Bab 6 Selera

29 4 5
                                    

Menjala ikan hingga ke hulu,

Sudah masuk ke dalam karung,

Sungguh Yunus baru tahu,

Bagai katak bawah tempurung.


Yunus yang baru tahu bahawa negeri tempat dia berpijak itu di bawah pemerintahan Raja, terkejut sekali lagi apabila terdengar bunyi trompet yang menuju ke arah jalan tempat mereka berniaga.  Namun sesuatu yang asing di situ. Tiada pengangkutan Raja yang di iringi oleh orang-orang bawahannya.

Yunus : eh mana Raja nya? Dah mangkat ke?

Abu : bukan! hati-hati sikit bila bicara. nanti mereka dengar, kena tangkap macam mana?

Tegur Abu kepada Yunus. Yunus hanya terdiam. Dia memerhati gelagat Si Abu seolah-olah mencari sesuatu. apakah dia rakyat yang setia kepada raja? Terlalu Setia?

Abu : Apa dah jadi ni?

Yunus : Kau cari apa?

Abu : Raja tak nampak? biasa ada orang usung dia dengan kenderaan tu.

Yunus : ohhh Raja itu mesti kawan baik kau masa kecil. bila dia dah jadi raja, dia lupa kau.

Abu memandangnya dengan wajah yang aneh.

Abu : apa benda kau merepek ni?


Kemudian datang seseorang di tengah-tengah keramaian itu sambil membawa gulungan kertas lalu dibaca nya dengan lantang.


"Dari Yang mulia Raja muda negeri ini, bahawasanya baginda tidak lalu makan kebelakangan ini. jadi hendaklah kiranya jika salah seorang dari rakyat yang dapat membangkitkan semula seleranya dengan menghidangkan makanan, Baginda akan mengurniakan satu permintaan dan menunaikannya saat itu juga."


Jadi ramailah orang mula heboh akan titah Raja tersebut. Ada yang kelam kabut terus menyediakan makanan untuk Raja.

Orang Kota 1 : tumpang bertanya? ada tempoh nya atau tidak.

Utusan : kalau boleh secepat mungkin. Baginda sudah hampir sebulan tidak lalu makan.

Setelah itu, rombongan di Raja tadi pun pulang. Yunus mula memandai-mandai.

Yunus : janga-jangan, Raja ni tengah sakit.

Abu : hehehehehe..

Yunus : Abu ? jangan-jangan? kau nak jadi raja?!!!!

Abu : Ya Allah, apa yang kau merepek dari tadi?

Yunus : Buat kuih dengan kelapa, aku cuma meneka..

Abu : Dah, mari kita mula berniaga.


Mereka pun mula berniaga seperti biasa. Di perjalanan pulang, Yunus bertanya akan sesuatu..


Yunus : Aku rasa, mungkin aku lama kat sini. Jadi bolehlah sekiranya tuan hamba menceritakan sedikit latar belakang kerajaan Raja Muda tu.

Abu : Ya betul juga. Baiklah. Akan aku ceritakan satu persatu. Nama kota ini adalah Kota Semilu. Kalau kau perasan tempat ini agak berbukit, itu sebab kota ini di dirikan di sini sebab untuk elak daripada banjir. Oleh itu ramai orang yang bermusafir tak kira sedang dalam urus niaga, berdagang yang kebetulan lalu di sini akan menginap di sini. itu lah daya tarikkan kerajaan ni. Ianya menjadi pusat kerajaan dalam negeri ini. Negeri ini atau kota ini di perintah di bawah pemerintahan Raja muda yang bernama Raja Muliadi ShahBar.

Yunus : Wah, mesti Raja itu penyabar orangnya. ha silakan sambung tuan Abu Sadad..

Abu : Sewaktu Ayahda baginda masih hidup, negeri ini di landa krisis peperangan.Namun baginda mengorbankan diri demi kedamaian negeri ini. Dan meletakkan tanggungjawab yang besar kepada Rada muda ketika itu. baginda baru 14 tahun dan sehingga sekarang baginda sudah berumur 26 tahun mentadbir kerajaan ini dalam keadaan damai.

Yunus : ohh macam itu. Pergi memetik buah keranji, Tamak pula dia perasan, berpegang teguh ikatan janji, untuk mencari sebuah kebebasan.

Abu : hebat!

Kata Abu sambil menepuk tangan. Sesampai mereka di rumah. Abu tidak terus masuk kerumah, sebaliknya dia berbaring merebahkan badan di buaian bawah rumah.

Yunus : Amboi, macam penat betul je.

Abu : Aku tengah fikir hidangan untuk raja esok.

Yunus : lah? Aku ingat kau tak masuk.. Tapi kan, mi Ayam itu makanan biasa je. kalau kau hidangkan kepada Raja, silap-silap mangkuk mi ayam kau tu jadi topi kung fu.

Abu : ah kau, tak habis-habis nak turunkan semangat aku. Aku tak kira, aku kena pergi juga. Ya!! Aku akan hidangkan Mi Ayam perisa Durian. YA! aku akan bagi Raja makan yang istimewa sehinggakan dia mampu menulis bahasa jawi dengan Mi aku!!

Yunus : Astagfirullahallazim.. ini lah yang terjadi jika terpengaruh dengan rakan sebaya. Mi Ayam perisa durian? eh bergurau pula.


Gurau Yunus lalu masuk kedalam rumah untuk mandi. Dia tak mampu berbuat apa-apa selain daripada mengikuti saja Abu Sadad. Lagipun  dia cuma menumpang tidur di rumah nya si Abu. Mungkin saja dia ada satu permintaan yang harus di tunaikan.

Keesokkan harinya, Yunus bangun lambat kerana terlajak tidur terus terbangun menghampiri pintu keluar. Dengan keadaan kelam kabut itu, dia tercenggang melihat Abu masih di depan rumah.


Yunus : Abu ?! Tak niaga ke hari ini.

Abu : tak, hari ni hari penting. aku dah siapkan bahan-bahan istimewa untuk raja. Tinggal nak panaskan sup ni je,.

Yunus : Lah ingat kau main-main semalam...

Yunus segera mandi sementara menunggu sup ayam yang di buat oleh Abu panas.


Mengcungkil tanah untuk  baja,

Mengasah tajam pisau belati,

Sanggup bertemu dengan Si Raja,

Entah apa hajat dihati.


Sesudah itu, mereka terus berangkat pergi ke Balai Istana di Raja. di situlah tempat Raja akan menjamu selera di depan rakyatnya. Di suatu jalan, sudah pun di penuhi dengan ramai orang sehinggakan mereka terpaksa beratur di panas pagi. Yunus pula mula berbual dengan orang di situ.

Yunus : Tuan hamba rasa boleh menang tak ?

Orang kota 2 : sesekali pun tak menang, kalau baginda raja mengatakan makanan kami sedap, itu sudah bagus.

Yunus : Eh kenapa pula? 

O.K 2 : kalau baginda cakap sedap itu pun bagus sebab boleh menaikkan selera pelanggan. kiranya seperti menarik pelanggan datang ke kedai kami.

Yunus : Ohh macam tu. patut lah..


Kata Yunus sambil melihat Abu. namun Abu cuma terdiam... Orang mula makin lama makin sedikit.. Mereka merasa bertuah kerana belum ada makanan yang menaikkan selera Raja. Ramai yang terus pulang bila Raja tidak menyukai makanan yang mereka bawa. Timbul rasa risau dalam hati Yunus.

Yunus : kau tengok tu.. bawa makanan punya lah macam makanan luar negara tapi Raja tetap tak suka.

Pun begitu, Si Abu cuma mendiam kan diri. Mulalah Si Yunus meneka neka lagi.

Yunus : entah-entah, dia ni adik kepada Raja tu yang dah lama hilang. tak pun sepupu dari jauh.. dia ni langsung tak ada riak wajah yang risau.. Nak cakap kawan pun bukan.. ya, mesti adik beradik ni. Lagipun aku tak pernah tengok wajah Rajah ni. nanti dah tengok, baru lah aku rasa lega.


bersambung.....


Raja PantunWhere stories live. Discover now