika itu adalah Tuhan.

INILAH FITNAH YANG PALING BESAR SEKALI.

"
Lalu diheret lelaki itu ke hadapan Dajjal. Dajjal bertanyakan 1 soalan yang pertama, "Bukankah aku tuhan kamu?"

Maka jawab pemuda beriman itu, "Tidak! Bahkan kamu adalah Dajjal, penipu besar yang telah dikhabarkan oleh Nabi kami. Kamu adalah Dajjal dan kamu telah menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW.

Lalu Dajjal pun berkata, "Aku adalah Tuhan kamu"

Kata pemuda itu, "Bahkan kamu penipu besar"

"

Kata Rasulullah, Dajjal mengeluarkan suatu senjata lalu Dajjal pun memotong pemuda yang beriman itu menjadi 2 bahagian.

Yang kanannya terpelanting ke arah sana dan yang kiri terpelanting ke arah sana. Jauh badannya itu kira-kira 1 lembing yang dilemparkan oleh seorang pemuda.

Kemudian Dajjal pun berjalan di tengah-tengahnya. Lalu pengikut-pengikutnya berasa kagum dengannya. Lalu Dajjal pun berpaling ke arah pengikut-pengikutnya dan berkata, "Apakah pendapat kalian sekiranya saya menghidupkan dia kembali?"

Pengikut dia berkata, "Hebat jika tuan dapat menghidupkannya kembali. Memang tuan adalah Tuhan yang amat berkuasa."

"
Lalu Dajjal pun menyebut dengan 1 perkataan SAHAJA iaitu Kum(Bangun). Lalu bercantumlah kedua badan pemuda itu,

Apabila badan pemuda itu bercantum, maka Dajjal pun berkata, "Bukankah aku Tuhan kamu yang dapat menghidupkan kamu setelah kamu mati?"

Maka pemuda itu berkata, "Kamu adalah Dajjal, penipu besar yang telah diberitahukan oleh Rasulullah."

Lalu Dajjal menjatuhkan pemudah itu dan mengeluarkan suatu pisau lalu disembelih leher pemuda itu. Allah menukarkan leher pemuda beriman itu kepada leher yang diperbuat daripada Nuhas.

Nuhas itu adalah tembaga.

Pemuda beriman itu menepis Dajjal dan berkata, "Bermula pada saat ini, Dajjal tidak akan dapat membunuh sesiapa pun selepas dia membunuh aku."

Ulama hadist berkata pemuda beriman itu yang akan hidup suatu hari nanti, dia membaca hadist ini dan ketika mana dia keluar daripada bumi Madinah seorang diri, da teringat tentang hadist yang diceritakan tentang ini dan tahu sekejap lagi badan dia akan dibelah dua.

"

Diari Muslimah 👑:

أخرج البخاري في صحيحه عن أبي سعيد الخدري قال: حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما حديثا طويلا عن الدجال ، فكان فيما يحدثنا به أنه قال : ( يأتي الدجال ، وهو محرم عليه أن يدخل نقاب المدينة ، فينزل بعض السباخ التي تلي المدينة ، فيخرج إليه يومئذ رجل ، وهو خير الناس ، أو من خيار الناس ، فيقول : أشهد أنك الدجال الذي حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم حديثه ، فيقول الدجال : أرأيتم إن قتلت هذا ثم أحييته ، هل تشكون في الأمر ؟ فيقولون : لا ، فيقتله ، ثم يحييه ، فيقول : والله ما كنت فيك أشد بصيرة مني اليوم ، فيريد الدجال أن يقتله فلا يسلط عليه ) .

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajjal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajjal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang gersang (tiada tumbuhan) yang terletak berdekatan Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik, lalu lelaki itu berkata kepada Dajjal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajjal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya. Dajjal pun berkata: Apa pendapat kamu sekalian sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula? Adakah kamu ragu-ragu tentang perkara itu? Orang-orang menjawab: Tidak. Maka Dajjal pun membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajjal menghidupkannya: Demi Allah, aku lebih yakin tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu sebelum ini. Lantas Dajjal pun ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya.

(al-Bukhari dan Muslim)

٨ - خ

1. 5 |Qalbun Sakinah : خWhere stories live. Discover now